Rabu, September 19, 2007

Dunia Bukan Madah

bukan tugas gua untuk rungkai apa yang ada dalam minda dia.bukan tugas gua untuk tafsir apa yang sebenarnya dia cuba sampaikan.bukan tugas untuk mencari realiti sebenar di sebalik apa yang dia lakukan..dan yang pasti,itu bukan tugas gua untuk memahami prinsip yang dia pegang,atau apa sebenarnya yang mahu dia perjuangkan..
kadang-kadang,gua rasa ada keselesaan di tempat dia.kadang-kadang,gua rasa lemas..satu perasaan yang sangat merimaskan dan menyesakkan seluruh fizikal dan mental gua.ada kalanya,seperti benci..tapi bukan benci..yang gua pasti,takde rasa suka di situ.penuh illusi gua kira.kehidupan realiti yang digubah terlalu berseni sehingga menjadi terlalu tak nyata.mungkin kerana dia dan bintang itu..yang sememangnya bertentangan daripada fitrah gua.mungkin,cuma segelintir insan-insan yang obses dengan diri tanpa ada sesuatu pun sebenarnya yang mahu diperjuangkan..apa ada dalam kepala dia?mungkin terlalu banyak,yang akhirnya jatuh kepada kosong.masih gua tak tergoda walau sebesar zarah pada apa yang cuba dia potretkan..
radikal.mungkin ada unsur-unsur itu dalam jiwa gua.mungkin kerana gua juga makhluk yang mencintai diri sendiri,mempercayai diri sendiri,dan hanya diri sendiri dan bukan orang lain,maka takde kagum yang terhasil di situ.realiti yang penuh dengan khayalan.yang menimbulkan jemu ada kalanya dalam jiwa gua.tapi seperti gua ke satu dunia yang gua tau gua tak sepatutnya pergi,gua juga sentiasa ke situ..berulang-ulang.mencari sesuatu,yang penuh tindak-balas negatif ke atas diri gua.ye..dia,dan bintang mereka,memang membawa pengaruh yang negatif ke atas jiwa gua.bukan aura gelap mempengaruhi gua,bukan sesuatu yang menggoda jiwa gua pada sesuatu,hanya sesuatu yang mampu meledakkan perasaan sangat tak selesa dan membakar kebencian yang tak seharusnya wujud dalam hati gua.dia memang lemah..rapuh..membenarkan lagi kata-kata gua yang gua pegang..menjadi sederhana itu lebih baik..
kita takkan mampu melihat sesuatu dengan jelas kalau kita asyik melihat pada satu sudut.bijak ke?ada kalanya,gua rasa wujud kebodohan di situ.macammana harus kita tau tentang kekuatan bumi kalau kita asyik melihat ke langit?kerana itu gua sifatkan ia sebagai bodoh..jahil dalam keserba-tahuan.jiwa yang memuja sesuatu yang bukan kepunyaannya,hingga mati dengan jahil tentang keindahan sesuatu yang dimilikinya.mungkin bagus,kerana semakin celik dan mencelikkan mata gua.membuat gua sedar dan terus sedar,betapa banyak kepalsuan dan sentiasa ada manusia yang jahil lagi bodoh yang akan memakai kepalsuan itu dengan merasakan diri mereka sangat celik tentang realiti.bagus kerana menyedarkan gua tentang apa yang selama-lamanya telah gua sedar,gua tak mungkin hidup dengan dia dan mereka.terlalu berbeza,terlalu tak sehaluan..
manusia yang bernama manusia..dalam naluri yang terdesak,akan terdesak mencari insan lain yang kononnya melihat sesuatu dari kaca mata diri sendiri.kita akan jumpa,jumpa insan-insan yang seakan sama dengan kita,untuk akhirnya menyedarkan kita bahawa sesungguhnya,takde sesiapa yang sama dengan kita.dan kita akan teruskan langkah..mencari sesuatu,yang takkan kita temui sampai mati kerana hidup adalah sebuah pencarian yang tak berkesudahan,tanpa ada apa-apa yang sebenarnya kita cari..hanya gambaran tentang pencarian itu yang kita pegang.hakikatnya,semua yang kita perlu dan mahu selalunya telah ada..kerap kali kita kembara keliling dunia,ke sana-ke mari,daripada seorang insan ke seorang insan yang lain,dengan gambaran tentang pencarian itu,hanya untuk sedar apa yang kita mahu sebenarnya dah lama ada di sisi..asal..azali..kalau bukan untuk orang lain,mungkin untuk gua.cuma,kita tak mahu percaya..susah untuk percaya..dalam segala kerumitan hidup,kebelitan minda dan segala-gala yang penuh dengan mainan falsafah,apa yang kita mahu hanyalah sesuatu yang sangat mudah..keindahan dalam sesuatu yang ringkas..
dia bukan apa-apa,bukan siapa-siapa.mereka juga bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa..ada kalanya,menyedihkan..hanya segerombolan manusia yang sangat malang yang berada dalam kebutaan,dan mungkin akan kekal buta selama-lamanya.mungkin laluannya berbeza.mungkin destinasi akhir mereka tak sama.yang nyata,adalah satu kemustahilan.mungkin gua sebenarnya jemu.dulu,di satu zaman dulu,terlalu ramai yang memuja cahaya,hingga menjadikan cahaya itu terlalu kebanyakan,lantas mencipta kelainan dan pandangan yang lebih luas dan segar bila ada segelintir yang berani memandang ke arah gelap..dan masa berjalan,terus berjalan..takde lagi yang lebih luas dan lebih segar pada yang memandang kegelapan,kerana semua orang mahu lari kebiasaan sehingga menukar yang luar biasa menjadi biasa dan meluar-biasakan yang sebelomnya biasa.jadi,apa lagi yang luar biasa?terlalu banyak..kemalangan yang selalunya mengundang maut,tapi sebaliknya tiada maut yang berlaku,telah jadi sangat biasa..sehingga kemalangan yang selalunya mengundang maut,dan memang ada maut yang berlaku,menjadi luar biasa..apa lagi yang mengkagumkan tentang itu?hanya sesuatu yang biasa-biasa..lari dari kebiasaan telah menjadi sesuatu yang sangat biasa hingga yang biasa itu telah menjadi sangat luar biasa..
sejarah akan berulang.manusia dan kehidupan adalah sesuatu yang mengikut kitaran.kita cari dan kita cari..akhirnya kita kembali kepada yang lama.dia hanya dia..tiada apa-apa..hanya ideologi yang mencecah langit,tapi kosong.dia bukan saja ada-kalanya tak menarik,malah membosankan..tukar pandangan..tukar persepsi..berhenti pandang langit dan tengok pula bumi.wujudkan kepelbagaian.mungkin dia dalam perjalanan ke situ.mungkin juga tidak..mungkin lambat lagi..yang pasti,itu bukan tugas gua untuk meramal arah tuju dia..
selamanya gua tetap gua..dan selamanya dia dan bintang mereka,tiada yang menyenangkan di situ..cuma sesekali..selebihnya,hanya gelap..kerana dia,dan mereka,membendung sesuatu yang sangat gelap di dalam diri..konsep cintakan diri yang terlalu berbeza dari konsep gua.dan kegelapan dalam diri dia dan mereka itu juga bukan kegelapan yang ada dalam ruang ini..kegelapan itu melemaskan dan menyesakkan..dan kerana itu neraka juga adalah simbolik sebuah syurga..
kiasan,perumpamaan,sinis,siratan..
kata-kata tetap hanya kata-kata..
gubahan,susunan,ideologi,falsafah..
hanya gambaran realiti yang berunsurkan ketidaknyataan..
hanya simbolik..
neraka simbolik syurga..
siapa yang tahu?
tiada yang tahu..
madah dan petikan bistari memang dicipta untuk menjadi indah dan sempurna..
realiti adalah..segala-galanya yang bukan madah dan petikan bistari..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang tiada manusia yang akan sepenuhnya serupa dengan kita..
dan memang sia-sia jika itu yang kita cari..
perbezaan atau persamaan tak bermakna jika tiada penerimaan..

tumpang layan perasaan juga.. :)

broken_nigina berkata...

mencari AKU sebenarnya..