Jumaat, November 02, 2007

Manusia Menyusahkan

hidup nih bukan untuk menyusah-nyusahkan diri..kalo ada short cut,nape nak payah-payah lalu kot long cut..kalo boleh buang,campak,nape nak susah-susah simpan benda yang tak mendatangkan sebarang pekdah kepada kita..sebagai manusia loner yang lebih banyak menghabiskan masa sengsorang layan diri,gua percaya pada semua prinsip-prinsip tuh..walaupon secara azalinyer gua sentiasa menarik kepada masalah dan kesusahan,tapi gua memang suka semua yang mudah-mudah dan ringkas-ringkas..maksud gua pada apa yang melibatkan aktiviti fizikal..susah,kurang susah,mudah,lebih mudah,paling mudah..pilihan gua tak lain tak bukan adalah yang paling mudah..membenarkan label orang,melayu memang malas..antara masuk kelas matematik dan menyeksa diri sendiri,gua pilih untuk ponteng..pilihan yang lebih mudah dan ringkas yang tak perlu memeningkan kepala gua..secara jangka pendeknyer memang itu pilihan yang paling mudah,dan memang itu paling sesuai bagi gua kerana gua adalah manusia yang memang mempunyai fikiran dan membuat keputusan secara jangka pendek..
berbalik kepada menjadi loner..bila gua pikir-pikirkan,gua sedar sebenarnyer kenapa gua tak ramai kawan..semuanyer berbalik pada sifat gua yang suka benda mudah dan ringkas..dari satu sudut lain,mungkin ia menggambarkan kecerewetan,tapi sebenarnyer,gua secara peribadi rasa ia lebih menggambarkan sikap tak suka menyusahkan diri gua..tanggapan gua,proses mengkawankan diri tuh adalah satu proses yang sangat rumit dan leceh..ia memakan masa dan tenaga,dan memenatkan..terutamanyer sesi soal menyoal dan memberi keterangan pasal diri sendiri..lebih tua,lebih banyak keterangan yang perlu dibuat,lebih memenatkan..gua 25 taun pon gua rasa hikayat salah-silah sejarah gua dah panjang-lebar sangat nak diterangkan,nih kan pulak kalo umor gua dah mencecah 30,40 satu ari nanti..gua buat blog nih pon salah-satu tujuannyer ialah memudahkan sesaper yang nak kenal gua supaya diorang boleh baca dan dapat kefahaman sendiri,tanpa perlu tanya banyak-banyak pada gua..ini adalah gua..jujur..tapi,tak semua orang jenis yang rajin nak melayan blog..jadi nasib la..nak wat camaner..
untuk sebulan dua kebelakangan nih jer,dah berapa kawan yang gua kutip dan kemudian buang..tak menghairankan bagi gua sebab tuh memang dah nature gua.gua menjadikan ianyer hampir ajaib untuk seseorang berjaya stay ngan gua dalam masa yang lama..tempoh tuh pulak jadi makin pendek dan makin pendek..daripada 2,3 taun,jadi setaun 2,kemudian jadi 7,8 bulan,kemudian 5,6 bulan,dan skang,tempohnyer cuma sebulan 2..'kuasa sakti' gua berjaya buat semua orang lari dari gua dalam tempoh sekejap tuh.
gua ambik masa yang cukup pendek untuk mesra dan serasi ngan seseorang,yang sentiasa lahirkan kata-kata 'rasa macam dah kenal lama' dari orang terhadap gua..mungkin ajaran hidup nih betol,yang berlaku cepat,cepat jugaklah berakhir..tak perlu lama,hanya satu sesi chatting,sms,atau panggilan telefon,cukup untuk buat perkenalan tuh seolah-olah dah wujud dari azali..tapi,secepat mesranya perkenalan,secepat tuh jugaklah pudar dan akhirnyer hilang..ntah la..
tergantung..tak sempat siapkan..
rupa-rupanyer gua berillusi di siang hari..mati-mati gua rase gua dengar bunyi enjin kereta kat luar tadi..tapi takpe la..dah terberhenti tengah jalan.malas gua nak sambung lagi..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalaulah kawan itu seperti pakaian yg boleh ditukar beli kan mudah.. tak perlu jaga hati, tak perlu melukai, tak perlu dilukai..

broken_nigina berkata...

boleh diamalkan..
dengan syarat what you give you get back..
:)