manusia kengkadang jadi lupa.dengan sendirinya jadi lupa.catatan buat yanie mungkin sekadar mencatatkan salah-satu episod lupa dalam life gua..
gua kenal yanie masa gua form 1..lepas upsr,gua sambung tingkatan satu kat satu sekolah agama.masa tu,dalam keadaan gua tak penah ke mana-mana tanpa dihantar oleh kereta famili,sekolah asrama tu rasa jauh.biasa la ada lagi sisa-sisa naif.yang dekat masih jauh lagi masa tu.gua tak terpikir nak jadi kawan pada yanie.hari awal-awal start sesi sekolah,susun-susun meja.dua meja dicantumkan.dalam proses mencari rakan semeja,gua sebenarnya berharap nak duduk sebelah budak lain(kelas masa tu tak campor ngan lelaki),tapi ditakdirkan,semua orang lain dah ada geng masing-masing.yanie datang pada gua,dan ajak gua duduk sebelah dia.mungkin kerana gua baik atau pon mungkin hipokrit,dalam serba tak sudi,gua menyudikan jugak diri gua duduk sebelah dia.dalam keadaan serba tanak sebenarnya..merungut dalam hati,nape kena duduk sebelah dia..dalam merungut-rungut sengsorang dalam hati,serba terpaksa,akhirnya jadi la gua 'pasangan' si yanie..
betol la orang cakap.belom cuba belom tau.gua ni memang manusia yang susah tahap ekstrim nak ngam ngan sesaper.bukan memain.gua sifat pendiam gua di tahap yang melampau-lampau.sangat-sangat terbatas manusia yang boleh masuk ngan gua.apa yang gua tak sangka sesangat,lepas duduk sebelah yanie dan start berborak ngan dia,cam magik,juz like dat,gua boleh klik ngan dia.first day kenal,gua berborak sakan,mesra gila,huha-huha bersembang tak berenti sampai ada yang tanya kitorang dulu satu sekolah ke sebab nampak cam dah kenal lama.gua pon tak tau kat mana faktor-faktor yang membuatkan gua boleh ngam ngan dia,atau ngan seseorang.bila kena,semuanya akan jadi kena dengan sendirnya.mungkin itu la yang berlaku.kalo memang ngam,fisrt day kenal dah rapat cam kenal bertahun-tahun..sebaliknya,kalo tak ngam,kenal bertahun-tahun,cam baru first day jumpa.memang cepat,gua jadi rapat ngan yanie.
yanie ni anak bongsu yang sangat busuk.duduk asrama nangis-nangis nak balik sampai last-last mak ayah dia ambik balik,tak jadi duduk asrama.gua slalu jugak kutuk dia kaw-kaw pasal tu.dia juz cebik,buat muka tak layan.memang itu perangai dia..gua pulak dengan sifat 'perasan macho' mestinya steady je..dok asrama..kengkadang,lepas abis kelas,gua slalu temankan yanie tunggu bas sekolah sampai ambik dia balik.kitorang lepak,borak-borak..dan gua ni kalo kenal,memang jenis kuat gelak.gitu la hari-hari..borak,gelak..pot kitorang tepi pagar kat kawasan sekolah..kengkadang,balik lambat,lama la kitorang melangut kat situ.gua temankan dia sampai dia balik..pastu baru la gua balik asrama..memori,memori..
masa time tu jugak,kitorang geng ngan dua budak kecik dalam kelas kitorang.gua panggil budak kecik sebab diorang memang kecik..kecik molek,comel..kalo dok kat lab tu,suka je gua tengok kaki diorang tergantung goyang-goyang tak sampai bawah.hehe..tuan norosmizan ngan zainaz wazaini..pelik nama budak tu..dalam kelas kitorang memang banyak budak nama pelik-pelik..dan nama gua pon diorang masukkan sekali dalam ketegori nama pelik padahal tak pelik langsung pon..apa-apa je diorang tu..kitorang masa tu boelh dikatakan empat serangkai la..dan itu jugak mungkin satu zaman yang 'terencat' dalam sejarah kehidupan gua sebab ntah apa angin gua menjadi seorang manusia yang riang-ria dan bising..mungkin hormon gua mengalami kerosakan sekejap kot zaman tu..
dalam kelas,walaupon gua budak baik,tapi di kalangan budak-budak pompuan yang sungguh skema,gua 'terjadi' seperti sedikit samseng..bukan samseng jahat la,cuma seorang yang penakal,walaupon tak nakal pon..tu la gua cakap,gua menjadi seorang pembising masa zaman tu kat dalam kelas.yanie pulak,lebih pada ketegori skema..tapi masa tu memang best..seronok jugak mengenang part-part yang best dalam life ni instead of memikirkan yang tak best jer.kerekter gua yang 'kebisingan' yang di luar tabii masa tu,sebenarnya disukai budak-budak lain.jadi cam mak lawak pon ada masa tu.padahal tak lawak pon..gua 'membuli' si yanie dan dua lagi budak kecik yang menjadi geng gua tu..
sebelom pape,bukan buli maksud gua buli..tapi life gua sangat mudah masa tu.gua ke mana-mana,selalu akan bersama tiga orang geng gua ni.yang bestnya,diorang ni tergolong dalam ketegori minah-minah yang sangat rajin membawa bekal makanan untuk masa rehat.time rehat,kitorang akan lepak kat kantin.masa tu kantin pon dipisahkan antara laki ngan pompuan.rasanya lagi best gitu.gua selalu jadi manusia yang sangat bahagia bila time rehat..sebab,rakan-rakan gua yang rajin lagi pemurah ni,akan kasi gua bekal diorang sikit-sikit sorang..jadi,gua terlepas daripada perlu beli makanan kat kantin..ye la,diorang semua tak dok asrama.gua sorang je yang duduk asrama..gua dapat makan free ehsan tiga kengkawan gua..save bajet beb..walaupon gua 'jahat',gua sangat 'disukai'..heh..gua cuma perlu beli air..air masa tu murah gila plak tu.air sirap cuma seposen..skang ni,jangan harap nak dapat murah camtu lagi..
dalam banyak-banyak cerita yang kitorang kongsi-kongsi,yanie masa tu banyak cite pasal kengkawan dia yang sekampung dan satu sekolah masa sekolah rendah dulu.antara yang slalu disebut,tiga orang budak pompuan,yang sungguh la hidup ni memang telah tersusun dengan rapinya,akhirnya muncul dalam hidup gua dan menjadi kawan baik gua pulak.salah sorang yang selalu mendapat ketupat dari yanie,minah bernama nora..yanie slalu merungut pasal si nora yang katanya gedik,suka cite pasal budak lelaki dan slalu dok cite pasal sorang budak laki yang dia minat,yang namanya saufi,yang satu sekolah masa sekolah rendah dulu ngan gua..memang budak saufi tu hensem pon.tak heran la dia minat.cuma,yanie ni rimas pasal tiap-tiap hari nora dok cite pasal saufi je.akhirnya.dia soh gua tulis surat kat si nora,konon sound dia la..dan gua tanpa rasa serba-salah,terus bersetuju..haha..ntahapehape..gua tulis la surat pada di minah yang bernama nora tersebut.gua cakap,kalo suka kat seseorang,cakap je la direct bla bla..menurut si yanie,mengamuk budak tu baca 'bebelan' gua kat dia..bila ingat-ingat,gua tergelak sengsorang..
satu lagi yang paling best masa tu,walaupon kat sekolah ada koperasi,gua taknah pegi beli kat koperasi tu.gua suka sangat makan gula-gula sour plum,dan yang jadi mangsanya,si yanie ni la.gua kirim duit kat dia,dua-tiga ringgit soh dia belikan gula-gula sour plum kat gua..sampai mak dia pon dah sound,pelik hari-hari beli segerombolan gula-gula tu.bila dia cerita pasal gua yang suka sangat makan gula-gula tu kat mak dia,mak dia gelak..dan yang klakarnya,walaupon sebenarnya tak klakar langsung,dia pegi beli gula-gula ni kat kedai si nora yang selalu diumpatnya pada gua..
