Khamis, Oktober 04, 2007

Mari Kita Menjawab Balik

dalam banyak-banyak benda yang gua tak suka,berbahas adalah salah-satunya..tapi takpe la..sekadar membuang masa sementara ada peluang abang gua keluar nih..cerita pasal seni..gua bukan apa.gua rasa,kita kena tau priority kita..seni itu memang penting,tak perlu disekat,tapi kita kena tau,mana yang perlu kita utamakan..seni atau agama,bangsa..memang kita perlu menjadi realistik..tapi bercakap pasal realistik,tentu teruk kalo semua benda perlu menjadi realistik.contohnyer,cite tarzan..beruk bercakap omputih..mana realistik..hahaha..kalo nak realistik,tentu la beruk tuh kena cakap bahasa beruk,dan kita semua kena jadi beruk supaya paham bahasa beruk..
dulu,gua ingat ahmad idham pernah menjawab bila ditanya pasal adegan yang konon panas dalam cerita remp-it..dia cakap,mat rempit bawak balik awek kat umah,realistik la,takkan nak ngajar baca al-quran..jadi itu la..realistik..bukan ke sepatutnya kita pon dah tau.logik la..takkan diorang nak main masak-masak kat umah..so tak perlu nak ditunjuk lebih-lebih..bukan ke satu cabaran kalo kita boleh menggambarkan satu situasi tanpa perlu menjadi melampau.omputih lain la..diorang kapir..lantak la nak bogel ke nak apa ke.tapi kita bukan omputih,yang berlakon,konon itu semua lakonan..cuba berlakon makan kek,adakah kek tuh jadi tak luak hanya sebab kita berlakon?memang adegan tuh lakonan,tapi apa yang kita buat ialah,the real thing.apa yang gua nak cakap,kita kena pandai memotretkan sesuatu situasi agar mesej sampai tapi bukan dengan cara melampau.kalo kita terel,banyak teknik yang boleh kita guna..tak perlu nak tunjuk lebih-lebih..kalo nak tunjuk lebih-lebih dan jadi realistik sangat,camane pulak adegan masuk jamban,buang air..nape yang tuh boleh pulak tak perlu buat betol-betol..
maybe semua orang ada pendapat masing-masing..mungkin dalam hal nih gua agak kolot dan sempit pikiran..tapi gua tetap percaya,dalam life nih,kita kena tau mana yang patut datang dulu..memang seni tuh penting,tapi kepentingannya jangan sampai mengatasi apa yang sepatutnya lebih besar daripada tuh.nak menggambarkan cinta,kalo kita pandai,tak perlu adegan peluk-peluk,hanya dengan eye contact pon kita boleh salurkan cinta yang sampai terus ke hati penonton..tapi kenapa kita takleh buat camtuh?even filem barat pon,walau ada adegan panas,tapi still,cintanya sampai melalui feel,melalui emosi yang digrap dari dalam jiwa penonton..tapi kita?honestly,pernah ke terasa dan nampak?pernah ke terpancar cinta tuh dalam filem kita?kengkadang,dialog jer yang berlebih..tapi feelnyer takde..
ok..so kita cakap,dalam setiap kekotoran,tak mustahil ada permata,ada kesucian terpendam..itu betol..tapi,dalam tempoh nak mencapai kepada part yang suci tuh,brape banyak kekotoran perlu kita buat?memang seni itu luas..bagi gua,kalo kita ada kemampuan menyampaikan sesuatu secara tersirat,secara halus,tanpa perlu betol-betol direct,itu lebih indah..dan..kenapa bila kita lakukan sesuatu dengan menggunakan agama sebagai alasan ia sering dipertikai dan kita dilabel seperti memperalatkan agama,tetapi bila it come to seni,suddenly everything boleh jadi valid dengan menggunakan seni sebagai alasan?gua tau finas memang mengada-ngada..memang perlu ada sedikit kelonggaran..tapi,kelonggaran camane yang kita nak?kita perlu ingat,ada benda yang lebih penting yang kita kena jaga..semua yang besar itu datangnya dari kecil..cuba pikir jauh..kalo ari nih kita luluskan sikit sesuatu yang dianggap taboo,dalam masa 5-10 taun,apa akan berlaku?tak mustahil pelakon kita pon sibuk berlakon adegan bogel,dengan alasan,SENI..takde hal la nak utarakan isu yang taboo ke apa ke..tapi biar dengan cara yang betol..gua pon suka seni..gua cintakan seni..cuma,kalo perlu buat pilihan antara seni dan agama,imej,budaya,gua pilih yang lebih besar..bagi gua,apa yang kurang dalam filem kita ialah soul,jiwa..terlalu jauh lagi nak bercakap pasal taboo,pasal semua tuh..yang basic pon tak lepas lagi..camane nak explain jiwa?juz,tak sampai..
ntah la..maybe gua tak tau menghayati seni kot..atau gua terlalu kolot..hahaha..bagi gua,memang perlu ada sedikit kelonggaran..ye la,gua pon tau finas memang 'kurang cerdik'..kalo setakat benda yang biasa-biasa,tak perlu la nak dikerat-kerat..tapi,cam gua cakap sebelom nih,,setiap benda yang kita buat,perlu ada signifikannya..ada motif,ada pengisian..gua tak tau la..setakat nih tengok filem melayu,rasa takde yang betol-betol ada jiwa..maybe,filem afdlin..itu gua suka..dia bawak kelainan..cite dia sampai..sempoi,tapi,ada isi..i guess,semuanya atas selera peribadi masing-masing..gua percaya pada less is more..dan,kalo kita pandai bermain dengan emosi dan feel,tak perlu adegan panas-panas..hanya dengan bahasa tubuh,pandangan mata,dah cukup untuk menimbulkan satu keghairahan yang cukup hangat..cinematografi,olahan scene,sudut kamera,semua tuh berperanan menghidupkan mood dan feel..satu contoh gua boleh bagi,filem jiang hu/jiang yu (lupa) lakonan andy lau ngan jackie cheung..story simple,tapi garapan cerita betol-betol menjadikan filem itu sangat menarik dan hebat..gua banyak bagi contoh filem hong kong sebab gua memang peminat filem hong kong..filem yang cantik bagi gua..adegan cinta yang sangat ringkas,tapi somehow mampu buat kita rasa sampai tahap,boleh terharu dan sebak..agak-agaknya,bila filem kita nak sampai ke tahap tuh?
bagi gua,filem kalo ia sepatutnya sedih,tak perlu dengan adegan menangis-nangis..well..bercakap pasal seni..bukan ke garapan secara tersirat,halus dan penuh nilai 'cantik' itu menepati sifat seni?gua tak kisah taboo ke tebu hatta setoroberi sekali pon,yang penting,ada jiwa,ada pengisian,ceritanya sampai,dan boleh membawa impak kepada penonton..tak payah la nak tunjuk sangat adegan-adegan seks tu..memang la dah nama pon seks,gitu la cara buat..tapi,melakonkan itu,walaupon lakonan,its still the real thing..cian kat mak bapak pelakon tuh.camane rasanya tengok anak kita menyeksikan diri dalam wayang?hahaha..yang pastinya,gua takleh nak imagine jadi awek atau isteri kepada mana-mana artis..tak rela..huhuuu..sesedap rasa je orang lain boleh pegang-pegang,peluk-peluk..gua tamak haloba tahap klcc..hak gua,biar jadi hak gua sorang..too bad kita hidup di era semua kena jadi sporting dan understanding..lelaki terpaksa menjadi dayus dan hilang taring kerana dia takleh tunjuk kuasa lebih-lebih,sebab,takut dilabel 'tak sporting' dan mengongkong awek/bini..gua setakat nih,masih lagi suka lelaki sejati yang mampu mempertahankan hak dan ada naluri lelaki sejati..ntah la..kat mana lagi letak kelakian seorang lelaki,kalo semua jantan lain boleh tengok dan boleh menikmati segala keindahan dan keistimewaan yang ada pada pompuan diorang?tapi,ni juz pendapat peribadi.sesape yang tak berkongsi pendapat ngan gua,takde hal.penilaian masing-masing.gua tak judge so jangan ambik serius.ini pandangan peribadi masing-masing.gua kolot,tamak haloba,dan takde masalah menjadi jujur ngan apa yang gua rasa.to hell dengan sporting,understanding,open minded.gua rasa apa yang gua rasa dan itu yang gua cakap..heh..nasib baik gua tak dicipta sebagai lelaki..hahaha..kalo tak,ada je nanti yang simpan awek dalam peti..

Tiada ulasan: