di tengah kegelapan malam yang sebenarnya mana ada gelap pon sebab lampu kan ada so cerah la sepatutnya..kat luar tu mungkin la gelap kot,tapi takde la gelap sangat sebab luar pon ada lampu..kesimpulannya,gua baru selesai memandikan diri.rasa panas tapi bila mandi gigil-gigil..sejuk sampai tapak tangan gua jadi pucat lesi ngan urat biru hijau bersilang selirat..dah cam lutsinar plak..mata pulak ntah nape merah je.kalo gua merayau tengah malam dalam keadaan camni ngan rambut yang ala pontianak dilepas panjang,gerenti ramai yang bertempiaran lari..kalo nak cari orang main watak hantu,percaya la gua calon yang sesuai..dulu zaman dok hostel gua berjaya menggerunkan ramai orang yang sampai tersentak dan nyaris terlompat terserempak ngan gua yang tengah duduk termenung kat koridor atas err,gua duduk atas tu,nyandar kat dinding kaki juntai tepi koridor ke bawah..ntah gua pon tak paham apa yang gua terangkan tuh..pokok-pangkalnyer budak tu terkejut beruk terserempak ngan gua..mungkin sekilas pandang nampak cam hantu..baju hitam,rambut mengurai jatuh tutup muka,tengah-tengah malam masa semua orang dah tido sengsorang dok berjuntai kat koridor tu..kalo gua terserempak ngan diri gua sendiri pon gua terkejut jugak agaknyer..
sungguh senang manusia itu terpesong..contoh terdekat baru kejap tadi gua telah melalut ntahapehape..gua skang ni tengah sejuk dan panas..antibodi gua ngah berperang sengit dengan en.demam dalam badan gua.gua dapat rasa.antibodi gua meningkatkan kawalan keselamatan tanak kasi en.demam masuk ke dalam sistem kesihatan gua,tapi en.demam tanak mengalah dan meningkatkan kuasa serangan..yang jadi mangsa,tubuh gua la..takpe..tengok la kekentalan semangat gua..akan gua fight habis-habisan..walaupon mungkin akhirnya gua akan tewas kepada en.demam,tapi gua takkan biar en.demam menang mudah.tengok berapa lama pertarungan nih akan berlangsung..itu hari dia dah cuba menyerang tapi gua berjaya halau..tak putus asa,dia datang lagi..gua akan terus usir lagi..berpantang demam sebelom berjuang!
ntah apa la yang gua merepek nih..merapu,mengarut,membebel takde isi..tapi otak gua ni taknah berenti membebel.sepanjang masa di mana saje,memang pot pet pot pet je.tengah mandi pon gua macam memblogkan diri dalam toilet.lebih kurang cam dalam blog ni la.gua bercakap ngan diri sendiri,secara tak bercakap..dalam ni pon gua rasa cam gua bercakap sorang diri..bercakap dalam hati yang boleh dinampak.rasanya itu la kot..bercakap sengsorang tapi bukan sengsorang,tapi memang sengsorang.satu cara yang berkongsi tanpa berkongsi..berkongsi tapi masih sengsorang...luahan perasaan?tak tepat kot.bukan gua meluah membagitau kat orang.gua bercakap dengan diri sendiri.tapi bercakap yang orang lain boleh nampak(kalo diorang baca la).gua tak penah rasa gua bercakap ngan sesape sebenarnyer.gua anggap gua bercakap ngan diri sendiri cam yang selalu gua buat..sebab tuh gua cakap 'gua'..sebab gua cakap 'gua' ngan diri gua..gua tak cakap 'aku','saya' jauh lagi la..macam poyo je cakap ngan diri sendiri bersopan-santun camtu.apa yang gua nak tegaskan ialah gua bukan cakap 'gua' kerana cool atau konon brutal..gua tak bercakap camni dalam real life.gua seorang yang soft spoken,walaupon out spoken..softly out spoken?gua cakap apa yang gua rasa nak cakap,tanpa ambik kira faktor logik,moral,kemanusiaan,resmi sejagat,tanpa menjadi kurang ajar.cam gua bercakap pada diri sendiri la.benda yang memang tak logik,melampau,jahat,selfish,atau pape je la yang ada dalam kepala kita,kita tak cover line dengan diri sendiri.tak tau la gua kalo ada manusia yang dengan diri sendiri pon cakap