Selasa, Mac 18, 2008

Di Mana Ada Kemahuan....

di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..tapi itu kalo ada kemahuan,kalo takde?kot mana nak nampak jalan?akhirnya gua give in.give in pada kemalasan.bukan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang nak menempa kejayaan.sebenarnya dari dulu gua tengok kejayaan berjoget-joget depan gua tayang diri, cuma gua je tak pernah guna peluang untuk sentap kejayaan tuh.gua cuma tengok,dan sekadar tengok.sehari dan sehari berlalu,jadi minggu,jadi bulan,jadi tahun,dan jadi tahun-tahun.dimampatkan rasanya macam sekelip mata.betol,masa memang cepat berlalu.tau-tau dah jauh rupanya gua tinggalkan alam persekolahan,dan sebenarnya banyak lagi yang lain turut tertinggal kat situ.ada sesuatu yang sepatutnya mendorong gua untuk sentap kejayaan tercicir dan hilang dalam perjalanan..itu,yang disebut kemahuan..tak tau tercicir kat mana.
mungkin naluri macam kain.makin lama makin pudar,makin luntur.lagi bila kerap disental,direndam klorox,dibiar berhujan berpanas dihakis dek cuaca.mungkin harapan macam kaca yang boleh pecah.dibaling,dicampak,dihempas tak berhenti,sudahnya berkecai.gua bukan kain yang mudah turun warna.gua bukan kaca yang mudah pecah.perlu peluntur yang berkuasa gaban untuk pudarkan gua.perlu hentakan yang berkuasa dewa untuk hancurkan gua.tapi lagi,soal timing.yang dah berlaku,tetap dah berlaku.benda dah berlaku,dah tak guna nak dikecoh-kecoh.penawar perlu diberi pada orang yang tengah berjuang melawan penyakit,bukan lepas perjuangan dah tamat.itu macam lumrah yang sangat biasa.manusia suka tunggu benda melarat dulu baru nak bertindak.suka terhegeh-hegeh dan cakap banyak bila dah terlambat.timing,timing.belajar soal timing.orang tak enjoy tengok bola bila game dah habis.orang tak melompat jerit gol setaun kemudian.orang tak tampal plaster kat luka yang dah lama kering.penadol dah tak perlu lepas sakit kepala dah hilang.orang tak cipta sejarah lepas masa sekarang.siaran tertunda tetap bukan siaran langsung.pernah tengok siaran tertunda game yang kita dah tau team kita sokong kalah?ada sebarang pekdah kalo sepanjang menonton siaran tertunda tuh kita masih nak mintak team kita menang?
apa sebenarnya yang gua nak cakap?kekeliruan,dilema,cuma akan ada bila kita masih bertanya-tanya,menanti jawapan.marah itu bila kita takleh menerima satu-satu kenyataan.kalo kita memang dah paham,memang dah menerima kenyataan dan sedar itu la kenyataannya,nak bising apa lagi?memang,dah takde pape la..takde pape lagi yang nak dipersoal,nak disangkal.api semarak mana,sepanas mana pon,sudahnya padam dan sejuk jugak.rebel macam nak mampos,akhirnya akan cool jugak.gua bukan duduk di era api tengah panas,era rebel macam nak mampos.gua di era yang tenang,era yang steady.bergolak,bermasalah,itu normal.tipu lembu pon lembu takkan percaya ada manusia yang tak pernah bergolak,sentiasa tenang tak pernah bermasalah.bohong tahap klcc.tapi,pergolakan dan permasalahan dah tak mempengaruhi apa-apa.paksinya kukuh berpasak,tak goyah.datang apa nak datang,kaki gua tetap dipaku pada tempat gua berdiri.kalo nak roboh,dah lama gua roboh.bukan hari nih.tak kira hujan ribut petir,tsunami yang melanda dalam gua,gua masih kukuh.berjalan tetap berjalan.berpantang mati sebelom ajal!sape-sape yang cuba bercakap soal tabah dan sabar dengan gua,cuba ajar gua tentang hikmah,tentang hidup mesti diteruskan,tolong jangan buat gua tergelak.tolong selidik dulu dengan sape lu orang bercakap.jangan nak ajar gua soal tabah dan sabar.lu orang pikir,kat mana gua sekarang kalo gua tak tau pasal itu?
gua bukan budak-budak yang bila menulis tentang segala kecelaruan dalam blog nih realitinya hanya nak duduk termenung bermuram durja.bukan kanak-kanak emo yang bila bermasalah nak tarik muka nak moyok lagak seposen.bukan manusia kesian yang asyik dengan masalah sampai tak nampak orang.dalam nih tempat gua layan diri yang peribadi.dalam nih tempat gua beku,gua dingin.tempat gua dengan diri dalaman gua.gua masih tau nak membataskan antara jiwa peribadi dengan kehidupan nyata.masih tau nak ceria,nak bergelak,nak ketawa.yang dalam diri gua,itu antara gua dan diri gua.tak bawak pada orang lain.tak payah nak tunjuk muka kelat separuh mati oh gua la manusia paling malang atas muka bumi nih.tak payah nak mengada-ngada.itu bukan gua.realitinya gua takde bakat nak tunjuk sedih dan sakit.muka gua macam itu la.sedih pon camtuh,sakit pon camtuh,suka pon camtuh..sama je.gua pon camtuh la.gua sedih pon camtuh,gua sakit pon camtuh,gua suka pon camtuh la jugak gua.gua tetap sama.takleh nak beza.bukan manusia yang boleh dibaca oh dia tengah kecewa sedih berduka cita ada masalah negara..macam yang gua cakap,diri gua yang dalaman takde kena-mengena dengan diri gua yang di luar.bukan soal memendam rasa,menyimpan masalah sengsorang,menyembunyikan luka-lara di sebalik keriangan,tapi memang tak bersangkut-paut.tak mampu nak relate antara yang dalam dengan yang luar.hidup di dunia yang berasingan di dalam jasad yang sama.
apa kena-mengena perasaan yang ada dalam jiwa kita dengan kehidupan realiti?apa kena-mengena dengan apa yang kita nak secara peribadi dengan dunia luar?apa kena-mengena batin kita,naluri kita,soal dalam kepala kita dengan life yang berjalan ikut ketetapan biasa?profesional.ya,hidup kena profesional.bukan profesional bila bekerja aje.apa yang kita rasa secara peribadi tak dibawak keluar untuk mengganggu objektif kewajaran kita.neutral..filter semulajadi yang menapis apa dari dalam untuk keluar.hmm.sebenarnya bukan filter.dalam kes gua,perasaan dalam jiwa dimampat dan ditutup kat dalam dengan penutup yang tebal dan berat.heh..pernah dengar orang cakap apa yang dimampat dan ditutup lama-kelamaan boleh meletup dahsyat macam lava gunung berapi.sesungguhnya,gua masih menunggu itu untuk berlaku.agak-agak,bila?
panjang-lebar gua menceceh.sebenarnya,point hanya itu.apa lagi tentang cita-cita,tentang harapan,tentang kemahuan?kita semua buat apa yang perlu kita buat.kita tuju ke mana kita boleh hidup,dan kita fight untuk survive.kita nilai,kita pilih,kita ambik mana yang kita rasa boleh menolong kita dan kita gunakan itu untuk dijadikan jaminan hidup.rasanya,itu je.we do what we have to do to survive.tapi gua cuma bercakap mewakili diri sendiri,bukan orang lain.gua buat apa yang gua rasa perlu untuk gua buat.mana yang gua pikir boleh tolong diri gua,gua belasah.minat,mahu,ikhlas,itu semua tak penting.kalo nak ikut minat,nak ikut mahu dan ikhlas,dok rumah melangut bermalas-malasan la jawabnya.takde apa yang gua buat dengan lebih jujur selain menjadi malas.akhirnya balik jugak pada yang satu itu.mim alif lam sim.memang betol,sangat-sangat betol..nak seribu daya,tak nak seribu dalih..kenapa sampai hari nih gua masih tak rebut kejayaan yang berjoget-joget depan mata gua?jalan akan ada kalo gua mahu..jadi kenapa selama nih gua masih kaku tak kejar betol-betol apa yang melintas di depan mata?senyum saja pada diri sendiri tanpa ada makna.."di mana ada kemahuan"..

2 ulasan:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL berkata...

..disitu ada jalan..

kerja bertangguh-tangguh.

roda kehidupan itu sentiasa berputar, dan paksinya adalah KITA sendiri.

yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak datang bergolek.

apa perkaitan semua ini?

jalan itu bersimpang siur. pandailah KITA memilih mana yang betul atau terus berjalan tanpa ada u-turn.

AKU mengarut dan hipokrit. haih..

broken_nigina berkata...

pokoknya di mana ada kemahuan..