Isnin, Oktober 29, 2007

Hidup Yang Rapuh

hidup nih takde sebarang jaminan..segala-galanya adalah sangat rapuh.dalam sekelip mata,banyak benda yang boleh berubah,tanpa disangka-sangka..kita 5 minit sebelom boleh jadi sangat berlainan dengan kita 5 minit kemudian..apa yang nyata,segala-galanya dalam dunia nih bersifat sementara..dan mahalnya realiti,kita tak tau sesementara mana sementara yang kita ada..

memikirkan semua nih,dan menyedari hakikat tentang hidup buat gua rasa jemu..jemu dengan banyak perkara..apa yang kita cari dalam kehidupan ni?berapa lama masa yang perlu kita ambik untuk sedar yang kita tak punya masa selama-lamanya?sampai bila kita harus mencari dan membuang masa demi membuat keputusan dan pendirian dalam menentukan di mana kita berpegang?gua mengeluh..kesal..mengenangkan rapuhnyer hidup manusia nih buat gua terasa betapa jahil dan ruginyer manusia yang mensia-siakan hidup dan masa atas nama mencari 'diri sendiri'..

apa yang kita cari?sampai bila kita nak mencari?gua sedar..sedar dengan sewaras-warasnyer betapa jalan yang gua pilih,prinsip yang pegangi dan cinta yang gua semai dalam jiwa gua adalah yang terbaik..mungkin gua tak layak nak menghakimi orang lain terutamanya yang lahir sama di laluan gua tapi merasakan diri diorang tak pernah lengkap lalu berpaling mencari jalan selain dari jalan yang SATU..

dunia nih penuh kepuraan dan penuh dengan kesilapan yang kelakar..dalam istilah gua yang lebih jujur,bodoh..dunia nih dipenuhi oleh mereka-mereka yang bodoh..ejaan 'TUHAN' dengan huruf depan besar atau kecik nak kecoh tapi minum arak dan terang-terangan menentang agama tak diambik kisah..gua rasakan diorang bodoh..kerana kita perlu menunjukkan kita pandai dalam sesuatu maka kita terpaksa mencari sesuatu untuk ditegaskan demi menunjukkan kita tahu jadi kita bangkitkan hal kecik yang orang lebih pandai dari kita terlepas pandang dan dengan cara itu kita rasa lega kerana kita seperti lebih bijak sedangkan hakikatnyer kita bodoh,dan terus menjadi bodoh..tapi hidup dalam dunia yang penuh kepuraan di mana kita harus menjadi terbuka dan menghormati orang lain walaupon kita sebenarnya tak hormat diorang kengkadang memaksa gua berlagak 'cool' seolah-olah gua tak ambik kisah..

alam maya,dunia blog nih penuh dengan manusia-manusia yang memberontak yang ingin keluar dari realiti dan menjadi sebahagian daripada semua tuh seolah-olah mewujudkan satu kesepakatan di mana kita antara sedar dan tidak sedar sebenarnya mahukan penerimaan dan kita mula takut dengan pandangan mereka yang membaca apa yang kita tulis..bila kita mula berfikir tentang pandangan orang lain dan mula berhati-hati dengan apa yang kita cakapkan,maka kita mula hilang keaslian dan keluhuran dalam menulis..dan itu memang sungguh hamprak..hilang sifat 'individual' dan mewujudkan rasa 'kekitaan'..gua perlu balik ke asal-usul..perlu balik menjadi individual..

tak ramai manusia yang berani menyuarakan pendapat apalagi kalo pendapat kita bercanggah dengan pendapat umum..untuk jadi cool dan canggih dalam kehidupan moden ari nih,kita perlu jadi liberal di mana kita boleh rasa ok-ok pada mereka yang hidup macam gampang kerana merasakan mereka tidak perlu terikat dengan agama,dan kita kena semaikan sikap tak ambik pot dengan tak menghakimi mereka kerana semua orang ada hak masing-masing..semua orang mahu jadi cool dan tanak nampak kolot,jadi semua orang mahu jadi tak ambik pot..pada banyak masa,memang gua tak ambik pot,tapi,jujur sejujur-jujurnyer,ye,gua masih ada rasa peduli..timbul kesal bila kenangkan mereka-mereka yang satu bangsa dengan gua hanyut dalam kehidupan tak berpedoman,hilang pegangan,keliru tak tau mana pendirian,dan yang lebih malang daripada tuh,mereka yang sebenarnya perlukan panduan dan bimbingan tetapi tak sedar sebaliknya merasakan orang yang mahu menyelamatkan mereka sebagai 'orang yang jahil' dan sempit fikiran..


realiti..semakin maju dan semakin moden kita,semakin kita tak mampu memahami benda yang mudah dan ringkas..mungkin kerana kita semakin taksub dengan formula-formula rumit yang tak terjangkau dek akal lalu kita jadi lupa pada formula mudah macam 1+1=2..ntah la..dalam konsep tafsiran gua yang mudah,lagi sekali gua takrifkan semua tuh sebagai satu bentuk kebodohan..buang masa mencari sedangkan tak pernah sedar apa yang sedia ada di sisi sekian lama..terlalu taksub memandang yang tinggi yang di luar batas pemahaman kita,hingga terlupa untuk menghayati apa yang sekian lama diajar dalam kehidupan kita.


di terengganu dan kelantan,bangsa cina dan india rata-ratanya hidup dalam kebudayaan melayu dan sangat fasih cakap melayu..dah normal dengar diorang bagi salam,sebut Lailahaillallah,Allahuakbar..diorang terikut-ikut dan hanya sebut sekadar sebut kerana pengaruh sekeliling..gua terpikir,apa beza diorang dengan kebanyakan orang kita sendiri kalo dibandingkan dalam bab nih?rasanyer macam tak banyak beza..sebutan hanya sebutan,tak bawak sebarang makna..hanya terikut-ikut dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling..sekadar adat percakapan..gua bukan menghakimi,tapi andai kata ini satu bentuk penghakiman secara tak langsung sekali pon,gua tak peduli..camane sesuatu yang tersemai dalam diri kita boleh tertanggal dengan begitu mudah?camane kita diberikan satu panduan yang cukup cantik dan indah tapi masih boleh berpaling mencari sesuatu yang lain?hakikatnyer..apa guna semua kecantikan dan keindahan,kalo kita sendiri tak pernah faham dan menghargai?

kita cenderung untuk terus menolak sesuatu tanpa memberi peluang menilai dan memahami terlebih dahulu,tak kira yang baik atau yang buruk.kita kecam sesuatu dan terus mempertikai tanpa menyelidik lebih lanjut..kita bodoh,dan kita sombong..hanya faham yang cetek dan secebis,kita terus menentukan keseluruhan isi benda,dan rasa bangga kerana kita berani menentang..konon,kita lari dari kebiasaan dan lebih bijak dari orang lain..hakikatnyer,kita cuma bodoh.hidup ini penuh dengan perkara yang tersirat dan tersembunyi,yang menuntut lebih dari akal semata-mata untuk kita fahami..sebenarnyer,gua tak mampu menyimpulkan kata-kata kerana ada manusia yang dirinyer cuma dapat sampai pada fakta-fakta yang umum..levelnyer cuma setakat itu..sebuah lukisan abstrak yang terbiar di tepi jalan..ramai yang lalu yang melihat,memandang sepi..ada yang menyepak,mengutuk..boleh ke salahkan diorang?diorang hanya bodoh dan jahil..hanya orang yang benar-benar bijak yang akan mengambil,menyelidik,kerana tak mustahil,lukisan abstrak itu boleh berharga jutaan ringgit..sayangkan otak untuk berfikir lebih tinggi dari tahap biasa..lalu yang kita faham tak lebih dari yang biasa-biasa yang mendorong kita untuk menolak banyak benda yang sebenarnyer belom kita fahami dengan mendalam..

kita lahir dengan diberikan sesuatu yang sudah jelas terbentang..sayangnya,itu hanya menjadi ikut-ikutan dengan penuh kebodohan..lalu sampai pada satu tahap,kita sudah bosan untuk mengikut semata-mata lalu kita cuba menentang dan naluri menentang membuatkan kita berpaling dari apa yang sedia ada yang sekian lama kita pegangi..gua hanya sedar..semua tuh tak lebih dari sifat bodoh..kita ikut orang..kita ikut adat..kita ikut dengan bodoh-bodoh dan bulat-bulat hanya kerana kita rasa kita perlu ikut..apa jua yang hanya menjadi ikut-ikutan memang takkan ke mana-mana..macam budak bodoh yang disogokkan bahawa menjadi doktor itu bagus lalu bermati-matian la dia mahu menjadi doktor,tanpa menyedari banyak kerjaya pilihan lain selain doktor yang ada kat luar sana..

camane lagi boleh diungkapkan?bodoh..satu hari bila dia sedar pilihan-plihan lain yang dia tak pernah sedar selama ini,dia mungkin akan berasa rugi dan tertipu lalu mula mahu 'membebaskan' diri sendiri..mungkin kesimpulannyer,perjuangan tanpa memahami dasar perjuangan sendiri adalah perjuangan yang sia-sia..pendirian yang tidak pasti berdirinya di atas apa,hanyalah satu kedegilan yang buta dan tuli..takde makna..kenapa kita setuju?kenapa kita membangkang?setuju kerana semua orang lain setuju?atau membangkang kerana kita sudah bosan terlalu lama bersetuju?perjuangan yang sejati ialah perjuangan yang kita tahu apa yang kita perjuangkan..pendirian yang sebenar adalah apa yang kita pegang lahir dari dalam hati kita sendiri mengikut penilaian waras kita tanpa dipengaruhi sebarang sentimen mengikut atau melawan sesiapa..tak penting kita mengikut kebiasaan atau menentang kebiasaan,yang penting adalah kita jujur dan bijak menilai dan memahami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dan pilihan..

mungkin,ia seperti cinta..cinta sejati perlu lahir dari dalam hati,tanpa dipengaruhi sesiapa..takde paksaan,takde kompromi,takde ikut-ikutan..kalo ia mendalam dan sejati,Insyaallah ia takkan berpaling..ntah la..hanya rasa kesal dalam diri gua secara peribadi..mungkin,manusia rasa tak kisah dan ambik mudah bila hidup diorang tak dilanda musibah..ntah la..mungkin,yang terbaik hanya gua doakan hati gua tetap dan tak berpaling dari arah pegangan gua..neraka itu ialah diri kita sendiri,bukan orang-orang lain..banyak manusia-manusia yang cool dan hebat dalam dunia nih selain mereka yang menentang ortodoks..selama hidup kita tanam dalam diri kita bahawa mereka yang 'baik' itu berfikiran setereotype dan suka menilai buku daripada kulit,tapi terpikir ke kita yang kita juga sedang melakukan perkara yang sama?kita juga menilai buku daripada kulit..

gua rasa dah bosan dengan semua tuh sebenarnyer..kenapa orang jahat marah bila dirinyer dicop jahat?kenapa tak adil kalo orang berpakaian kebaratan dilabel jahat tapi tak salah kalo orang berpakaian sopan diexpectkan menjadi serba sempurna?kenapa kita boleh terima orang yang 80% buruk,20% baik tapi kita takleh terima orang yang 80% baik,20% buruk?kenapa kita marah orang yang menggunakan agama sebagai landasan perjuangan,tapi kita boleh terima orang yang mempergunakan seni untuk menghalalkan banyak benda yang haram?kenapa kita cool kalo kita berfikiran terbuka dan menghormati hak orang lain untuk lawan agama tapi tak cool bila kita berani menegur dan mengecam orang yang buat silap?

gua tak baik..gua banyak kelemahan..gua bukan maksum..gua sendiri banyak buat dosa..tapi gua perlu tulis ini..gua perlu menjadikan diri gua sangat tidak cool dan kolot..at least,lepas tanggungjawab gua..MEMINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN ITU HARAM,ZINA ITU HARAM,DADAH ITU HARAM,MEMPERSOALKAN ISLAM DAN MENOLAK NILAI ISLAM ITU MURTAD JADI JANGAN MARAH KALO ANDA DIGELAR KAFIR,DAN KAFIR-MENGKAFIR ITU TIDAK ELOK TAPI MAAF,MENOLAK HUKUM ISLAM ITU BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH DAN KALO ANDA JAHIL,AKIDAH TERPESONG ITU MERUJUK KEPADA MURTAD..

ada hari kita ingat,ada hari kita lupa..sementara gua ingat dan gua masih belom lupa balik,sekali lagi gua insaf,betapa rapuhnyer hidup manusia nih..nikmat yang kita ada bila-bila masa boleh ditarik balik..sudah-sudah la mencari sesuatu yang tak pasti..kita takde masa selama-lamanyer..mungkin gua juga dalam golongan manusia itu..hanya insaf bila ditimpa musibah..hanya beringat bila kesusahan..tapi MAHA SUCI ALLAH..janganlah palingkan hati gua nih..semester pertama gua menjadi pelajar di KL,gua terpaksa berdepan dengan keadaan ayah gua yang sakit menyabung nyawa sampai akhirnya meninggal..dan semester akhir gua menjadi pelajar di KL nih,gua terpaksa berdepan pulak dengan keadaan mak gua yang sakit menyabung nyawa dan MAHA PENGASIH ALLAH gua panjatkan kesyukuran tak terhingga kerana melindungi mak gua untuk survive pembedahan yang mempertaruhkan nyawa baru-baru nih..takde apa yang lebih penting pada gua skang nih selain mak gua sedar dan kembali pulih..

betol Ya Allah,hidup nih sungguh rapuh..sekelip mata segala-galanya boleh berlaku..semua nih hanya menyedarkan gua betapa remeh dan temehnyer urusan lain dalam kehidupan kalo dibandingkan dengan soal nyawa dan kematian..manusia perlu ditampar dengan keras untuk disedarkan daripada kelekaan mereka..sudah la bercakap macam gua serba tau dan baik,cuma,kehidupan di hospital,melihat keadaan-keadaan pesakit yang bermacam yang hilang banyak keupayaan buat gua sedar nilai kehidupan..mangsa penyakit,mangsa kemalangan,tengok depan mata pesakit ICU yang hampir saban hari bertukar-ganti,samaada boleh keluar dengan keadaan lebih baik atau untuk dikebumi,........terasa bodoh dan jahilnyer mereka yang hidup membuang masa dan leka dengan dunia mengejar apa yang tak pasti..lu orang bukan cool,lu orang sebenarnya bodoh..semoga gua dibebaskan gua dari kebodohan itu..semoga mak gua kembali sembuh dan sihat..dan dengan kuasa ALLAH,semoga mereka yang tersasar itu termasuk gua dibukakan hati untuk kembali ke jalan yang BENAR..

AMIIN....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takziah atas pemergian bapa anda. dan diharap ibu anda cepat sembuh.

hentikanlah mencari erti kehidupan. tumpukan kepada yang sudut realiti yang tak menyakitkan. jika tiada, tumpukan pada fantasi.

broken_nigina berkata...

tumpukan pada sudut realiti yang menyakitkan..
baru kita sedar nikmatnya kesejahteraan..
terima kasih mendoakan..
mudah-mudahan..

tangan kotor berkata...

dikatakan
umat Rasulullah adalah umat yg paling lemah...
dan umat yg paling lemah ini sedang hidup dizaman fitan..iaitu zaman dajjal dn akhir zaman..

broken_nigina berkata...

zaman yang mudah jadi susah..
yang senang jadi payah..
jalan ke depan yang menuju ke belakang..
jadi keliru pada apa yang jelas dan terang..
yang dikutuk adalah yang menegur..
bukan apa yang ditegur..

Gayahspears berkata...

kita rasa kita dah cukup gah dan benar untuk bertempik mana/apa silapnya mereka dan mereka.
kita fikir kita dah cukup teraniaya sampai airmata pun di paksa2 terlimpah keluar
sebab memang.
memang realitinya kita mahu defend diri kita
nak explain lebih lebih pun tak boleh
orang tak kan faham.
nak nyorok lama lama pun tak boleh jugak,banyak benda kena settle
sebab kita,lain geraknya.
hati kita,jiwa kita cara kita niat kita nafsu kita ghairah kita lain jalanya.
tak boleh nak kata "manusia semua sama" KELAKAR-nya
sebab masing nak rasa megah.
kita nak angkat orang tinggi melangit pun kena urut dagu dulu
takut bila yang melangit tu cium tanah,kita yang musnah.

broken_nigina berkata...

:)

sahidzan berkata...

bagi gua, dari diri kita je nak jadi rapuh atau tak..