ini sesuatu yang perlu gua lepaskan keluar..sebelom nih gua diam,gua simpan.hanya ada satu sebab..gua benar-benar terluka..sesuatu perkara bila gua dah tak lagi bercerita,dah tak lagi bebelkan pada sesape,itu tandanya yang ia makan dalam..betol-betol dalam..diam gua bermakna tak ok..diam gua sebenarnya satu pergolakan untuk cari keseimbangan dalam diri..
gua tau banyak yang gua tulis dalam blog nih adalah benda-benda negatif,semua berkisar kekecewaan,kemarahan.mungkin ada yang naik menyampah dan bosan,tapi gua hanya menulis tentang apa yang berlaku dalam hidup gua.apa yang boleh gua buat kalo hakikatnya memang banyak yang hitam daripada yang putih berlaku dalam hidup gua?macammana gua nak tulis benda yang gembira bila gua tengah mengalami duka?gua tak mampu berpura-pura,dan gua tak menulis untuk berpura-pura..berpura-pura itu penat..cukup la gua terpaksa berpura-pura kat luar dalam dunia realiti.gua tak pernah tunjuk muka sedih,muka moyok walau apa pon yang berlaku pada diri gua dalam kehidupan sebenar.sape yang kenal tau gua macam mana.cuma ini satu-satunya ruang untuk gua tunjuk emosi gua dan lepas segala-gala yang tak dapat gua lepas kat luar.keterlaluan sangat ke?takkan la nak suruh gua diam dan simpan lepas tu menggelupur mati sengsorang kat dalam..give me a break..
gua mengaku,buat masa sekarang nih gua sedang berada dalam state yang sangat vurnerable..gua dalam keadaan fragile.apa yang berlaku walaupon kecik mampu untuk menyakitkan gua.sangat mudah untuk sesape nak menambahkan koleksi kekecewaan gua.orang tengah tenat,datang kuman-kuman kecik pon boleh mengancam keselamatan.dah memang tengah lemah sangat..sekarang nih gua tengah struggle untuk dapatkan balik momentom gua..gua tengah struggle untuk fitkan balik kedudukan emosi gua.after all,im only human.gua jatuh,bukan jatuh tersungkur,tapi jatuh terhempas terhumban dalam gaung.bukan mudah untuk gua bangun dan balik pada keadaan yang asal tambah lagi keadaan gua yang asal pon memang tak pernah stabil.
gua tak mencipta alasan..tak sekali-kali..gua berkata perkara yang benar.satu kat sini yang gua nak tegakkan,bukan gua yang mintak semua nih.takde manusia yang nak mintak hidup diorang huru-hara.dalam peringkat yang paling rapuh,mungkin gua tanpa sedar tercari-cari someone untuk gua berpaut.gua tercari-cari someone yang benar-benar kenal dan mengerti diri gua sedalam-dalamnya..itu adalah sesuatu yang hanya boleh dicari pada seorang teman lama..ya,teman lama yang dah wujud sejak dulu dan tahu segala-galanya..bukan ke kita sangat-sangat kenal dan tahu diri masing-masing zahir dan batin?gua berharap pada itu.gua berharap pada pertalian halus dan dalam yang boleh melegakan diri gua..gua berharap pada perasaan seperti 'pulang'..ya,pulang pada asal..pulang pada azali..pulang pada akar-umbi..itu yang kita buat..bila rasa sesat dan kabur dengan perjalanan,kita balik..dan sesungguh-sungguhnya,gua nak balik.siapa yang boleh bagi gua perasaan seperti gua dah balik?
dalam hidup nih,ada dua insan yang kedudukan mereka abadi dalam jiwa gua.mereka adalah darah-daging,naluri,dan nafas yang gua hembuskan sehari-hari..mereka tak perlu hadir dalam bentuk fizikal..semangat dan jiwa mereka sentiasa hadir dalam diri gua sepanjang masa.tak kira berapa jauh gua pergi,berapa jauh gua hilang..mereka tetap ada..dan itu,yie.yie yang pernah gua coretkan dalam blog gua sebelom nih,dan bukan hanya sekali..kedudukan yie dalam hidup gua adalah hampir menyamai kedudukan 'dia'..walaupon yie bukan kekasih gua,tapi yie bagi gua adalah someone yang sangat penting dan amat-amat gua hargai..terlalu gua hargai sebenarnya..
gua sedar,sedar sangat-sangat..yie sekarang dah ada kehidupan dia sendiri,kehidupan yang tenang dan bahagia tanpa wujud diri gua.gua tak salahkan dia.dia terpaksa buang gua supaya dia boleh teruskan hidup..dia terseksa selagi gua ada..itu gua paham sangat-sangat dan gua cuba sedaya-upaya tak ganggu dia lagi..tapi yie cakap pada gua,apa pon yang terjadi gua tetap akan ada smiley,dan smiley gua itu adalah dia.gua boleh mengadu pada dia,boleh cari dia..yie,yie..nape yie cakap macam tu?gua dalam keadaan rapuh,mudah percaya apa yang orang cakap pada gua..dia yie gua,kan?sampai bila-bila dia akan tetap jadi yie gua..
gua tau gua bukan sebaik yie.gua dah banyak lukakan hati dia sejak dulu..tapi,gua rela pertaruhkan sesuatu yang paling penting bagi gua demi nak bahagiakan dia..selama nih dia datang dan pergi,gua relakan..dia buang gua dari hidup dia,gua relakan..gara-gara dia,gua nyaris hilang cinta gua,pon gua masih relakan..gua buat itu untuk yie..gua tak sampai hati dan tak sanggup abaikan yie..yie anggap gua asal-usul dia..bila dia lost,dia cari gua..dia cakap gua racun dan penawar dia..ikatan yang ada walau bukan pada zahir takkan putus dan akan abadi sampai bila-bila..mungkin itu bila hubungan seseorang dah terlalu mendalam..takde apa yang mampu bunuh pertalian hati yang wujud.walau kengkadang gua kesal kerana terjebak dengan hubungan rumit dan terlalu mendalam macam tu,tapi gua tetap tak boleh nak ubah apa yang dah berlaku.
gua pernah nekad,nekad sepenuh hati untuk berhenti terus berhubung dengan yie.dia memang takkan jumpa dengan gua,gua tau.takut dengan bayang-bayang sendiri kan,yie?gua penat dia janji nak jumpa,bagi gua harapan,tapi tukar fikiran last minit.dia main sembunyi-sembunyi,main lari-lari..nak teruskan lagi ke?gua pon dah tak tau atas dasar apa lagi kitorang perlu berhubung.hidup terpisah jauh dengan jalan masing-masing..tak berniat untuk berkawan balik dan tak berniat untuk jumpa lagi..bila bercakap terbangkit pasal kenangan,pasal sejarah..lebih banyak kesakitan,kekusutan..nak cari diri masing-masing lagi untuk apa?sudah-sudah la..tapi yie tak pernah lepaskan gua bila gua nak pergi.dia seksa gua,dia tak sedar.atau mungkin dia sedar,tapi sengaja..dia pujuk-rayu,meminta,memohon..tak boleh hidup tanpa kehadiran gua,jiwa kosong tanpa kewujudan gua..yie,yie..bukan ke yie dah ada awek,dan yie cakap yie sayang awek yie?nape cakap semua tuh lagi pada orang?tapi yie kata,dia sayang gua lain..gua adalah asal-usul dia,cinta pertama dia,segala-galanya..dia perlukan gua..
berulang-kali dia rayu,mintak maaf,mintak gua jangan lari dari dia,akhirnya hati gua lembut jugak.dia yie..somehow,dia pasti akan lembutkan hati gua.tapi sesungguh-sungguhnya,apa diri gua nih?kawan bukan,kekasih bukan.takde sebarang kedudukan,takde sebarang tempat dalam kehidupan sebenar yie.nak simpan gua lagi untuk apa?mana boleh pegang dua-dua..mana boleh kejar masa depan dengan heret masa lepas sekaligus.dia perlu lepaskan gua,lepaskan gua dalam ertikata yang sebenar..jangan dikenang dan dicari lagi..tapi dia bijak tukar fikiran gua..mungkin takde masalah kalo masih berhubung bila betol-betol rindu..mungkin tak salah untuk ada seorang teman lama yang sangat mengerti untuk jadi tempat sandaran terutama bila kita letih dengan hidup sekarang dan nak cari balik ketenangan silam..dia buat gua berfikiran macam tu.
tapi,lagi sekali,entah untuk ke berapa kali,gua terkena lagi..mungkin silap gua yang tak serik-serik..susah erk yie nak cakap ada awek bila dengar suara orang?dia cakap dah putus,awek kawin dengan lelaki lain..aduh yie..nape nak buat macam tu?gua dalam keadaan vurnerable nih,mudah sangat bagi harapan pada diri sendiri..gua percaya dan percaya bulat-bulat..dan lagi sekali yie dah jerat gua untuk atur pertemuan,nak jumpa..salah ke gua untuk jumpa seorang teman lama yang gua sayang yang gua dah tak tengok selama 9 tahun?9 tahun yie,9 tahun..gua dah cakap yie jangan tipu lagi macam dulu,dan dia sungguh-sungguh cakap dia tak tipu..memang gua mudah sangat-sangat bagi harapan pada diri sendiri..lagi sekali membayangkan,mungkin setelah segala-gala yang berlaku,akhirnya yie jugak la yang terbaik dan boleh gua harapkan.mungkin ini peluang untuk gua..peluang untuk yie sendiri sama-sama bina hidup baru dengan seseorang yang paling rapat dan kita kenal lama..bila kita berbual dengar suara masing-masing,memang yie kedengaran macam yie..yie yang gua kenal,yie yang sayang gua,yie yang tak boleh hidup tanpa gua..gua tau..dia masih yie..
tapi yie memang selalu macam tuh,kan?lari,lari lagi dari orang..bila dengan orang yie goyah,kan?takut..takut kembali ke masa silam.takut jadi gila bayang dan sakit lagi..macammana orang nak salahkan yie?yie la orang yang cakap pada gua,hati manusia nih bila sekali pernah hancur teruk akan jadi sangat keras..itu betol,sangat-sangat betol..bila dia dekat dengan gua,dia akan jadi lembut balik,jadi dia lari,keraskan balik hati dan dia akan datang semula dengan bersikap kejam,sakitkan gua sehabis-daya supaya dia boleh halau gua jauh-jauh..dan kemudian bila hati lembut balik dan rasa rindu,dia datang balik sebagai yie gua dan pergi lagi bila dia dah rasa hampir cair..macam tuh la dari dulu..cuma kali nih lain,yie..orang tak main-main..orang serius..jangan la buat orang bagi harapan pada diri sendiri..bukan dalam keadaan orang yang tengah rapuh macam nih..
janji nak call orang balik,janji nak aturkan pertemuan,janji nak bercakap lagi..tapi bila yie pergi,yie tenang,yie keraskan balik hati yie,kan?tapi untuk apa semua tuh..untuk apa cakap pasal dah putus,pasal takde sape-sape,pasal awek kawin dengan lelaki lain,pasal nak telefon semua tuh?kenapa nak perbodohkan orang?orang kat tengah shopping complex,kat tengah orang ramai,masa tuh la yie hantar sms cakap kat orang yang orang nih mengarut,cakap merepek.masa tuh la yie cakap yie tanak orang ganggu yie lagi,cari yie lagi..masa tuh la yie nak cakap dunia kita lain,yie dah ada awek dan yie nak bahagiakan awek yie..masa tuh la yie nak cakap yang yie mampu bahagiakan awek yie,mampu untuk dirikan rumah-tangga,dan orang tak perlu ganggu semua tuh lagi..yie buat orang rasa macam sampah..orang macam nak rebah kat tengah-tengah orang ramai tuh tapi orang terpaksa tahan..tak boleh menangis tak boleh buat apa-apa..orang kena pendam..tapi orang tak boleh tahan..orang menangis masa dalam bas..macam orang bodoh berjurai airmata duduk atas kerusi tengok luar tingkap..kenapa nak buat macam tuh kat orang?
orang sampai dah tak tau nak kata apa..yie kata orang yang tipu diri sendiri..takkan lelaki macam yie takde awek..ya,memang orang bodoh..kenapa orang tak tau yang yie cuma bergurau cakap dah clash..yie kan suka bergurau..orang nih yang bodoh bangang pegi ambik serius pulak..free-free bagi harapan pada diri sendiri kan..lagi pon padan muka orang..memang layak dapat balasan macam tuh..jelas kan,yie?bila orang sedaya-upaya jaga hati yie,cuba tak abaikan yie walaupon kehadiran yie boleh buat orang hilang cinta yang jadi nyawa orang,dan yie pulak sedaya-upaya cuba sakitkan hati orang,cuba halau orang habis-habis demi nak menjaga kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yie..satu je yie,yie itu adalah yie..kalo yie lukakan orang,lukanya memang dalam..dan ya,yie dah lukakan hati orang,lagi sekali..pergi la yie..bahagiakan awek yie..kawin cepat-cepat..biar semuanya tamat cepat-cepat..kalo lepas nih lagi sekali yie datang lagi rayu-rayu lagi,orang dah tak tau la camane..dah sudah la tuh..sudah,sudah..
keluar semua tuh dari hati gua..sudah-sudah la..dah mati,terus saja mati..gua tanak balik lagi pada semua tuh..enough is enough..pergi jauh-jauh dan kekal la sebagai sejarah..gua harap gua tak perlu lagi sebut nama yie dalam nih sampai bila-bila..pergi dari hidup gua dan pergi la untuk selama-lamanya..biar gua bebas..sekali ini..biar gua bebas sebebas-bebasnya....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan