Khamis, Mac 13, 2008

Layan Lirik

bila dengar lagu,gua mesti bagi perhatian pada lirik.senang cerita,gua memang minat seni penulisan lirik.gaya bahasa yang menarik,senikata yang cantik,maksud yang mendalam..itu yang menyempurnakan sesuatu melodi selain dari susunan muzik yang mantap dan vokal yang cukup penghayatan untuk menghidupkan lagu..
bercakap pasal lirik,gua tersenyum sendiri tadi bila dengar lagu dari album amy magik,AKU DAH BOSAN..sangat relevan dengan senario semasa dalam negara sekarang..lirik tulisan saudara keon,salah seorang di antara penulis lirik lagu melayu terbaik yang ada di malaysia.

AKU DAH BOSAN-AMY SEARCH-

BERI AKU TANDA
BILAKAN BERAKHIR
MAINAN SILAP MATA
TANGKAS SENI TUKANG SIHIR
AKU DAH BOSAN
MELAYANI NAFSUMU

KAU SEDANG KETAWA
BERMAIN BENANGMU
SEDANG MAHARANI MENANGIS
MENONTON KISAH PENYU
AKU DAH BOSAN
MELAYANI ANGAN-ANGANMU

KAU MASIH BERMIMPI
BERSANDING DI PELAMIN
DUDA TIGA KALI
MASIH NAK JADI PENGANTI
AKU DAH BOSAN
MELAYANI WAYANGMU

PERLU PERUBAHAN
PERLU KEADILAN
PERLU MEMAHAMI
ERTI KEINDAHAN

KURANGKAN CENGKAMAN
JANGAN PERBUDAKKAN
SEMOGA AMAN

actually semua lagu-lagu yang ada dalam album amy magik (1994) liriknya hebat-hebat..masterpiece..itu sebenarnya antara sebab kenapa gua suka kebanyakan band rock malaysia.karya yang dihasilkan adalah seni yang sebenar,not simply juz lagu bodoh-bodoh lirik tangkap muat yang kosong ntahapehape.satu lagi lirik lagu dalam album amy magik yang gua nak taruk kat sini ialah antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh penulis lirik kesayangan gua..loloq tetap yang terbaik di hati gua..macam tak lengkap baca lirik semata-mata tanpa lagu tapi gua takde lagu-lagu nih nak taruk.yang ada cuma dalam koleksi kaset..

GHAIRAH-AMY SEARCH-

TERKESIMAKU DI MATAJALA MAYA
GHAIRAH BAGAI MAKAN MALAKAMO
SUMPAHAN SILAM MASIH BELUM JELAS
KU PASRAHKAN KUDRAT IRADAT
BERSEMADI
SEBAGAI TEKAD YANG TERAKHIR
MELAMAR ILHAM

BERSIPONGANG NAMA KASIHKU YANG KUDUS
GHAIRAH MEMBUNGKAM RONGGONGNYA MALAM
MENCEROBOHI LENAKU YANG PULAS
MELANTUNKAN BAHANG MERANGSANGKAN

KU BINGKAS LAWAN
FALSAFAH KOSONG
PENDITA PSEUDO
YANG MENYESATKAN

FITRAH SEDARI ZAMAN AZALI
SETIAP INSAN LAHIRNYA
UNTUK MENGENAL KHALIKNYA

BERGELORA PRAHARA KEBENARANNYA
GHAIRAH MENYELUBUNG PERASAAN
SEHINGGA PULIH SEMANGAT JATI
MANUSIA YANG BERGELAR INSAN

JEJAK DALAM SEDAR
GERAK DALAM SEDAR
NYALAK DALAM SEDAR
RANCAK DALAM SEDAR
RANGKAK DALAM SEDAR
HENYAK DALAM SEDAR
GOLAK DALAM SEDAR
TACAK DALAM SEDAR
GELAK DALAM SEDAR
SEDAR DALAM SEDAR

Tiada ulasan: