Khamis, September 20, 2007

Dari Luar Dunia

gua tak tau camane nak hidup di dunia yang bukan dunia gua..dan sekalipon gua cuba,gua akan rasa sangat tak selesa.rasa tak selesa tu buat gua seolah sesat dan lemas sengsorang.nampaknya penyakit gua masih ada lagi.kalo gua masih boleh rasa camni lagi,tu maknanya gua masih normal,dalam tafsiran gua sendiri..tak boleh tak boleh tak boleh..memang gua tak boleh buat..
gua memang a loner.dan gua bahagia jadi seorang loner.biar apa orang nak cakap,gua tak kisah.gua anti sosial dalam erti kata yang sebenar-benarnya.gua lebih suka dok sengsorang..gua dan diri gua..bila ramai-ramai.gua mula rasa tak senang duduk.nak lari,nak hilang dari situ.suara bising-bising merimaskan gua.manusia bersuka-ria buat gua sesak.dunia yang meriah buat gua takleh nak bernafas.bila takde privasi dan takleh dok sengsorang,gua rasa cam ikan atas darat.tak tentu arah mengalahkan perokok yang gian nak isap rokok..gua akan jadi cepat marah.rasa nak makan orang.semua benda tak kena.semua benda menyakitkan hati.benda kecik cukup untuk buat gua menyumpah seranah,walaupon cuma dalam hati.gua perlu privasi.gua ketagih ruang tok dok sengsorang!
gua tak suka orang pandang gua.gua tak suka orang nampak gua.gua tak suka orang kenal gua.gua tak suka orang tau diri gua.kengkadang,gua tak suka bercakap dengan orang pon.tak suka jumpa sesape.hingga pernah pada satu ketika gua dah jemu nak hidup atas dunia ni dan bercita-cita nak pegi dok sengsorang atas bulan.gua bosan dengan manusia.gua tanak jumpa manusia.gua malas nak tengok manusia.itu di saat sifat anti sosial gua mencapai kemuncak..
tapi gua tau gua takleh buat camtu.kesedaran tu buat penyakit kronik gua menurun sket.penyakit kronik nak warnakan dunia ni dengan kehitaman.biar hitam semua.ye,gua suka hitam.gua tanak pakai warna lagi.gua nak hapuskan warna dari life gua.tapi gua takleh wat camtu..cita-cita yang terbantut..kesimpulannya,sebenarnya,gua masih camtu..gua cuak dengan suasana riang-ria..gua takleh hidup dalam suasana tu..bagi gua melankoli..atau damai dalam ruang yang sangat terhad,yang hanya ada gua..gua interpersonal,bukan intrapersonal..hanya ada hubungan dua hala..takde hubungan tiga empat hala..
gua nak balik kampung!gua lebih tenang petang-petang duduk tepi kolam bagi ikan makan.gua lebih tenang dok depan umah nikmati angin nyawan.lebih tenang bagi kucing makan kot tingkap dapur.gua lebih tenang takde sape kaco gua.gua lebih tenang duduk je kat umah tak payah keluar jumpa sesape.gua lebih tenang dapat pegi lepak umah kawan baik gua satu-satunya.gua lebih tenang dengan orang yang takkan paksa gua keluar dari semua tu.sesape yang kenal gua,hanya yang betol-betol tak menghargai gua akan cuba nak bawak gua ke alam keramaian..gua lebih suka berkawan dengan kaset-kaset gua,berkawan dengan buku-buku conteng gua..gua lebih suka dok dalam bilik gua.bilik gua dunia gua..ye betol..gua hidup dalam dunia ni tapi tak hidup dalam dunia ni..sebab tu gua dari luar dunia..gua tanak jadi lain,jadi istimewa,jadi berbeza..gua cuma nak jadi diri gua..gua takleh terus heret orang keluar dari dunia dan masuk ke dunia lain..tapi memang gua duduk dalam dunia lain..hmm..ntah la..takpe la kot..
lalalala..takyah la sambung lagi........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya lebih selesa berada di samping orang yang tak dikenali. sendirian di tengah kesibukan. kadang2 saya pakai cermin mata bila keluar (sedangkan aku ada perfect vision) semata-mata supaya kalau jumpa jiran ke, sedara mara ke, boleh buat tak kenal je..

broken_nigina berkata...

lebih suka buat-buat tak pandang je kalau terserempak dengan orang yang dikenali..konon tak perasan..
..malas..
duduk memerhati orang ramai satu keseronokan jugak..
dengan syarat berada 'dalam ruang sendiri'..