Rabu, Oktober 03, 2007

Kita Dan Pemikiran Sempit

apa yang selalu difikirkan bila bercakap tentang karya yang bagus?karya itu perlu ada adegan sex,adegan kontroversi,perlu menyinggung sentimen agama dan bangsa,perlu ada adegan ganas dan aksi yang hebat,dan sesiapa yang mahu menyekat semua itu,adalah sempit fikiran..bagi gua,itu la yang sempit..maybe kita perlu akui saja,memang orang melayu bodoh dan filem kita juga memang bodoh.kita sentiasa ada minda yang streotype..tak kisah samaada kita dari pihak yang 'tradisional',atau 'liberal'..dua-duanya sama,streotype..
dalam dunia nih,banyak negara yang menghasilkan filem-filem yang bagus..gua bukan nak mengkondem,tapi,ok,mengaku je,memang gua kondem pon.bercakap secara keseluruhan.kita nak berdiri,tapi bukan dengan kekuatan kita..kita tak bangun dengan sesuatu yang memang kepakaran kita.kita tak tau nilai kita sendiri.kita nak maju,dengan menjadi orang lain.kita meniru.dan sungguh memalukan.kita meniru untuk menjadi berganda-ganda lebih teruk dari yang asal..orang putih tiru filem jepun,filem hong kong,dan menjadikan ia lebih superb..kita tiru,dan menjadikan ia lebih sampah.dah la suka meniru,tapi meniru dengan penuh bodohnyer.tak kira tentang apa pon,kuncinyer ialah kita kena kenal diri kita,dan tau kekuatan kita.filem aksi?admit it la.kita bukan bangsa cina yang penuh dengan aksi dalam lifenyer..apa yang gua merepek nih?ntah!
sebenarnya gua bosan..bosan dengan semua benda sebenarnya.apa tafsiran karya yang bagus?mungkin berbeza bagi setiap orang,tapi bagi gua,karya yang bagus ialah karya yang sampai.sampai ke hati.karya yang mampu membuka satu paradigma baru lepas kita nikmati.sesuatu yang mampu meninggalkan impak..malah lebih bagus,kita rasa seperti menjadi lebih dewasa dan menjadi orang baru,atau kita lebih kenal diri kita sendiri selepas kita menikmatinya.itu..itu bagi gua karya yang bagus.tak kira filem,muzik,atau apa-apa pon.ia tak perlu tentang isu yang kontroversi,tentang sesuatu yang menghina bangsa dan agama,atau apa-apa yang taboo.yang kurang ajar itu bukan kita.kita melayu.kekuatan kita ialah budi bahasa.tapi kita reject nilai kita,dan kita ambik nilai orang lain..dengan nilai orang lain,kita mahu bangun..tapi sampai ke mana?itu bukan kita.kita sepatutnya bangga dengan apa yang kita ada.tapi kita cuba sedaya-upaya untuk lari dan terus lari dari diri kita sendiri.itu bodoh.bodoh dan bangang!
kita nak jadi terkenal.terkenal dengan kita nak menjadi maju nak mempertaruhkan bangunan yang canggih sebagai tarikan untuk orang ke sini.kalo gua nak tengok semua kemodenan dan kecanggihan kota,nape gua nak ke malaysia?baik gua pegi usa,jepun,dan banyak lagi negara lain yang jauh lebih maju dan canggih dari malaysia.kita ada aset,aset yang sangat mahal yang takde pada orang barat.kita melayu,kita bangsa unik.biar mati anak,jangan mati adat,itu menunjukkan betapa orang kita penuh dengan adat dan kita bangga dengan adat kita.tapi,yang itu la yang kita cuba buang.kita bodoh!kita ada keris,senjata unik yang diperakui dunia.kita ada silat,kita ada budaya,kita ada peribahasa,kita ada banyak benda yang sungguh tak ternilai.tapi setakat mana kita hargai?orang cina boleh naik dengan kungfunya,kita?kita bodoh!penuh dengan alasan.nape filem tak bagus?konon sebab finas suka potong.konon sebab masyarakat tak berfikiran terbuka.get real la man!banyak cara nak menjadi bagus tanpa menjadi kurang ajar dan melampau.buka minda.gua boleh listkan banyak hasil kerja yang bagus,yang benar-benar membuka paradigma tanpa ada unsur-unsur negatif..salah-satu gua boleh sebut,homeless to havard,atau kisah benar tentang pelajar cina yang buta yang nekad nak menaikkan taraf hidup..banyak ada..cakap pasal seks dan semua unsur taboo,kita ada filem iran yang berganda-ganda lebih bagus dari filem kita,yang tidak ada semua unsur-unsur itu.kita cuma buat alasan.berapa kerat filem kita yang benar-benar 'sampai'?cintanya tak sampai,pedihnya tak sampai,semua tak sampai..nak melanggar undang-undang,kita perlu tahu undang-undang terlebih-dahulu.jangan membabi buta.cakap banyak pasal filem yang konon 'taboo',filem biasa-biasa tuh pon tak boleh nak buat lagi..konon..
