Isnin, November 05, 2007

Kehampehan Yang Sangat Benar

pada waktu-waktu biasa,dengan mood yang semacam nih,gua boleh membebel sampai 10 pos sehari..tapi pada waktu-waktu yang bukan waktu-waktu biasa cam skang,semuanya terpaksa gua telan balik sebab gua takde kesempatan yang sesuai untuk bebel-bebelkan apa yang ada dalam kepala gua sepuasnya kat dalam nih..bagi someone yang sentiasa rasa perlu bebelkan apa yang ada dalam kepala cam gua,situasi nih memang agak hampeh..
gua perlu kuarkan apa yang bermain dalam kepala gua..gua perlu cakap apa yang gua pikir..bukan pada orang lain sekalipon,pada diri sendiri macam yang gua buat dalam blog nih.mungkin satu lagi cabang kecelaruan dalam personaliti gua,gua pendiam yang tak suka bercakap,tapi gua bukan jenis yang boleh pendam apa yang gua nak cakapkan..gua perlu suarakan pendapat gua..gua perlu kuarkan apa yang ada dalam mind gua..soal apa yang ada dalam hati,itu hal lain..soal jujur pada diri sendiri,itu gua takleh nak tahan.kalo gua tak luahkan apa yang ada dalam kepala gua,selamanya gua akan dihantui benda tuh..rasa tak puas hati..tapi..ada tapinya..unless gua dah mencapai tahap beku..semuanya akan terbuku dan jadi mati..tapi,satu lagi tapi..akhirnya gua akan kuarkan jugak benda tuh dari kepala gua..gua akan cakap jugak,lama lepas tuh,malah mungkin terlalu lama,dengan takde sebarang makna.hanya satu proses 'pembersihan' dalam hidup gua daripada segala 'sampah-sarap' terkumpul.gua takmo dan tak suka ada urusan yang tak selesai dan terbengkalai menyemakkan hidup gua..untuk move on,gua perlu selesaikan semuanya habis-habisan,dengan takde tinggal sisa-sisa tergantung..all or nothing..samaada wujud dengan sepenuhnya memainkan segala peranan dan makna atau tak wujud langsung..gua tak perlu illusi dan kenangan hanya satu sentimen yang melengkapkan jiwa gua,tapi takde pengertiannya dalam keadaan semasa,dalam kehidupan nyata gua yang tengah berlangsung..
sebenarnya,skang nih,banyak benda yang ada dalam kepala gua..masa yang baik untuk menulis..tapi,keadaan nih buat gua sedar satu perkara..nilai kesempatan..kengkadang semua benda dah sempurna,dah cukup,tapi,kita pulak takde kesempatan..cuma itu..1% yang menidakkan 99% yang lain..sad but true..hidup kengkadang berkisar tentang masa yang tepat dan kesempatan..hanya satu kehampehan yang sangat benar..maka dengan itu gua pon nak pegi bersahur,poser ganti,pastuh pegi mandi nak pegi spital plak kat mak gua..

Tiada ulasan: