Isnin, Oktober 01, 2007

Terlalu Terkawal, Yang Bosan

kalo sesuatu perkara itu menyakitkan kita dan menyeksa diri kita,nape mesti kita ulang-ulang buat?mungkin jawapannya,kita memang suka menyeksa diri sendiri.atau,lebih tepat,gua..gua suka menyeksa diri sendiri..gua suka makan pedas.pedas tahap tuli telinga,member gua cakap.adik laki gua cakap makan pedas menyeksa diri sendiri..mungkin ada keindahan dalam menyeksa diri sendiri.tapi,manusia selalu mahu lebih.manusia tak mudah puas.walau tau benda tuh akan memudaratkan diri,masih mahu teruskan.buktinyer,ramai yang terus merokok walaupon dah tau rokok membahayakan kesihatan..ramai kat sini tak termasuk gua..
ada banyak benda yang sepatutnya gua buang dan padam dari ingatan gua,tapi setakat yang gua masih sedar dan waras,gua tau takde satu pon sebenarnya yang gua buang dan padam.kengkadang,gua sebenarnya masih hidup dalam masa silam.hidup dalam sentimen kenangan.tapi gua tak berpegang pada kenangan jugak.cam yang selalu gua borakkan ngan bespren gua,hidup makin bosan dan tak menarik bila kita makin tua.ye,kalo ambik kira dari segi tarikh lahir,jauh lagi rasanya daripada dipanggil tua,tapi dari segi jiwa,kitorang adalah orang-orang tua yang hidup mengenang 'zaman muda'..rasa macam dah takde pape yang masih tinggal.kita macam orang tua terdesak yang begitu berharap dapat kembali ke zaman muda..atau,zaman remaja lebih tepat.not dat zaman remaja gua begitu indah bla bla,tapi still,ia jauh lebih bermakna.maybe,tanpa disedari,kita juz masuk dalam satu fasa bila semuanya sudah menjadi rutin.kita letak logik di depan segala benda.kita bertunjangkan rasional..ntah la..mungkin,kitotang cuma 'orang-orang tua' yang bosan..
maybe,gua cuma rindu..rindu diri sendiri..gua masih diri sendiri,tapi,gua tau ada sesuatu yang dah hilang.mungkin gua rindu menjadi naif.ntah la..maybe itu keburukan menjadi advance dalam hidup.grow up terlalu cepat,belajar banyak benda too soon..akhirnya,kita tertinggal dengan satu rasa yang dah takde pape lagi boleh menghairankan kita.jalan makin lurus bila kita makin dewasa.jarak menjadi makin dekat.semua jadi makin terang dan cerah.sebelom orang bercakap pape,kita dah tau apa yang dia nak cakapkan.kita baca semuanya.itu,bosan..
atau,mungkin hakikatnya gua memang bosan,dan membosankan.kengkadang,gua rindu excitement..tapi,really,pernah ke gua rasa sebarang excitement dalam life gua?tak tau sejak bila,gua dah lupa how to have fun.yup,lupa camane nak berseronok..taun 2002,gua 20 taun,gua ingat gua ada satu lawatan ke genting dan budak-budak sekelas ajak (sebenarnya paksa) naik benda alah yang sepatutnya ikut resmi sejagat sesuatu untuk diseronokkan,gua cuma duduk diam atas tu,diam dan diam.serius,gua tak tau camane nak menikmati.gua tak pandai nak menjerit-jerit.gua cool jerr,sambil rasa cam nak mati pasal gua gayat.maybe,gua terlalu terkawal..tapi,untuk cakap gua seorang yang terkawal,not really.hmm..itu la..banyak sangat kerekter sampai gua sendiri kompius kengkadang.rasanya,bukan gua tiba-tiba jadi cool,memang gua camni dari azali.
tak siap..hahaha..abang gua dah balik..

2 ulasan:

Ares Bahar berkata...

memang manusia ada sifat suka menyeksa diri sendiri.perkara itu terjadi apabila rasional telah ditewaskan oleh emosi,nafsu dan kehendak.
dan sebut pasal genting,aku teringat solero shot,sumpah aku tak akan naik lagi benda alah tu.sumpah.

broken_nigina berkata...

gua pon diajak secara paksa menaiki benda alah tuh.terasa macam nak bunuh diri..ntah kat mana erti seronok dalam benda tu.rasional vs emo,ntah..tindakan luar kawal kot..things yang kita buat tanpa sedar kita buat..