rata-rata,orang puji filem yasmin ahmad..gua akui,kalo iklan petronas yang dia buat tu,memang superb..sampai ke hati..tapi sepet,rabun,honestly,gua tak rasa ianya that great.ya,gua tak layak nak mengkritik.gua sape?tapi gua ada pandangan gua sendiri.sorry to say,tapi satu kelemahannya,takde cinta dalam filem-filem tuh.gua tau,ia sepatutnya menyampaikan cinta,tapi takde.ada something missing..gua rasa,itu..purity..luhur..takde itu dalam karya dia.sama dengan erma fatima..itu yang kurang.ia tak menyentuh ke hati,tak sampai..ntah la..gua rasa,sesuatu yang bagus,harus sampai ke jiwa kita.ia sepatutnya ada kemampuan untuk buat kita sama merasa.makin banyak yang gua merapu..dan merapu dalam keadaan terganggu kerana takut abang gua balik dan gua tak sempat sudahkan entry..
gua rasa,kita tak perlu ramuan yang rumit..kita perlu 'hati'..ya.itu yang utama.kalo kita letak hati dalam apa yang kita buat,somehow,gua percaya,orang yang menikmati akan rasa.bukan hanya soal teknik,sinopsis,skill dan semua tu..ianya soal jiwa.seni,bercakap apa saja yang seni,itu kuncinya..jiwa,hati..tapi of coz,bukan semua orang mampu hayati semua tuh.kalo tak sure gerak khas dah lama dihentikan tayangannya dan cerita bawang putih bawang merah yang bodoh tahap lembu tuh takkan dapat sambutan gila-babi di kalangan penonton..apa yang begitu menarik dengan segerombolan polis yang bercakap macam dalam buku teks berjalan beramai-ramai dan sekejap-sekejap berenti untuk bersembang?atau tentang pompuan bodoh yang takleh nak pertahankan diri sendiri dan kerjanya asyik menangis bertanya kenapa,kenapa..so pathetic..kesimpulannya,bodoh,bodoh,dan bodoh.
apa pon yang kita buat,terutamanya dalam berkarya,perlu ada motif dan pengisian.apa yang kita nak sampaikan?kalo buat sesuatu yang memang takde motif,baik takyah buat.cerita remp-it,kisah budak-budak merempit yang kebetulan hensem,apa sebenarnya motif dia?nothing..motifnya cuma membuang masa orang yang tengok.cite jangan pandang belakang yang konon hebat,gua tengok sambil gelak..itu cerita seram ke cerita kelakar?ya,ya..gua memang suka mengutuk.salah-satu hobi gua itu.point gua,orang lain buat filem,filem aksi ke apa ke,setiap adegan yang dibuat,semuanya ada dia punya signifikan..macam cerita running out of time..story yang simple,tapi padat..young and dangerous.kisah pasal gengster,tapi banyak nilai dalam tuh.cinta,persahabatan,kesetiaan.kita?apa ramuan dalam kisah kita?dalam apa saja sebenarnya.pokok-pangkalnya,kalo kita tak tau kekuatan kita sendiri,memang takde jalan kita akan ke atas.filem hindustan naik dengan cinta dan budayanya..begitu juga filem cina,jepun..filem omputih tak perlu cakap la..kita nih..apa unsur kita?apa imej yang cuba kita potretkan?maybe,itu la imejnya kot..hanya suatu bangsa yang keliru yang takde identiti..orang rompak bank,kita rompak bank,orang rompak juta-juta,perompak kita siap tertukar mesin atm dengan mesin cheque.orang mengedar dadah,kita pon nak mengedar dadah,orang edar juta-juta,kita edar ciput celah lorong..orang buat bisnes usaha bertaun-taun,kita pon nak tapi nak kaya sekelip mata dan tak sempat jadi kaya lagi dah lupa daratan.orang lain nak seksi,kita pon nak seksi,orang lain ada 'aset' hebat,kita cuma nak menunjuk lurah yang tak brape ada sebab 'bukit'nya rata..bercakap pasal moden,spm pon tak lepas..kita bodoh..itu yang pasti..dan satu lagi,kita ditindas,tak maju-maju,barang mahal,kos hidup mahal,semuanya membebankan,dan kita masih dok angkat orang yang sama untuk jadi 'pemayung' kita..tepuk tangan tepuk tangan..kita memang bodoh..
dah..abis..

Tiada ulasan: