Rabu, September 26, 2007

Hanya Satu Rasa

dalam diri gua nih,ada satu rasa yang tak mungkin boleh gua ungkap..ada pilu,pedih,sayu dan rindu..walaupon gua nafi,gua berlagak cam dah takde pape yang mengganggu,tapi hakikatnyer,cuma tuhan je yang tau..gua bukan cakap pasal cinta..bukan cakap pasal rindu bila kita terkenangkan seseorang dan nak berjumpa..lebih rumit dari itu..rindu bila kita tak merindu,tapi kita rindu..atau,dalam kata lain,satu rasa yang mungkin bodoh..
sebenarnyer,bukan tanggungjawab gua untuk peduli apa pon yang jadi pilihan seseorang itu bagi kehidupan dia,walaupon dia penah jadi seseorang yang sangat rapat dengan kita.tapi,sekeras dan sedegil mana pon hati gua,gua tak tergamak biar dia rosakkan diri sendiri..gua sedar,gua sendiri pon berada dalam keadaan yang sebenarnyer tak tentu,tapi gua tak sampai hati nak biar dia tumbang..mungkin gua langgar janji,gua bersumpah takkan sentuh pasal dia lagi,dan kalo gua sentuh lagi pasal dia,gua mati..mungkin.kalo betol-betol,gua akan mati kalo gua sentuh pasal dia dan peduli tentang dia lagi,gua rela..gua takleh..tak kira apa pon yang berlaku,walau gua takde kena mengena dan walau dia lupa,takde daya ingatan sikit pon tentang kewujudan gua,itu takpe..gua boleh terima.tapi gua tetap nak dia hepi..bukan hepi,lebih besar dari tu,sejahtera..rasanya,lebih sakit tengok dia rosakkan diri sendiri daripada dia lempar kata-kata pedih pada gua..
nape gua camni?ntah la..rasanya,memang camni cara gua sayangkan seseorang..walau dia bukan untuk gua,walau gua bukan untuk dia,walau gua ada orang lain,dan dia ada orang lain,rasa sayang gua bukan berlandaskan pada kemahuan..sayang gua berserta dengan kasih,belas,ihsan..gua tak kisah kalo gua tak wujud dalam hidup dia,atau dia buang semua ingatan tentang gua seperti yang pernah dia cakap pada gua,tapi,gua takleh tengok dia buat sesuatu yang akan menjejaskan diri dia..itulah rasanya..yang paling penting bukan penghargaan,bukan wujud dalam hidup satu sama lain,tapi yang paling penting ialah,dia bahagia,dia sejahtera..kalo kesejahteraan itu bermakna,gua perlu dibuang jauh-jauh dan permanently deleted,gua sanggup..
gua tak tau camane nak menzahirkan perasaan gua nih.mungkin gua macam orang tak tau malu,bz body nak mencampuri urusan seseorang yang dah buang gua jauh-jauh dan anggap gua ni nobody dalam hidup dia,tapi,tolak tepi semua tu.ego bukan apa-apa kalo dibandingkan kesejahteraan seseorang yang kita care..bagi gua..gua tak cuba jadi perfect,jadi baik,tapi itu yang gua rasa..gua ingat..gua kongsi dengan dia..dia pernah janji,pernah nekad nak ubah hidup,nak perbaiki segala kesilapan dan jalani kehidupan yang lebih baik..luahan itu,menyentuh perasaan,buat gua doa sepenuh hati semoga niat baik tu diberkati dan tercapai..gua bukan nak menyibuk..gua sedar kedudukan gua..lebih teruk dari kedudukan yang rendah atau buruk,gua takde kedudukan langsung..lebih macam,kitorang langsung tak pernah kenal..gua tak menuntut sesuatu yang lebih dari selayaknyer gua terima..cuma,gua harap,dia tak lupa itu..tak lupa pengorbanan seorang ayah yang rela bersengkang-mata menjaga anak kesayangan dia..gua harap dia tak lupa,ibu,keluarga yang sangat bermakna dalam hidup dia..semuanya takde kena-mengena ngan gua..gua tak layak,dan tak berhak mintak dia buat pape kerana gua,tapi ingat la semua wajah-wajah yang dia sayang..manusia-manusia yang paling akan sedih dan terluka kalo dia buat benda yang tak sepatutnya..cuma ingat itu..untuk melukakan harapan diorang,rasanya lebih pedih dan sakit daripada memusnahkan diri sendiri..
gua tak terdaya nak cakap apa..gua takleh hampiri dia..kita takleh hampiri seseorang yang saling tak wujud di mata masing-masing..ntah la..kengkadang gua benci hakikat hidup nih.gua tak salahkan takdir,tapi,hidup dan timing..rasa lemah,hilang kata-kata..sesuatu yang buat gua kelu.takde kesimpulan,takde logik.mungkin itu anak kecil dalam diri gua..perasaan yang rasa,it shouldn't be like this..it should be better..rasa hati yang nak menolak..rasa hati yang berharap,gua boleh buat sesuatu supaya kesudahannya jadi lebih baik..kita manusia,punya asa,punya usaha,tapi semuanya akan menjawab pada takdir.dalam sesetengah keadaan,ia bukan lagi soal apa yang kita nak,apa yang kita pilih,atau apa yang kita doakan,tapi apa yang telah ditakdirkan..walau gua berontak,gua mengamuk,memang takde kesudahan lain..kerana itu,betapa menyakitkan,gua sedar..dan kesedaran itu buat gua tak lagi memberontak,tak lagi mempersoal dan tak lagi cuba menolak apa-apa..memang,akan sampai saat,kita hanya tersedar..kesedaran itu akan buat kita terdiam,kelu,tanpa ada sebarang rasa lagi.takde harapan,takde kesalan,takde kecewa..nothing..hanya nothing..kita sedar memang itu la hakikatnya..dan gua,memang telah sedar..takde lagi harapan,takde lagi pape yang gua nak mintak.gua redha dan terima semua..tapi,gua tak sanggup dia pilih jalan yang salah dalam hidup nih..
gua sendiri tak pernah stabil..terlalu banyak yang perlu gua perbaiki..walaupon ada masanya rasa cam dah takde pape boleh gua buat,dah terlalu banyak 'sampah' dan 'tong sampah' gua sentiasa bocor,tapi gua tanak putus asa..jujurnyer,gua tak buat semua nih untuk diri gua sendiri..takde benda yang masih bermakna bagi gua.ye,gua masih muda,terlalu awal untuk rasa,dah takde pape yang gua mahu,tapi,itu realiti..gua tak kisah,dan tak peduli..tapi,gua cuma pikirkan seseorang..gua bukan orang baik,tak,gua tau..gua bukan seseorang yang family oriented..gua hanya loner,dari azali loner,dan selamanya loner..tapi wajah itu,yang penuh dengan kelembutan,yang penuh dengan harapan,gua tak sanggup nak kecewakan..i guess,manusia memang berubah dengan masa.keadaan dah lain skarang.semuanya dah tak sama cam dulu.dulu mungkin gua tak endah pape.apa gua nak buat,nak jahanamkan diri sendiri,nak sakitkan diri sendiri,gua tak peduli.gua hidup untuk diri gua sendiri dan apa yang gua tahu,gua tak peduli lagi tentang diri gua..tapi,lepas ayah gua meninggal,gua masuk kehidupan lain..tengok muka sayu mak gua,segala beban dan kesusahan yang pernah dia lalui,dan dah takde sesape selain anak-anak,biar la nak cakap gua jiwang atau apa pon,gua tak sanggup nak kecewakan dia..tak boleh..sakitnya lebih sakit daripada gua toreh tangan dan berdarah..keadaan memang dah lain..gua bukan nak berlagak baik..tapi gua tak boleh..camane gua nak hidup lagi kalo gua terpaksa pandang muka mak gua sedih,kecewa pada gua?kalo gua jahanam,hati gua berkecai,jiwa gua dalam nih cuma ada debu,takpe..tapi gua tanak hampakan mak gua..sebab tuh,walaupon macam nak mati gua nak habiskan study,gua masih kuatkan semangat nak sudahkan..tiapkali gua nak buat benda yang tak baik,terbayangkan muka mak gua,rasa macam gua nak kelar nak sembelih tengkuk gua..
gua harap,dia ingat semua tuh..walaupon gua bukan sesape bagi dia,tapi ini pesanan dari seorang manusia yang betol-betol ikhlas.jangan biar ego buat dia tolak keikhlasan seseorang yang betol-betol menyampaikan sesuatu tanpa sebarang niat lain selain mengharapkan dia sejahtera dan diberkati..gua kira,sampai satu tahap dalam hidup nih,segala-galanya bukan lagi cuma soal diri kita.mungkin itu tanda kematangan,tanda minda kita lebih dewasa..apa-apa pon,itu kasih-sayang gua..gua tau gua ada-kalanya macam cerita dongeng,macam watak dalam komik,dalam manga,dalam anime,tapi ini adalah gua..gua tak ambik-berat pasal semua orang..gua bukan manusia yang hidup bermasyarakat,prihatin dan cukup mengambil-berat apa yang berlaku pada dunia..tapi,gua sayang orang yang gua sayang,dan gua sayang sampai mati..untuk diri gua,gua takde rasa..nothing..gua tak kisah..gua takde impian,takde harapan,takde pape..mungkin gua orang melankolia yang dipenuhi rasa melankoli..tapi gua harap,mereka yang baik,yang sewajarnya bahagia,akan diberkati dan bahagia..ini adalah gua..secebis diri gua di sudut paling terpencil yang mungkin tak pernah sesiapa nampak..gua tak meluahkan semua tu.tak menunjukkan semua tu.tak penting orang tau atau tak..gua lebih senang dilihat dari sudut yang 'hitam' dan simpan sendiri 'putih' dalam diri gua..
i have nothing..nothing special to offer..gua ignorant,anti sosial,individualistik,malah banyak perangai yang memeningkan kepala dan menyerabutkan,tapi,satu yang gua jamin,sekali gua cakap sayang,itu bermakna seumur hidup..sayang yang bukan soal cinta..bukan kerana mengharapkan balasan..ntah la..gua cuma harap seseiapa yang pernah baik pada gua hidup bahagia..budi yang sebesar kuman pon akan gua ingat..gua harap dia baik-baik..gua harap hidup dia diterangi..gua harap dia dilindungi dan dipelihara..semoga kawan-kawan dia yang benar ambik-berat pasal dia halang dia dan selamatkan dia dari mengulangi kesilapan lama..rindu itu mungkin besar..tapi,sebesar mana rindu itu kalo dibandingkan harapan dan kasih-sayang keluarga yang dia agungkan selama ni?gua bimbang..bimbang kesihatan dia..semua tu takde kena-mengena ngan gua..hanya doa dalam hati,dia sihat dan selamat..
selamat ramadhan dan aidilfitri..gua tau siapa dia dan dia tau siapa dia..