penuh sopan-santun dan cover line.setakat yang gua tau,itu sungguh la kelentong.dan lagi skali bila cakap pasal kita dan diri sendiri,memang hati ni kengkadang penuh dengan benda yang karut-marut(lebih slalu dari kengkadang sebenarnya),cam contoh hati rasa nak sepak kapel yang konon romantik hegeh-hegeh bertempek atas eskeletor melambatkan orang yang nak cepat dengan sungguh tak paham bahasa orang cakap sila berdiri sebelah kiri untuk bagi laluan kat orang yang nak cepat,tapi adakah itu bermakna kita akan betol-betol menyepak kapel tersebut?hanya kerana gua bercakap ngan penuh jujur apa yang ada dalam hati dan kepala otak gua,itu bukan bermakna gua akan buat benda tuh.cakap tak serupa bikin?sape yang pikir camtu,bergembiralah kerana terbukti lu orang bodoh.kalo semua yang kita rasa,kita pikir kita nak kena buat,teruk la tiapkali kita "Rasa nak langgar aje belakang kereta dia tu".itu la fungsi otak kalo lu nak tau.untuk mengimbangi hati dan perasaan supaya kita jadi rasional tak buat benda yang karut-marut..skali-skala terbabas tuh adat la,setakat yang gua tau tak dengar lagi ada manusia biasa yang maksum dilindungi dari dosa dan salah-silap..so what kalo gua nak cakap benda 'jahat-jahat' tapi pilih untuk jadi baik?tak cool pon jadi jahat(tafsiran global)..jadi jahat tuh senang je.kan yang dilarang itu semuanya best-best..tak ganas pon jadi jahat sebab tak mencabar langsung.perasan la konon ganas..haha..bodoh ada la..apa yang cool ntah ikut syaitan,padahal ikut syaitan tuh semudah A,B,C.walaupon gua kengkadang terrrikut jugak cakap syaitan tuh,tapi gua nak rasa gua baik,lu susah apasal?semacam mana gua tanak tunduk kat en.demam,gua pon tanak tunduk kat en.syaitan..syaitan tuh tak best..kalo best,nape dia nak hancurkan gua?berjuta kali terpesong dan tersalah,tersesat jalan,gua tetap nak perbetolkan jugak..gua takkan putus asa..lu orang yang nak menyesatkan gua,pegi mampos la.bercakap la penuh bijak sana,petik kata-kata manusia bestari yang gua pon tak penah dengar namanyer,langsung tak menggoda sanubari..gua cuma orang yang takde knowledge dan tak baca surat khabar..dan setakat yang gua tau,gua masih belom berminat nak kaji semua tu.falsafah mak pah..gua invent sendiri,untuk diri sendiri,dalam laluan sendiri..
"KITA BERASAL DARI KEGELAPAN YANG SAMA, TERSESAT DAN TERSUNGKUR, CUMA, DI SAAT KAU MEMILIH UNTUK TERUS KECUNDANG, AKU MEMILIH UNTUK BANGKIT KEMBALI"
"Banyaknya sampah kita. Takkan nak biar je? Kutip la buang mana terdaya, sedikit-sebanyak lebih bersih, walaupun masih semak.."
"Tapi kalau kutip buang, sedangkan tong sampah kita bocor, apa motifnya? Kita bersihkan, akhirnya keluar balik semua sampah yang kita buang. Nak buat apa? Buat penat badan je."
"Hmm.. Setidak-tidaknya kita cuba? Mungkin kita perlu ganti tong sampah bocor dengan tong sampah baru."

DI JALAN SESAT
-M.NASIR-
APAKAH TAKDIR MIMPI INI
MENDATANG BERULANG KALI
BERDARAH PENUH DI TANGAN
SEDANG TANGAN MENONGKAT LANGIT
APAKAH YANG KU PERJUANGKAN
APAKAH YANG DIPERTAHAN
APAKAH AKU MESTI JADI PAHLAWAN….
OH! TUHAN…..
TIDAKLAH AKU LAYAK
UNTUK SYURGAMU……..
NAMUN AKU TAK BERDAYA
MENAHAN PANAS NERAKAMU
CURIGA DI MATA ORANG
BAGAI MENTARI REMBANG
BAGAIKAN AKU BERDOSA….
PADA SIAPA SAJA…
SEDANG TUHAN… DI MANA-MANA
MELIHAT SEMUA DOSA
DALAM SERATA USIA
WALAU DITELAN SEGITIGA BERMUDA
SELALU KU MENGULANGI
DOSA YANG TELAH AKU BUANG
DIIKUTI KEMBALI “MENGAPA BEGINI?”
“MENGAPA BEGINI?”
SEDANG TUHAN TAHU SESIAPA
UNTUK NERAKA UNTUK SYURGA
DEMI PENGERTIAN PADA HUKUM ALAM
DAN SESUNGGUHNYA AKU CINTA PADAMU TUHAN
WALAUPUN SESAT JALAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan