Ahad, April 27, 2008

Dam Ular

terasa macam gua tengah bermain-main..hidup sebagai dam ular..gua kejap ke depan kejap ke belakang kemudian ke depan dan ke belakang lagi..
hmm..cakap pasal dam ular..bila dipikir-pikirkan,camane la masa kecik dulu boleh main dam ular?entah kot mana letak seronoknya..hmm..tapi bila pikir-pikir balik,apa je yang seronok sebenarnya?heh..it's been a long time la gua dah jadi manusia yang membosankan..takde benda yang menyeronokkan lagi..takde teruja,takde passion..kosong dan mendatar..keseronokan dan keterujaan gua lebih kepada dirancang.otak yang merangka dan mengatur..ok,yang ini patut rasa seronok dan teruja,jadi sila la rasa macam seronok dan teruja.otak bagi skrip dan jiwa gua pon berlakon mengikut skrip yang diberi.
heh..sebenarnya,kalo perasaan bukan sesuatu yang semulajadi dan spontan,camane nak panggil itu sebagai perasaan?sebab tuh kengkadang rasa kelakar bila tengok orang bermoyok-moyokan dan cakap pasal diorang dah tak rasa seronok nak menikmati sesuatu..oh my,mereka kelihatan sungguh naif dan mentah..apa lagi yang real dalam dunia nih,sayang?it doesnt matter..let it be..suatu hari nanti semuanya takkan ada beza lagi..sekali pon jiwa hancur dan bersepai,ia dah tak berbeza..ia takkan mempengaruhi apa-apa lagi..

....di sini bukan dunia nyata yang sebenar..tapi di sini adalah dunia sebenar yang nyata....

"HIDUP KITA GURAU-GURAUAN
HIDUP TIDAK SUSAH ORANG
MANA YANG TIMBUL MANA TENGGELAM
WALAU CARA TAK SERUPA
APA NAK DIKATA TETAP DIKOTA
WANG, HIDUP, ADA BENCANA
KEPALA KOSONG TIADA ISINYA
LANGIT, AWAN, INI DUNIA"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perumpamaan yg sesuai. aku pun terasa macam diri aku dalam papan dam tu.

broken_nigina berkata...

itu la.
bergerak tapi tak bergerak.