datang dan menghilang..realitinya itu memang kehidupan gua.kalau gua nak terangkan pada mereka yang tak kenal gua,memang sedikit susah.mungkin memeningkan.mungkin kehidupan gua memang macam pengembara.hidup gua berkelana.gua tak pernah tinggal lama kat satu tempat dan gua pasti akan pergi.manusia nomad.
sangat-sangat sedikit benda yang kekal dalam hidup gua.gua tak pegang lama.mungkin betol,gua hidup macam kehidupan dalam novel,dalam komik.menjelma kat satu tempat,dan kemudian hilang.sekadar meninggalkan sedikit memori yang mungkin akan disimpan oleh orang-orang yang pernah hampir dengan gua..macam ada satu janji.gua tak dicipta untuk wujud secara kekal dalam hidup seseorang,melainkan mereka yang memang sedia ada dari azali.
sejujurnya,gua sendiri tak tau nape gua seolah-olah tercipta macam tu.mungkin ke gua sendiri yang jadikan ia macam tu?kata teman rapat gua yang dah lama kenal diri gua,gua nih terlalu rumit hingga menyebabkan segala-gala yang ada dalam hidup gua jadi rumit.kata-kata dia seperti meletakkan apa yang berlaku pada gua adalah berpunca dari diri gua sendiri.dia buat gua kelu sebenarnya,dan tersentap.tak mampu bela diri,dan takde gunanya untuk bela diri.gua tertanya-tanya,apa yang dimaksudkan dengan terlalu rumit dan apa pulak takrif untuk ringkas?gua adalah gua..macammana untuk gua tak jadi diri gua?kerana itu,gua hanya kaku.
banyak tafsiran yang sinonim tentang gua yang datang dari ramai orang selama ni..sebenarnya,gua sendiri tak tau.orang merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tersimpan dalam diri gua yang perlu diorang gali.gua nampak macam menyembunyikan sesuatu,banyak yang tak jelas,misteri.dari warna pakaian gua,dari raut muka gua,dari mata gua,dari percakapan gua,hingga ke penulisan,lukisan,malah gaya tulisan.memang jujur,gua sendiri tak paham.apa yang rumit sangat sebenarnya?teringat kata seseorang yang menganggap gua melihat dunia secara songsang.ntah la..cikgu-cikgu dari zaman gua sekolah tadika sentiasa tanya apa masalah yang mengganggu diri gua,seolah-olah gua ni sentiasa bermasalah.gua ditanya soalan yang sama sampai ke hari ni yang mungkin dah cecah beribu kali kalau nak dikira.bagi gua sendiri,gua rasa macam diorang sebenarnya yang bermasalah,bukan gua.mungkin ada orang yang sukakan perhatian tak kisah dengan semua tuh,tapi gua rasa ia sangat merimaskan.bosan.nak suruh gua buat macam mana lagi baru tak nampak macam ada masalah?
sedikit-sebanyak,timbul kemarahan sebenarnya bila orang asyik cakap gua nih terlalu rumit.mungkin diorang perlu ajar gua macam mana untuk tak jadi terlalu rumit.bagi formula,teknik-teknik yang perlu dipraktikkan.gua tak tau,lu tau tak?gua cuma tau jadi diri gua dan ini la diri gua.mungkin itu yang cetuskan krisis,kemelut dalaman.gua dianggap macam gua nih adalah sesuatu yang tak logik.gua dikatakan macam datang dari alam fantasi,alam khayalan.gua macam tak real.gua macam bukan manusia.gua ibarat jelmaan yang macam mimpi,di luar realiti.manusia misteri la.mistik la.lain dari yang lain.luar biasa.tak normal.hantu.budak bermasalah.unik.pelik.seni.sewel.malah gila.ntah.segala macam mak nenek istilah yang diguna pakai untuk gambarkan gua.mungkin,itu sebenarnya satu pujian.tapi kalo dah asyik dengar benda sama,boleh muntah.label yang dah sampai menyusah dan membebankan,apa yang best sangat?sampai tahap gua dah terasa macam alien yang tersesat dan tak boleh hidup bersama manusia lain.
mungkin betol,gua hidup seperti manusia nomad.tapi bukan ke semua orang macam tu?gua tak pernah janjikan apa-apa,tapi orang sentiasa mengharapkan sesuatu dari gua.diorang macam meletakkan satu permintaan yang terlalu tinggi terhadap gua tapi dalam masa yang sama anggap gua yang ada permintaan macam tu terhadap diri diorang.kerap kalinya gua rasa diorang yang kecewa kerana tak mendapat apa yang dijangka tapi sebaliknya diorang letakkan gua di dalam keadaan seperti gua yang kecewa kerana permintaan gua yang terlalu tinggi.ya,gua memang selalu disalah erti.dan atas dasar itu,gua dikatakan terlalu rumit.bila orang tak dapat faham sesuatu,diorang anggap benda tuh terlalu rumit.sebenar-benarnya,salah gua ke?salah gua ke kalo orang tak dapat nak faham gua?nampak macam semua orang setuju memang semuanya salah gua.malah teman yang paling rapat yang paling kenal diri gua pon cakap macam tu.sikit-sebanyak,memang gua kecewa.
mungkin percakapan gua bunyinya sekadar macam orang yang cuba nak tegakkan benang basah.tapi gua ada pandangan gua sendiri.setiap sesuatu yang tercipta adalah mengikut fitrah ciptaannya.kalo salahkan sesuatu menjadi seperti sifatnya yang sebenar,sama macam mempertikaikan hasil kerja pencipta.gua tau tak perlu sampai tersentap ke tahap itu,tapi itu la yang gua rasa bila manusia terus-terusan menyalahkan gua atas sifat yang bukan gua sengaja cipta sesedap rasa.andaikata manusia nih adalah lukisan.bukan ke lukisan ada banyak ketegori?kalo dah lukisan tuh jatuh dalam ketegori lukisan abstrak,abstrak la dia.mungkin ia bukan untuk selera umum,hanya segelintir je yang boleh menghayati dan menikmati tapi itulah yang dinamakan lukisan abstrak.dah memang dilukis macam tu.takkan la kerana ia susah nak diterima umum maka ia mesti diubah jadi lain?agak-agak kalo tak mampu nak menikmati keindahan dalam lukisan abstrak,cari je la lukisan lain.kenapa nak salahkan lukisan tuh pulak.mana adil.
ntah la.gua pon tak tau gua tuju pada sape semua tuh sebenarnya.mungkin sekadar nak melempiaskan geram.teringat kata cermin mimpi,bintang tak mintak jadi bintang..terlalu tinggi,tak mampu untuk dicapai..bintang yang sentiasa dipuja,tapi kesepian..malang nasib bintang..dipandang macam indah,tapi realitinya,tak punya apa..

4 ulasan:
ko cuba menjadikan identiti yg tersendiri tuk diri ko..
identiti yg owg jarang lihat...
sebab tu owg rasa spt ko bermasalah..
tu pandangan akula..
terpulang...
menjadikan identiti?
takde identiti yang dijadi-jadikan kat sini..
gua adalah siapa diri gua..
mmgla..ko jadikan identiti tu diri ko yg sebenar...
supaya owg lain nampak lain dr ko..
hurm...
:)
Catat Ulasan