Isnin, November 05, 2007

Rindu Pada Alam Lama

split personality,kecelaruan identiti,jiwa yang melanggar fitrah,kegilaan dalam kewarasan,dunia di luar dunia..semua unsur yang sentiasa ada dalam jiwa gua..unsur negatif..tadi gua menjengah ke satu dunia gelap.penulisan yang penuh dengan pengisian-pengisian negatif yang somehow memberikan gua satu rasa yang mesra..rasa rindu..jujurnyer,walaupon segala kegelapan dan kecelaruan yang menghuni jiwa membawa kepada kesakitan,tapi,secara peribadi gua rasakan kesakitan tuh ada nikmat yang tersendiri..kesakitan yang membawa satu rasa yang amat dingin..dingin seperti semuanya beku,mati..hati yang dipenuhi kekosongan,kebencian,kemarahan..luka..mungkin ini percakapan orang yang mentalnyer rosak di mana-mana,tapi gua takleh nafi hidup dalam semua tuh adalah satu kenikmatan yang sangat tersendiri..ia menyakitkan,tapi ia nikmat..
gua secara fitrahnyer memang lebih menyukai kegelapan daripada terang..gua lebih menyukai kelukaan daripada kegembiraan..gua tak anti bahagia,tapi gua ada bahagia definisi gua sendiri.gua ada satu jiwa yang dapat dipuaskan dengan kesedihan.jiwa yang buat gua rasa sesat bila lama-lama berada dalam suasana gembira dan riang-ria..itu mungkin faktor kenapa gua lari dari fitrah kehidupan rata-rata manusia normal.gua hidup dalam alam tersendiri dengan hampir menolak sepenuhnyer teori persahabatan,pergaulan dan segala-galanyer yang mencerminkan manusia itu satu dalam dunia walaupon pelbagai..istilah anti sosial yang gua gambarkan pada diri gua bukan satu kiasan atau perumpamaan,tapi adalah realiti yang setepatnyer.gua ada satu kecenderungan untuk mengasingkan diri daripada orang lain dan gua senang camtuh..kenapa?kerana gua rasa diri gua lebih cocok dengan kebisuan daripada kemeriahan..
minda itu.minda yang dipenuhi dengan segala macam benda yang negatif..rasa rebel,rasa jemu,rasa bosan,rasa marah..rasa benci..semua yang menjadikan dunia satu tempat yang gelap tapi,ada satu keasyikan berada dalam kegelapan tuh..dunia yang tak pernah asing..lari dari semua norma kehidupan manusia sejagat..hanya sendiri hanyut bersama alam yang hitam,kelam,senyap..hidup yang seperti mati..ada sesuatu yang sangat pekat yang membelenggu naluri..
jujur,gua suka semua unsur tuh.jiwa melankolia..masuk ke dalam satu alam yang segala-galanya suram,sugul..alam yang dingin..ntah la.gua suka.ada sesuatu yang berkabut yang menggelapkan hati dan jiwa..rasa yang lahir itu gua suka..buat gua tiba-tiba jadi rindu.rindu pada kegelapan,rindu pada kesuraman,rindu pada kedinginan,pada kesugulan yang pekat dan sarat.mungkin satu rindu yang susah nak ditafsir oleh pemikiran kebanyakan..rindu pada alam lama..
..mengeluh..
mungkin gua dah tua..
memang gua dah tua..
nothing untuk dicari..
nothing untuk dikejar..
nothing untuk dijadikan tanda tanya..
nothing untuk menimbulkan pemberontakan dan resah yang berapi-api..
nothing yang mengujakan..
nothing yang menguji kewarasan dan kestabilan minda..
nothing dan nothing..

Tiada ulasan: