Khamis, Mac 27, 2008

Janji Hakiki

semuanya berkisar tentang personaliti sendiri..tengok seseorang,sepertimana personaliti dia,macam tuh jugak la mentaliti dan jiwa dia.semuanya terbias.atau sebenarnya,gua bercakap secara terbalik..kita tengok sifat dan sikap seseorang untuk tau personaliti dia tapi gua bercakap tentang sudut sebaliknya,personaliti seseorang mempengaruhi sifat dan sikap dia..hmm..sebenarnya gua selalu bercakap secara terbalik..orang gunakan yang minor untuk kaitkan dengan major,gua guna yang major untuk kaitkan dengan minor.gua guna yang jauh untuk kias pada yang dekat bila orang kebiasaannya ambik yang dekat untuk kias pada yang jauh.mungkin kerana gua melihat yang major itu sebagai minor,dan minor sebenarnya adalah major.yang jauh itu adalah yang kasar,yang dekat itu adalah yang halus.gua menghurai dalaman,jadi kerana itu pendekatan gua terbalik..menggunakan luaran yang lebih luas untuk jadi cermin pada sesuatu yang lebih khusus dan peribadi..
rasa macam gua dah nak lari daripada apa yang sebenarnya gua nak cakap..memang gua manusia yang mudah terkeluar dari landasan..heh..gua baru menelan dua bijik penadol lagi.gua pon tak tau dah berapa banyak yang gua telan..gua memang ada stok penadol yang banyak,sebab gua memang memerlukan benda alah tuh.kepala gua bermasalah sket..selalu sakit..gua makan penadol macam makan gula-gula..dan hakikatnya,gua sebenarnya benci rasa sakit.sape yang suka,kan?gua benci sakit dan akan cuba sedaya-upaya untuk hilangkan kesakitan gua dengan serta-merta.gua benci ke klinik tapi gua rela pergi ke klinik kalo gua betol-betol sakit.apa saja asal sakit gua hilang..gua nak cepat-cepat get over the pain.dan sesungguh-sungguhnya,itu la kerekter gua..bukan nak bermegah,tapi gua dilahirkan memang agak kuat untuk menahan sakit which means,kalo gua cakap sakit tuh memang sakit betol-betol.despite segala yang gua bebelkan dalam blog nih,di luarnya gua sangat-sangat jarang bersuara pasal kesakitan yang gua alami.gua takkan berbunyi melainkan kalo gua memang dah betol-betol sakit sangat.kalo gua memang dah betol-betol sakit sangat,gua hanya pikir tentang nak tamatkan kesakitan tuh secepat mungkin.gua tak peduli apa orang klinik tuh nak buat pada gua..nak cucuk gua dengan jarum sebesar pokok balak pon gua tak kisah,janji sakit gua hilang.anything to stop the pain..dan itu la sebenarnya yang terbias pada jiwa gua..
gua hanya nak hentikan kesakitan dengan kadar segera kerana gua tak suka nak layan sakit lama-lama..kata kuncinya memang yang satu itu la,tak sabar.bukan tak tahan,tapi takleh nak sabar.gua malas nak layan perasaan yang macam haram dan akan buat apa saja untuk lupakan semua tuh.macam penadol sebenarnya..ia bukan penawar sepenuhnya,tapi cuma dadah kecil untuk mengalihkan perhatian kita daripada sakit yang kita rasa..penawar on the spot untuk jangkamasa pendek..syukur gua cuma guna dadah halal untuk ubat sakit fizikal,bukan dadah haram untuk ubat sakit spiritual..tapi pusing-tolak,situasinya sama.bergantung pada penawar jangka pendek untuk rasa lebih baik sedangkan diri tak pernah sembuh dalam ertikata yang sebenar..kita perlu penawar yang sebenar,yang mampu menyembuh sakit dari akar-umbi dengan sepenuhnya..bukan penawar tipu yang hanya memberi kelegaan cepat tapi sementara..heh..tapi cakap memang mudah,kan?soalnya bukan tak tau jawapan,tapi untuk tau dan laksanakan adalah dua perkara yang sangat berbeza..
bukan kabur sebenarnya..dah lama sangat-sangat tau jawapan,tapi tak mampu aplikasi..kita paksa diri pikul beban yang sebenarnya kita tak mampu nak pikul.kita dera fizikal dan mental kita sendiri untuk tanggung apa yang kita tak mampu tanggung.kita push diri bila kita sepatutnya berhenti.kita tak pernah rehat bila kita perlu rehat.kita tak pernah berhenti untuk periksa apa yang tak kena sebaliknya meneruskan macam takde apa-apa yang tak kena..yang kita tipu itu adalah diri kita sendiri,bukan orang lain..bila kita nak dilindungi,kita berdiri megah lantang melaung kita tak perlu sesiapa.bila kita menangis di dalam,kita pakai muka kebal berlagak kerek macam tough nak mampos.bila kita takut,kita tunjuk betapa beraninya kita sampai takde sesape boleh risaukan kita..kita cakap pasal jujur,pasal menentang hipokrasi pada dunia sedangkan kita sendiri tak pernah jujur dan sentiasa hipokrit pada diri sendiri.kita tak pernah adil pada diri sendiri..kita guna diri sendiri sehabis-habisnya demi memuaskan perasaan walaupon dah tau kepuasan yang kita dapat selalunya hanya bersifat luaran dan cetek.kita nafikan keperluan jiwa dan perasaan yang sebenar-benarnya untuk tumpukan pada keperluan fizikal dan nafsu yang tak pernah ke mana..dan kita tau,sangat-sangat tau,tapi kita tak buat apa-apa untuk ubah apa-apa..kita pentingkan diri sendiri walau dengan diri sendiri..
itu hakikat yang sesungguh-sungguhnya..kita yang biar rasa sakit tuh berlarutan kerana kita tak nak berhenti untuk berubat betol-betol..kita macam kenderaan yang perlu diservis dari masa ke semasa..bila diguna secara kasar dan paksa dengan main redah je tanpa ada penjagaan yang patut,nak expect apa lagi?memang lingkup la,cepat jahanam.kalo rosaknya sikit tapi dibiar lama-lama sampai bertambah berganda-ganda kerosakannya lepas tuh sekadar ambik langkah cukup syarat asal boleh jalan,sejauh mana itu membantu?kalo dah memang rosak,terima je la hakikat yang ia dah rosak.hantar la masuk bengkel buat baik pulih sepenuhnya..
mudah je sebenarnya kan dengan jawapan yang kita dah tau..tapi kehidupan semudah itu ke?antara akal dan rasa..antara iq dan eq..antara keperluan dengan kenyataan..antara yang kita mahu dengan yang kita mampu..antara apa yang kita harapkan dengan apa yang kita terima..bila kereta kancil diguna macam lori,apa lagi pilihan kereta kancil itu selain untuk berkhidmat sebagai lori?bila kita lahir di dalam keadaan yang bukan kita atur sendiri,apa lagi pilihan selain dari terus survive dengan surrounding yang sedia ada?bila kita sakit teruk tapi tak sesiapa mampu lihat dan percaya kita sakit sebaliknya buat kita macam tak sakit,akhirnya kita akan mengikut apa yang digambarkan tentang kita.andai kita simpati pada diri dan mahu beri diri rehat tapi semua orang tak simpati dan tak bagi peluang untuk kita rehat,ada maknanya?kita lebih tau had kemampuan kita sendiri tapi bila semua orang anggap kita belom mencapat had kemampuan kita,macammana?tengok orang di sekeliling kita,orang dalam hidup kita..adakah kita kenal diorang cukup mendalam?sad but true sesungguh-sungguhnya.kita mungkin hidup seumur hidup dengan seseorang tanpa pernah kenal diri diorang..ibu bapa yang tak pernah kenal anak mereka sendiri sepenuh-penuhnya..keluarga yang tak tau siapa sebenarnya yang hidup bersama mereka..di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan,kan?tapi benar ke?boleh ke kita cari jalan untuk menentukan sendiri apakah latar-belakang kita,bagaimana cara kita dibesarkan,kehidupan apa yang menanti sepanjang kita membesar yang akan membentuk jiwa dan personaliti kita dari akar-umbi?sedalam mana diri kita untuk memahami yang kehidupan ini bukan hanya soal apa yang kita mahu dan apa yang terbaik untuk kita?kadang-kadang,kita sendiri bunuh orang yang kita sayang dengan memaksa mereka memikul apa yang tak mampu mereka pikul tanpa kita sedari..
gali jiwa,gali hati..bukan soal bersyukur atau tak bersyukur semata-mata..bukan soal lemah atau kuat..bukan soal tau atau tak tau..bukan soal mahu atau tak mahu..banyak masanya bercakap itu memang terlalu jauh lebih mudah dari melaksana.macammana diri kita dilayan,macam itu la diri kita berfungsi.kata bodoh banyak kali pada seseorang,lama-lama diorang akan jadi bodoh betol.kerana kita tak kenal orang yang dekat dengan kita,kita layan diorang untuk berfungsi lebih dari kemampuan diorang dan hingga ke akhirnya tak pernah sedar betapa kita dah berlaku kejam pada diorang..siapa yang bunuh siapa sebenarnya?paksa seseorang untuk bodoh lebih daripada kebodohan dia yang sebenar dan paksa untuk bijak lebih daripada kebijaksanaan dia yang sebenar..ikat seseorang supaya jadi lemah lebih dari kelemahan mereka dan jerut mereka untuk jadi kuat lebih dari kekuatan mereka..bukan kita tak tau,apa-apa saja bila melebihi batas akan mendatangkan mudarat..kita tak kenal potensi sebenar orang yang kita rasa kita kenal sehingga menyekat mereka dari berkembang dan kita juga tak tahu batas mereka sehingga memaksa mereka melakukan sesuatu yang mereka tak mampu..
it's comfusing sometimes..hidup nih..orang-orang di sekeliling..bila diorang suruh kita lepas apa yang mengganggu fikiran tapi bila kita lepas diorang tak terima..diorang cakap jangan takut-takut datang pada diorang bila kita perlukan sokongan tapi bila kita rendahkan diri untuk datang diorang cakap jangan ganggu diorang..mungkin sebenarnya yang kompius itu gua..ya,gua kompius..jadi tak paham..cakap lain,buatnya lain..kata ada ubat untuk sembuhkan gua dan gua hanya perlu mintak tapi bila gua mintak bukan setakat tak bagi ubat malah sepak pulak gua tergolek dog free-free menambahkan sakit yang memang dah tenat..sumpah gua tak paham.diorang buat gua bingung..bukan gua pon yang beriya-iya yang hadap sangat.diorang yang lebih-lebih yang bagai nak rak..sebenar-benarnya,siapa yang tipu siapa?bila gua pikir-pikirkan balik,gua takde pape sebenarnya..diorang bermain-main dengan diri diorang sendiri,bermain dengan kata-kata diorang sendiri..siapa yang sebenarnya main tarik-tali,yang sebenarnya memperbodohkan diri sendiri?bila kita suruh seseorang jadi diri mereka sendiri tapi kita tak nak diri mereka yang sebenar..bodoh sebenarnya..cakap tak serupa bikin..bagi tawaran terhegeh-hegeh bercakap macam nak rak tapi habuk pon takde..sebenarnya apa motif semua tuh?bila kita menipu,siapa yang kita tipu sebenarnya?nampak bodoh kan bila seseorang bercakap macam beriya tapi realitinya hampeh je.kita sudah berada di landasan yang betol..kah kah kah..betolnyer landasan dia..
heh..gua tau..kalo nak salahkan apa-apa,gua patut salahkan diri gua sendiri..tersilap tempat cari penawar..tapi,gua tak pergi ke satu tempat yang gua tak dijemput..dah bukak pintu nganga luas-luas sambil merayu-rayu panggil gua,gua datang la..dah orang lapar ditawar makanan free,sape yang tak nak?bukan gua pon hadap sangat mintak..tapi bila gua datang,tup-tup hempas pintu kat muka gua..itu yang sebenarnya yang gua kurang paham..apa motif beriya-iya sakan rayu seseorang datang macam harap sangat bila kita cuma nak hempas pintu kat muka diorang lepas diorang betol-betol datang?itu sejenis hiburan yang menceriakan ke?sebenarnya gua ke yang diperbodohkan dalam situasi tuh?nape bila dihayati gua rasa macam diorang la sebenarnya yang nampak bodoh..dah tak salah dah gua datang pada orang yang nampak harap sangat beriya-iya pada gua dan dah tak salah jugak kalo gua cipta peluang pada kesempatan yang terbuka walaupon akhirnya sia-sia..mungkin silap gua membuat percaturan,tapi gua hanya bertindak mengikut ruang..
hakikatnya,pahit tetap pahit.takde manusia yang suka rasa dirinya ditipu..bukan kecewa sebenarnya..marah lebih tepat..kenapa nak bercakap beriya kalo setakat main-main?cakap melangit tapi kosong.ntah la..gua tampar je diri sendiri yang terleka..yang sebenarnya,gua yang termakan dan tergoda.macam pembeli yang terpedaya dengan taktik salesman untuk beli apa yang tak diperlukan..keterlekaan yang merugikan diri sendiri..mungkin itu la..gua tak suka sakit dan cuma nak cepat hilangkan kesakitan hingga adakalanya ketaksabaran gua buat gua nampak racun sebagai penawar dan sebalik menyembuhkan,gua berkesudahan dengan menambahkan lagi sakit yang sedia ada.tapi gua akan bertindak sebagai orang yang matang dan bijak dalam hal nih.face your own mistake.itu silap gua dan gua akan tanggung.dari semua ini gua akan belajar dan gunakan pengalaman sebagai satu ilmu yang mendewasakan diri gua sekali lagi.datang la petaka,malang yang seribu,gua hanya akan bangun balik sesudah jatuh..
tak guna salahkan orang lain atas kebodohan sendiri..akibat dari kebodohan sendiri itu akan gua tanggung seperti orang yang bermaruah dan gua takkan takut untuk memulihkan kembali apa yang dah terjejas dan rosak walau seburuk mana pon keadaannya.jatuh sekali,bangun seribu kali..itu janji gua..berjuta silap dan dosa,gua masih percaya pada keampunan dan takkan putus asa membaiki kesalahan sendiri tak kira apa yang orang nak kata tentang gua.gua tak perlu pendapat dan penilaian manusia terhadap gua..sandaran gua bukan mereka,tapi yang satu yang lebih mengetahui segala-galanya,walau pon gua sedar gua tak layak mintak yang baik-baik dengan segala yang buruk yang gua bagi selama nih..hanya ada satu keyakinan..yang mutlak ada di penghujung..biar gua berpegang pada itu untuk abaikan saja segala-gala yang datang dan pergi bersilih-ganti kerana milik gua adalah tetap milik gua di akhir nanti..

11 ulasan:

kaisu berkata...

huhuh..
sakitnyer..
baca pown da terasa sakit...
hurm,...

broken_nigina berkata...

sakit ke?
heh..
nak penadol?

kaisu berkata...

panadol??
bleh ker???
rasa cam x ckp jer...
aku perlukan eramin 5..
wahahahha...

broken_nigina berkata...

hape kejadah eramin 5 tuh?

kaisu berkata...

whahaha..
sejenis dadah yg diharamkan di malaysia..
pengambilan lebih dr 1 tablet bleh membuatkan anda luper per yg anda lakukan...
ada brani???

broken_nigina berkata...

tak mengapalah wahai en.kaisu..
yang perlu adalah mengatasi,bukan melupakan..
lagi pon,dapat apa dengan lupa diri?
:)

kaisu berkata...

huhuhuh...
maybe bleh lupakan segalanyer tuk sementara..
sebelumianya dtg balik dan trus menghantui idup kite!
aarrgghh!!!!

broken_nigina berkata...

selagi nak lupa,selagi itu la kita ingat.
kerana kita tak boleh lupa apa yang kita tak ingat.

kaisu berkata...

huh!
camner tue??
xleh luper pe yg kite x ingat???
kalo da x ingat makna nyer lupe la tue..
hurm...
fening2!!!

broken_nigina berkata...

yalah..
kalo dah memang tak ingat,takyah la nak cuba lupa..
ini cuba untuk lupa..tiapkali nak cuba lupa tuh la kita akan ingat apa yang kita nak lupa..
so kesimpulannya,takyah la susah-susah nak cuba lupa..biarkan je la kat situ..biar pudar sendiri dengan masa.
tak perlu kita nak paksa diri.

kaisu berkata...

ooo...
camtu..
bgs gak!
biarkan ianya pergi di bawa waktu...