time cuti,bila gua balik kampung.padahal kampung gua ngan kampung dia bukan jauh pon,tapi masa tu rasa jauh,yanie akan tepon gua..umah dia takde tepon,dia kol kat publik..dia slalu cite pasal famili dia,dan dia pon cite pasal gua kat famili dia..gua ingat skali tu,dia excited gila,heret kakak dia kat publik pastu soh kakak dia cakap ngan gua.heh..biasa la..galak nak berkongsi..nak kenal-kenalkan..si yanie ni memang la sangat cam budak-budak.masa tu dia tak akil baligh pon lagi..haha..memang kanak-kanak riang..memori,memori..
gua teringat masa yanie cite kat gua camane dia memula dok asrama pastu kuar balik..'i cry-cry-cry' la..hehe..gaya mengontrol kemachoan..biasa la anak bucuk..cam gua ni anak wangi..takpe la.time tu gua gua rindu nak balik sebab rindu nak main videogame.itu je perasaan kerinduan yang penah wujud dalam hati gua.gua nak balik sebab nak balik umah dan itu umah gua.tu je.
zaman budak-budak..bodoh sangat..tapi semuanya berkisar pasal takdir.gua memberontak masa tu nak tukar sekolah..nak balik sekolah kat kampung.gua bagitau kat si yanie.ego yang ntahapehape rasanya.gua tau dia nak cakap jangan tukar sekolah,tapi dia tak cakap..heh..dia dengan berlagaknya lagi cakap tukar la nak tukar sangat..dan gua plak lebih berlagaknya lagi cakap nak tukar la ni..tapi kitorang ok-ok je..di satu ari,dalam mood serba kesuraman,yanie pujuk gua..takyah la tukar sekolah..stay la kat situ.taun depan kita dok asrama sama-sama..tapi takde benda yang boleh halang gua.dan memang takdir.sebab life gua menanti kat sekolah yang bakal gua tukari..
sebelom gua tukar sekolah,gua gaduh ngan yanie..ntah..gaduh yang sangat bodoh dan poyo tahap zirafah.gaduh budak-budak..si yanie ni jenis kedekut..kedekut ilmu.bebudak kelas mintak dia ajarkan,nak tengok contoh dalam buku dia,tapi dia dengan kedekutnya tak kasi.kerek gila.gua pulak kerana ke'outspoken'an gua,gua kutuk dan sindir yanie kaw-kaw.gua memang pantang orang kedekut ilmu.gua ingat ayat gua masa tu,gua offer buku gua,offer ajarkan sambil cakap,pinjam je yang gua punya,gua pon terel apa.takde la kedekut ilmu dan bam bam bertimpa-timpa gua kasi..atas benda kecik yang ntahapehape,kitorang masam muka..sampai la ke hari gua nak tukar sekolah..
gua tukar sekolah dengan cara tak menurut kebiasaan..dua bulan melangut je kat umah tak buat pape sampai la ke hari mak ayah gua akhirnya 'mengumumkan' gua akan bertukar sekolah balik sekolah kat kampung je.selama dua bulan tu,mak ayah gua takde cakap pape dan gua pon takde tanya pape..sebelom gua dengan rasminya masuk sekolah baru,gua balik ke sekolah lama tu hantar buku-buku teks.masa tu yanie wat muka muncung dia ngan mulut mencebik dia.time tu gua cam dalam cite p.ramli..cakap-cakap,orang kat sana tu nak kawan balik ke tak..heh..gua tau dia muncung-muncung cebik dalam hati suka,seronok dapat jumpa gua lagi..tapi rasanya,perpisahan hari tu tak sebaik mana.manusia memang bodoh suka buang masa bergaduh dengan benda-benda bodoh..dalam kalut-kalut terkejar-kejar hari tu,akhirnya gua balik dengan tak sempat betol-betol habiskan masa dengan yanie sebagai selamat tinggal..
itu la yang gua cakap takdir memang disusun cantik..jodoh pertemuan semua dah tersurat dari awal.akhirnya,bila tukar sekolah baru,tiga orang budak yang selalu diceritakan oleh yanie pada gua,sekelas ngan gua.yang lebih klakarnya,cam sebelom ni ngan yanie,gua pon secara bukan kerelaan kena duduk sebelah minah ni,kawan si yanie yang dia slalu cite kat gua dulu(dan merangkap bespren idup mati dunia akhirat gua skang)..sungguh klakarnya idup ni,akhirnya ketiga-tiga budak tu jadi geng gua..kembali 4 serangkai..
time tu,gua berhubung ngan yanie kot surat.kawan gua yang sekampung ngan yanie tu jadi posmen..kitorang baik balik,berdamai kot surat.gua mintak maaf sebab hari tu tak sempat nak jumpa betol-betol nak spend time dengan dia..dan gua ingat,gua ada buat satu barang hiasan,hadiahkan pada si yanie..lepas tu,masa berjalan..dan gua tak sedar,gua dah tak ingat kat yanie..dah takde berkirim salam,takde surat..ntah..terlupa..yanie akhirnya jadi hanya satu cite yang tak bawak makna bagi gua..lupa dan lupa gitu je kat yanie..ntah..masa berjalan..sekolah baru,dunia baru,kawan-kawan baru..gua dah lupa kat yanie..
cepat je masa berjalan..setaun,dua taun..dan gua tingkatan tiga bila kawan gua sampaikan berita yanie kemalangan,jatuh motor..perasaan gua masa dapat berita tu?sikit pon gua tak rasa pape.langsung,besar zarah takde bawak makna pada diri gua.yanie koma..pendarahan dalam otak.gua tak rasa pape pon dengan berita tu.sungguh-sungguh,gua memang dah tak ingat kat yanie..gua tak pegi melawat dia kat hospital..sepanjang-panjang tempoh dia koma kat hospital,dok dalam icu,berita perkembangan dia pon gua tak rasa berminat nak ambik tau..dan hari tu,dalam kelas,kawan gua bagitau berita,yanie dah meninggal dunia..gua dengar dengan tenang,tanpa ada sebarang perasaan..kawan gua bercerita dan bercerita..cerita pasal yanie..yanie..yanie..nama tu bermain-main dalam kepala gua..dia cite,dia pegi melawat umah yanie sebelom yanie dikebumikan..dia sempat masuk dalam bilik yanie..cerita dia terus buat otak gua berputar..kat katil yanie,elok terletak cantik hadiah hiasan yang gua buat khas untuk kawab baik gua,yanie..dia simpan,jaga elok..otak gua makin laju berputar..yanie..yanie..ya allah..yanie kawan baik gua..tiba-tiba darah berpusu naik kepala gua..ya allah yanie..astaghfirullahalazim..ingatan-ingatan tentang yanie meledak dalam fikiran gua..yanie kawan baik gua..yanie dah meninggal..dan gua kat situ dengan takde sebarang rasa bercerita pasal kawan baik gua yang meninggal dunia..dengan takleh dikawal-kawal,terus gua menangis..boleh gua lupa pada seseorang yang penah jadi sahabat gua..camane gua boleh lupa?dan gua terus tak pikir pape lagi selain menangis..budak-budak kelas semua pandang gua,keheranan tiba-tiba gua menangis,tapi gua dah tak peduli pape masa tu.gua baru bangun dari kelupaan gua..kejam..nape gua boleh jadi kejam untuk lupa pada seseorang yang pernah gua hargai?
cerita kawan gua tentang yanie masih simpan hadiah pemberian gua betol-betol buat gua tersentuh dan tersedar.baru segala rasa dan ingatan gua kembali berfungsi dengan baik.lepas tu gua telefon kawan kat sekolah lama,bertanya khabar dan bercerita pasal yanie..sayu hati gua bila dia cerita,hari terakhir sebelom yanie kemalangan dan koma,dia mintak kawan gua tu hubungi gua..tapi dia tak telefon.tak berkesempatan masa tu..terkenang-kenang gua masa yanie pujuk gua jangan tukar sekolah..nanti boleh dok asrama sama-sama..yanie kemalangan tu masa balik dari asrama,naik motor kat kampung..dia soh kawan gua tu kol gua,masa hari dia nak balik asrama..hmm..ntah la..kengkadang penyakit lupa buat kita jadi kejam pada orang yang kita sayang dan hargai..tapi yang berlaku tetap berlaku..takleh nak diubah..yanie meninggal belom akil baligh..gua doakan roh yanie dicucuri rahmat..al fatihah..
dan gua berharap,jangan la gua ditimpa oleh penyakit lupa lagi..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan