bila kita nak terus ke depan,perlu ke untuk kita tinggalkan masa silam jauh-jauh?langkah gua tak pernah berhenti..gua rasa gua sentiasa moving on,moving forward tak kira apa pon yang berlaku dan apa pon yang gua kelek bersama dalam jiwa dan ingatan gua.tak pernah rasa langkah gua terhenti,tersekat kerana sesuatu yang telah berlaku.gua jalankan kehidupan macam biasa tanpa ada pape yang terjejas walau apa sekali pon yang bermain dalam benak gua.mungkin itu yang buat gua rasa,gua tak perlu tinggalkan pape dan tak perlu lupakan pape.gua baik-baik aje,semua ok,semua takde masalah..gua boleh survive macam ni so gua anggap,gua tak perlu ubah pape.selagi sesuatu itu tak bunuh gua,tak merosakkan gua,gua tak perlu buat pape.ia tak mengganggu-gugat kehidupan gua.biarkan aje kat situ macam tuh..
sesuatu yang dah berlaku,walau kita cuba sehabis daya sekali pon,kita takkan dapat ubah.ia dah tertulis dalam sejarah,dah terpatri sebagai takdir.kenapa nak buang masa dan tenaga cuba menentang kenyataan yang tak boleh diubah?yang perlu kita belajar ialah menerima,bukan melupakan..it juz meletihkan,bagi gua..cuba menafikan sesuatu yang benar yang kita tau dan sedar,sangat-sangat meletihkan..lebih kita cuba,lebih susah dan berat.kita menyeksa diri sendiri.satu perkara tentang perasaan,bila ia benar,ia benar..takde apa yang boleh kita buat.kita boleh bunuh manusia,boleh bunuh harapan,boleh bunuh kepercayaan,boleh bunuh impian,tapi kita tetap tak boleh bunuh kebenaran.kita tak boleh bunuh luhur dan jujur.rasa yang luhur dan jujur dari hati akan terus hidup selagi ia luhur dan jujur..kita tak boleh bunuh itu..
mungkin di satu masa dalam kehidupan,gua pernah cuba semua tuh.cuba lari,cuba nafi,cuba buang..terlalu banyak perkara dalam hidup nih yang seboleh-bolehnya gua nak hapuskan,dan berlagak macam ia tak pernah berlaku.sampai satu masa,gua sedar itu kerja sia-sia..gua belajar untuk menerima..tak perlu difikirkan,tak perlu dipersoal..apa yang nak berlaku,pasti berlaku..kita takde pilihan lain selain terus melangkah ke depan.itu bila gua sedar,kita sebenarnya tak perlu harapan,tak perlu impian,tak perlu angan-angan,malah tak perlu cita-cita..hidup dalam keadaan jaga,waras dan praktikal.sejak dari itu gua dah berhenti bermimpi,dah berhenti berharap daripada kehidupan dan hidup dengan melakukan apa yang gua anggap paling praktikal dan relevan.secara peribadi,gua bukan manusia yang praktikal malah kewujudan gua sendiri adakalanya tak relevan tapi ia adalah hakikat yang perlu dipecahkan..diri kita sebagai individu tersendiri dan diri kita sebagai sebahagian daripada organisasi,masyarakat.
apa yang gua buat,belom tentu gua percaya.bagi gua,untuk percaya pada apa yang kita buat adalah sungguh lapuk dan naif..kita buat sebab kita suka,kita nak,kita percaya?itu fantasi budak-budak..kita ada tanggungjawab,ada kewajipan,dan memang dalam banyak situasi,kita perlu utamakan apa yang praktikal lebih dari apa yang kita mahukan.dan lagi pon,bagi diri gua sendiri,gua dah lupa apa yang gua nak..gua takde impian..gua dah lama berhenti bermimpi dan dah lupa bila kali terakhir gua pernah impikan pape jadi bagi seseorang macam gua,ikut arah mana sekali pon,semuanya adalah sama.apa yang berbeza hanyalah samaada ia lebih baik,atau lebih buruk,dan gua pilih yang lebih baik..kosong dalam kehidupan yang terjamin lebih baik daripada kosong dalam kehidupan yang melarat dan hancur.paling tidak,gua boleh jaga diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
jalan memang tak pernah mudah.kita jatuh dengan kengkadang terjatuh sendiri dan kengkadang dijatuhkan..kalo nak dihitung,gua terima kenyataan yang sehingga setakat ini gua tak pernah ada sebarang pencapaian lagi dalam hidup.kita boleh cakap banyak,boleh pandang rendah pada orang lain,boleh panggil diorang bodoh,boleh kondem hasil kerja diorang kerana kita tau kita lebih mahir,lebih hebat,tapi,seteruk-teruk dan sebodoh-bodoh diorang,diorang dah capai sesuatu.kita sendiri berada kat mana?bodoh-bodoh pak lah,dia dah jadi perdana menteri.kita yang jadi tukang kondem,tukang kritik,duduk di tahap mana?bodoh-bodoh hamprak yusof haslam pon,dia dah jadi jutawan dengan filem bangang yang dia hasilkan..bangang-bangang pon kaya..dipendekkan cerita,mengkondem orang lain tetap tak menjadikan kita lebih baik..yang penting ialah pencapaian dan hasil..dan itu la yang gua akui masih tak nampak dalam hidup gua..
kalo gua cakap gua tak pernah rasa goyah dan tercabar,tak pernah rasa air muka gua bau macam longkang,memang bohong yang amat.duduk di kalangan budak-budak yang lebih muda dengan tahap yang nothing better daripada diorang,kalo nak diikutkan memang malu..kalo layan ego,haram gua tak nak..lebih baik gua start keje dan cari duit,daripada terus merangkak-rangkak belajar tak berkesudahan..tapi itu,yang gua belajar.kengkadang kita perlu simpan ego dalam poket..kita perlu tolak tepi soal pride,soal gah.kita perlu sedar diri.kita perlu bersabar.ada masa kita terpaksa tebalkan muka dan rendahkan diri sendiri.mungkin agak lambat dapatnya bagi gua,agak jauh jalan gua,tapi,setidak-tidaknya gua mencuba dan tak putus asa..gua perlu tahap keyakinan yang melambung tinggi untuk tak rasa malu dan tergugat.sejujurnya gua bengang dan dah penat nak bagi jawapan yang sama bila orang tanya apa yang gua buat sekarang..belajar,belajar,belajar..dah masuk tahun ke sembilan sejak habis sekolah gua asyik jawab benda yang sama..gua sendiri pon rasa nak muntah dengar jawapan tuh,tapi apa nak buat..tahan je,telan..satu yang pasti,tak kira apa orang nak cakap,apa orang nak pikir,nak pandang rendah nak ketawakan gua atau nak apa sekalipon pada gua,gua nak habiskan study gua jugak.gua tak peduli walau ia hanya untuk diploma,walau gua masih tak keje dan takde duit sendiri sehingga ke hari nih,gua tetap nak teruskan.gagal 24 juta kali,muncul 24 juta halangan,24 juta manusia kutuk dan gelakkan gua,gua tak peduli..sampai umor 40 sekali pon selagi tak habis,gua akan teruskan.gua tak peduli.gua dah set mind gua dan takde apa yang boleh ubah keputusan gua..gua takkan berhenti selagi gua tak dapat apa yang gua kejar..dengan segala yang dah berlaku sepanjang gua belajar selama nih,hell yeah i deserve this!gua pasti tuntut apa yang selayaknya untuk gua dapat tak kira apa pon harga yang perlu dibayar..
hmm..dan itu soal tanggungjawab,kewajipan..bagi gua sekarang nih,hanya itu je yang ada dalam agenda gua..bab hal peribadi,hal yang melibatkan jiwa dan perasaan,gua rasa gua dah ok dengan keadaan gua sekarang nih.im doing juz fine.gua tak rasa gua perlu ubah pape..bila semua orang cuba lari dari masa silam diorang,gua tak rasa gua perlu nak lari dari pape..gua terima kenyataan dan kenyataannya ialah gua tak boleh lari dari masa silam sendiri..its not like masa silam tuh menjejaskan pape tentang diri gua anyway.gua boleh hidup tanpa melupakan sejarah tapi dalam masa yang sama terus melangkah ke depan..cuba bunuh sesuatu yang tak boleh mati,gua mendera diri gua sendiri..jadi biarkan je la..let the memory remains..dan satu janji realiti,segala-galanya pasti bertunjang pada takdir..kerana itu,gua tau,bila sesuatu dah berakhir,ia berakhir..mengingati tak bermakna gua nak berpatah kembali..rasa yang luhur dan jujur memang takkan mudah mati,tapi harapan seseorang boleh mati..selebihnya,biar la masa yang tentukan..mungkin satu hari nanti,ada sesuatu yang mampu menjadikan masa silam mati dengan sendirinya bagi membuka ruang untuk sejarah baru..gua tak menolak itu,cuma,hingga setakat ini,ia belom berlaku..wallahualam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan