Khamis, Februari 28, 2008

Salah Belum Tentu Salah-Antara Minyak &Air

sesuatu yang gua percaya sejak sekian lama,minyak tak mungkin bercampur dengan air.ada kalanya,gua sendiri cuba nafikan dan bagi peluang..mungkin,kalau kena dengan caranya,minyak dan air boleh jugak untuk bercampur..tapi akhirnya,gua kembali jugak pada kepercayaan gua yang asal,minyak dan air memang tak akan bercampur..memang ia dah termaktub macam tuh.
gua hanya sedar..gua tersedar dan disedarkan..ada banyak benda yang salah,yang silap dalam dunia nih berlaku pada manusia.memang senang,cukup-cukup senang untuk orang luar melihat sesuatu keburukan dan dengan kewarasan mengecam,mencemuh..gua tak sekali-kali nak membenarkan yang salah.yang salah walau dibela dengan alasan apa pon,tetap akan salah.bukan..bukan untuk membenarkan yang salah..cuma..hanya cuma..sesekali gua berharap 'masyarakat prihatin' itu boleh melihat dari sudut yang lebih luas,lebih berperasaan.melihat bukan dengan akal semata-mata,tapi dengan hati,dengan perasaan.bila mereka nak cuba itu?bila mereka nak sedar?tak sama,tak sama langsung!memang tak sama langsung menjadi yang melihat dengan yang mengalami.kita mungkin pikir kita tau,kita paham,tapi hakikatnya sekali-kali tak.sebagai orang luar dan orang yang berada sendiri di dalam satu-satu situasi,memang tak sama.
ntah la..gua pon tak tau apa sebenarnya yang gua nak cakap..mungkin gua cuma jemu,cuak..kita manusia datang dari latar-belakang yang berbeza-beza.latar-belakang kita mempengaruhi sape kita,mempengaruhi pemikiran,perasaan,dan cara kita menilai sesuatu.memang kita semua sama,manusia biasa..masing-masing ada hati,ada jiwa,ada akal.kita patut tau berfikir,menilai mana yang betol,mana yang salah.tapi,kita datang dari kehidupan yang berbeza-beza.walaupon sama pada dasarnya,pada keperluan asasnya,tapi tetap tak sama.kita ada hati,ada jiwa,ada akal,tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk menggunakan deria-deria asas yang dimiliki.cara tersendiri yang dipengaruhi,dicorakkan oleh macammana dia dibesarkan,dibentuk,dan apa yang dialami sepanjang hidup.itu saja dah jelas betapa berbezanya manusia ni.belom wujud manusia yang ada kehidupan 100% fotostat kehidupan orang lain.
mungkin kita bahagia,kita datang dari keluarga yang harmoni,dirahmati dengan segala kegembiraan,kasih-sayang,ketenangan.bersyukurlah kalo kita dikurniakan kehidupan yang macam tuh.tapi tak semua orang ada kehidupan camtu.dunia ni bukan cuma ada putih,ada cahaya.ada orang yang tak bahagia,datang dari keluarga yang haru-biru,dibebankan dengan segala kemelut,kekusutan,tekanan.ada kehidupan yang tak sama macam kehidupan biasa-biasa yang kita lalui.betol,memang tak ada kehidupan yang sempurna,semua orang ada masalah,semua orang pernah susah.tapi sama ke setiap masalah dan kesusahan kita?memang hidup tak pernah sepanjang masa gembira,tapi banyak mana kita tak gembira?mungkin dalam 100%,cuma ada 20% yang tak gembira.itu yang kengkadang buat kita terlupa yang ada orang dalam dunia nih bertentangan dengan kita.ada orang yang hidupnya cuma 20% gembira,selebihnya pedih malah ada yang tak sampai 20% pon.kita mungkin rasa diorang tak bersyukur,diorang tak pandai berfikir,suka nak kesian pada diri sendiri,tapi,pernah ke kita duduk kat tempat diorang,rasa apa yang diorang rasa?tak mustahil kalo kita duduk kat tempat diorang,hidup dalam kehidupan diorang,kita jadi lebih teruk dari diorang.malah mungkin,kita tak mampu bertahan walau untuk sehari pon dalam kehidupan diorang.kita tak pernah tau..
sekadar nak memikirkan,membayangkan,memang senang.tapi pikir dengan buat,tak sama.ada benda yang tak semudah kita sangka.kita takkan tau sampai benda tuh jadi sendiri pada kita.andai kita bahagia,hidup dirahmati dengan segala keindahan,kemanisan,bersyukur..tapi kita tau ke,yang esok hidup kita takkan gelap,takkan sakit?dan sekalipon itu berlaku,belom tentu lagi sama macam yang berlaku pada orang yang tak senasib baik kita.realiti.realiti,beb!memang ada orang yang nasib dia malang.malang bukan semestinya papa kedana,hidup dalam peperangan etc..apa yang lebih malang selain dari jiwa yang tak cukup kasih-sayang,jiwa yang porak peranda?memang ada orang yang dilimpahi kehidupan yang baik tapi memilih untuk jadi porak peranda tapi pegi mampos dengan diorang.gua tak bercakap pasal orang-orang yang macam tuh.skang nih,juz bukak mata kita,pemikiran kita.bila kita gembira,kita takkan nampak kesedihan.sama macam bila duduk dalam cahaya,takde gelap.pusing.hanya pusing kenyataan tuh.sebagaimana kita tak dapat rasa satu-satu kesedihan kerana kita gembira,ada orang yang tak dapat rasa satu-satu kegembiraan kerana diorang sedih.macam jugak diorang duduk dalam gelap,dan tak nampak cahaya.suka kita pikir,sape suruh pilih duduk dalam gelap?tapi,apa yang kita ada bukan semuanya yang kita pilih.juz pikir..kalo boleh duduk dalam cahaya,nape diorang bodoh sangat nak duduk dalam gelap.
kita hanya kena belajar.dunia dan kehidupan nih terlalu luas.ada persoalan yang lebih besar selain dari apa yang kita pilih dan apa yang kita nak semata-mata.camane kita nak ukur luka?hatta luka pada zahir pon kita tak mampu nak ukur kesannya pada setiap orang,nih kan pulak luka dalam hati.kita tak pilih luka,dan lebih lagi kita tak tentukan kesan luka pada diri kita sendiri.camane nak menyedarkan?ia samaada kita paham,atau kita tak paham.bukan paham sekadar paham,tapi lebih mendalam,mengerti.kengkadang memang bukan kita yang pilih,bukan kita yang nak.mengerti?hidup bukan semata-mata tentang apa yang kita mintak,kita rela.
kita mungkin hidup dengan senang hati walaupon tak senang harta..selalu kita rasa marah kenapa ada orang yang bernasib baik dilahirkan dalam keluarga yang berharta sibuk nak merintih dan tak bersyukur dengan nikmat yang ada..kita pikir diorang bernasib baik,lebih baik dari kita.itu yang kita pikir,tapi,kita tau ke nasib diorang sebenarnya baik ke tak baik?diorang tak perlu struggle macam kita,tak perlu berputih mata macam kita dalam mendapatkan banyak benda,tak perlu bersusah-payah hanya untuk cukup makan dan cukup pakai..itu yang buat kita rasa diorang tak bersyukur bila diorang masih nak merintih hidup tak bahagia..kita pikir diorang tak tau nikmat yang diorang ada.tapi,pernah ke kita jadi diorang dan hidup dalam kehidupan diorang untuk cakap hidup diorang nikmat?mungkin diorang tak perlu struggle soal duit,tapi kita tak tau mungkin diorang terpaksa struggle untuk dapatkan kasih-sayang,perhatian.mungkin diorang tak perlu berputih mata dalam mendapatkan banyak benda,tapi kita tak tau mungkin diorang sentiasa berputih mata untuk mendapatkan hanya kegembiraan.mungkin diorang tak perlu bersusah-payah macam kita hanya untuk cukup makan dan cukup pakai,tapi kita tak tau diorang mungkin terpaksa bersusah-payah hanya untuk cukup kuat,cukup tenang bertahan dengan kekosongan,kesunyian,tekanan perasaan.kita tak tau.kita tak tau sebab kita tak pernah jadi diorang dan kita tak pernah berada di tempat diorang.
TUHAN takkan timpakan sesuatu pada manusia yang tak mampu ditanggung mereka.itu sebenarnya untuk kita pikir.kenapa kita tak diberi kehidupan yang menyakitkan macam yang diberi kepada mereka.mungkin sebab,kalo kita diberi kehidupan mereka,kta dah lama mati.kita anggap diorang lemah,diorang tak cukup cekal,tapi pernah ke kita pikir kenapa kita tak ditimpa apa yang ditimpa mereka mungkin kerana kita sebenarnya tak sekuat dan tak secekal mereka.dalam ertikata,kalo kita alami apa yang dialami diorang,kita mungkin akan jadi jauh lebih teruk dari diorang.kita tau ke?segala-galanya dicipta dengan hikmah yang cukup cantik.kita selalu lupa sebab kita pikir,kita lebih baik.cuma ingat,kita mungkin lebih baik hanya kerana apa yang berlaku pada diorang belom berlaku pada kita.kita tau ke esok-lusa apa yang berlaku pada diorang takkan berlaku pada kita dan ada jaminan ke yang bila itu berlaku kita masih akan sebaik,setenang dan serasional kita sekarang dalam bertindak?hakikatnya kita memang tak tau.jangan terlalu pasti kita takkan buat kesalahan yang orang lain buat selagi apa yang menyebabkan diorang bertindak macam tu tak terkena pada kita.jangan terlalu pasti untuk menghukum orang lain terlalu awal.
semua nih of coz,tak termasuk orang-orang yang anggap masalah diorang terlalu besar sedangkan kehidupan diorang tak seteruk mana.betol gua cakap,kita takkan tau..tapi kita takkan tau hanya selagi kita tak alami sendiri.bezanya kat situ.sesuatu yang takleh dielakkan untuk rasa menyampah pada orang-orang yang sibuk meratap nasib hanya kerana susah sekali bila kita dah berjuta kali susah.memang menyampah,meluat,menjengkelkan.takleh elak untuk rasa mual pada orang yang nak merintih soal kena gigit semut depan kita bila kita dah kena baham dek harimau dan nyawa-nyawa ikan tapi itu cerita lain.orang-orang yang kehidupannya cuma biasa tapi saje mengada-ngada nak hilang pertimbangan tak termasuk dalam bab nih..gua cuma rasa,sebelom menghukum,sebelom nak cakap seseorang tuh teruk kerana satu-satu tindakan yang dia buat,kita selam dulu perasaan diorang,bagi peluang,kaji,renung,kenapa dia buat macam tu..kengkadang kita tak tau,suatu tindakan jahat dan salah yang dilakukan sebenarnya adalah tangisan yang merayu untuk diselamatkan..kalaulah hanya hati kita cukup halus dan dalam untuk mengerti..
tapi,macam yang gua cakap.minyak memang takkan bercampur dengan air.orang-orang yang bahagia takkan boleh nampak dunia dari pandangan orang yang tak bahagia..sebenarnya,takde guna..cuba la jelaskan,terangkan sedalam-dalam mana pon,kesudahannya hanya buat penat badan..kerja sia-sia..buang masa dan tenaga.memang minyak takkan bercampur dengan air.manusia takleh paham apa yang diorang tak paham.itu je.noktah.

4 ulasan:

t.I.a berkata...

aku mengakuinya!

kalau tak, x kan la ade pepatah
" berat mata memandang, berat lagi bahu memikul "

itu kot rasa berat memandang. kot yang memandang mcm bagus? yang pandang sebelah mata? yang memandang dari sudut yang ringan? pandang dengan pandangan sendiri?

Haih.
Tak kata la minyak dengan air tak leh bercampur.
Kalau tak kena gaya campuran lak, petrol dengan api, mahu terbakar tuh!

So.. yang kata " aku paham " mungkin cuba nak paham, atau tak paham, atau ambil hati.
dimaafkan walaupun masih dalam ertikata mcm nak poyo tak poyo.

dari yang terus berkata " tuh la ko " - " kalau aku lah " .. yang itu sumpah POYO.

be in the shoes, only you will know.

eyh, terpanjang. emosi nih. sbb ada kaitan.

Thanx anyway.

binatang tuh mmg betul! haha

-d0ne-

AIZAT ARIFFIN ZAINAL berkata...

t-ya - babi kan itu?

AKU - no mercy, just enough. dah penat lihat kesusahan manusia lain, AKU susah siapa pun tak pandang. let it be. kejam? secukup rasa.

t.I.a berkata...

ha!! now i remember.

Aku bace blog ko ( and again it's me, myself and i ) la kan?

puas aku nak ingat balik mana aku baca mendalah tu. tapi memang kaw-kaw, asal marah aje sebut, asal sebut aje gelak. haha

kejam?
someone told me..
pendapat and persepsi are two different things.
pendapat diolah melalui persepsi.
so kejam maybe KEJAM atau maybe jugak PERLU.
entah la.
Tapi yang pasti, air n minyak, mmg x leh nak bercampur.

-d0ne-

broken_nigina berkata...

-hanya yang faham akan faham..
dan kalau kita faham dalam erti kata mengerti,jujurnya,kita hanya akan terdiam..
:)
-kejam dengan jujur lebih baik dari kejam cover-cover konon-konon 'menjaga budi bahasa'