Rabu, Mac 05, 2008

Tiada Punca

Sekian lama aku begini
Meratap sesuatu yang tak berkesudahan
Sebuah kesangsian yang tiada punca


Kenapa harus aku merasai
Sedangkan tiada yang mengetahui
Sekian lama aku mengurung resah
Gelisah dalam mengerti
Sekian lama aku kuncikan cerita
Walau hitam pekat tanpa cahaya
Kerana semua itu
Kuatlah tanganku
Menongkah badai

Yang ku ingat
Cerita ini sudah lama
Hingga aku lupa pada kisahnya
Milikku kini sebuah kekosongon
Dan akan aku biarkan kosong begitu
Sampai akhir hayatku

(1997)

Tiada ulasan: