Rabu, Februari 20, 2008

Langkah Pertama Ke Arah Langkah Seribu

langkah seribu bermula dari langkah yang pertama..tapi nak buat langkah pertama lagi berat dari langkah seribu..uuuhh..gua arap boleh terus sampai ke langkah seribu tanpa perlu buat langkah 1-999..yeee..banyak cantik muka gua..
uuuhhh..dorongan dalam diri tak cukup kuat untuk menggerakkan gua membuat langkah pertama..
pura-pura cari mood..
pura-pura rangsang diri..
tak payah banyak dalih sebenarnya..gua tau memang gua malas dan takde keinginan..
gua memang tak nak..
tapi gua perlu..
heh..takde musuh yang lebih hebat dalam dunia nih selain diri sendiri..berperang dengan diri sendiri jauh lebih payah dari berperang dengan seribu orang lain..hati vs akal..dan ketara la..betapa hati itu lebih perkasa berbanding akal..alangkah hampehnya!

Tiada ulasan: