Khamis, September 13, 2007

Berehat Sebentar..Tapi Takleh Makan Kit Kat, Puasa

semenjak dua menjak ni,gua rasa gua dah terlalu banyak duduk di alam maya..banyak sangat abiskan masa gua dengan internet.maybe gua kena rehat pulak.balik ke alam realiti dan tinggalkan sekejap alam internet..selain dari membebel sengsorang dalam blog ni dengan tak renti-renti,sebenarnya ada lagi other stuff yang gua nak buat.pasal tesis tu kita tolak tepi dulu..huhuu..itu bukan benda yang gua nak buat,itu benda yang gua kena buat,jadi isunya berbeza.berbalik pada apa yang gua nak buat,salah satunya ialah melukis.tangan gua mengalami kegatalan untuk melukis..lukisan yang kengkonon potret gua lukis ari tu,dah berapa agaknya usia dia,tak siap-siap lagi.itu tak menghairankan memandangkan gua buat keje menggunakan mood.awal-awal gua semangat,pastu makin lama,semangat dan kerajinan gua akan menurun,dan akhirnya hilang lalu gua pon tinggalkan la benda tu tak bersiap.ntah bila nak sambung..ada yang sampai bertahun-tahun,dok terbengkalai gitu je.benda dalam hidup ni yang kita kena ingat,finish what u've started!jangan tinggalkan sekerat jalan.
gua rasa untuk ketika ni,sebenarnya mind state gua berada di paras kekacauan.apa yang gua buat ni gua pon tak tau samaada gua buat dengan keadaan waras atau pakai buat je tanpa berpikir.gua selalu dan memang camtu la pon,buat pape ikut hati gua.gua tak berserabut skang ni.gua tenang je.cuma mind gua agak kabur-kabur..gua ada sifat yang sangat cenderung untuk berasa diri gua telah over exposed.bebaru nih gua dah ambik satu langkah mengurangkan ke'over-expose'an gua dengan menukar no fon baru dan mematahkan terus simkad yang lama,tapi sayangnya,untuk no yang satu lagi iaitu no utama gua,gua tak sampai hati untuk menukar jauh lagi nak membuang no tersebut.banyak masa otak gua pikir yang gua patut buang no lama tu terus dan guna no baru,supaya gua dapat start balik fresh.buang no lama tu dengan segala isi-isi yang tak mendatangkan sebarang pekdah untuk gua,dan start baru dengan clean and clear.proses pembersihan,penyusunan semula.yupp..life gua tersangat semak skang ni dan gua perlu lakukan proses pembersihan dan penyusunan semula ke atas life gua.benda-benda yang tak berpekdah untuk gua,gua tak perlu simpan lama-lama.
sebelom ni gua dah start dengan email gua,bersih-bersih,cuci-cuci,buang segala 'kotoran' yang sebelom ni lama gua biar berlonggok dalam tu yang tak perlu lagi untuk hidup gua.gua ulang balik,scan balik,habiskan masa-masa terakhir gua dengan 'kotoran' tu,sebelom gua buang semuanya for good.then,gua cuci henpon gua plak,dan yang itu instead of 'kemas' gua campak terus semua sekali.gua patahkan dan tukar terus no baru.tapi,untuk no lama gua,no yang pertama gua beli masa gua beli henpon gua yang pertama,yang gua dah pakai lama dan dah jadi sebati,gua tak sampai hati.lembut rupanya hati gua nih.takpe la kot..sama macam rambut gua yang gua nekad nak potong pendek tapi gua tak tergamak..macam nak kerat jantung je rasanya..tapi kata itu kota..walaupon tak kerat habis pendek,tapi gua masih mengotakan janji gua pada diri gua untuk potong rambut..gua potong dalam 15 cm,panjang pembaris pendek tu.panjang jugak tu..tak sanggup gua nak potong habis..gua bela dari gua form 4,dan cuma potong gatal-gatal sket-sket gitu je skali-skala tanpa merubah rupa sebenar..nak potong pendek?gua bukan sofea jane(satu-satunya pelakon pompuan kat mesia yang gua minat) atau syarifah amani(yang poyo)..rambut gua ibarat nyawa..rambut itu jiwa..potong pendek rambut gua sama macam bunuh diri.tak baik bunuh diri..tapi mungkin,memang gua perlu bunuh diri gua untuk lahir balik sebagai 'seorang yang baru'..
ntah la..banyak benda yang bertimbun yang menyesakkan hidup gua.mungkin gua hidup dalam kecelaruan bila sejarah dengan masa sekarang bercampur-aduk.mungkin after all,gua masih belom move on,walaupon gua cakap gua dah move on.bohong,sesape yang betol-betol kenal gua,jangan kata sekilas pandang,tak sempat pandang pon dah tau gua bohong.seperti yang pernah gua cakap sebelom ni,kalo sesuatu benda tu dah sebati dengan jiwa gua,gua mungkin tak dapat nak buang ke akhir hayat gua.gua ni jenis yang ekstrim.gua susah nak anggap sesuatu benda tu bermakna bagi gua,tapi kalo skali gua dah anggap bermakna,gila-gila mati-mati separuh nyawa gua pertahan.jadi itu tak adil la,kalo datang dalam hidup gua,mintak gua hargai,mintak gua bagi 'makna' pada kehadiran diorang,dan akhirnya blah,mintak gua kensel balik semua tu,gua kena bunuh diri tiapkali nak memenuhi permintaan diorang.jadi tolong la jangan mengaku 'kawan' pada gua sebab gua ada tafsiran yang berlawanan dengan seisi dunia ini terhadap istilah tu.ye gua tau,gua kena ubah tafsiran gua dan kena bezakan antara 'kawan','teman','kekasih' sebagai seorang manusia biasa,tapi dari awal-awal lu orang nak dekat bukan ke memang dah nampak yang gua bukan 'manusia biasa'..mengada-ngada pulak soh gua jadi lebih normal la apa la lepas tu.gua bagi warning ingat sesedap rasa ke gua nak warning-warning?bukan gua sesuka hati la nak jadi camni.hidup seolah-olah jelmaan daripada novel,daripada komik yang bukan di alam nyata.yea,yea,whatever..lu orang banyak tafsiran tentang diri gua kan?dah tahu gua tak cam orang lain,dah tau banyak rules dunia dan manusia biasa yang takleh pakai dalam dunia gua,sape soh hampiri gua?sape soh mengada-ngada senang je ngaku suka,ngaku sayang,akan sentiasa ada bila diperlukan bla bla,kita adalah kawan.bercakap cam main guli.sesedap rasa je.maaf gua ni bodoh,gua tak tau semua tu ada harga.kata ada ganjaran percuma,gua ambik je la,mana gua tau rupanya nak kena topap dulu rm30.mana aci tipu.cakap la awal-awal terang-terang,dah la gua ni spisis loner,lone ranger,kalo orang cakap sayang,nak jadi kawan,nak paham diri gua yang memeningkan kepala,bodoh,dah sah-sah la gua teruja.orang lapar disua makanan.orang dahaga dibagi air.kesimpulannya,jangan jatuh cinta pada nama,pada tulisan,pada suara,dan pada pape je la yang belom nyata dan sesenang hati je bercakap,kalo ada masalah perlu teman bicara,bersedia bila-bila masa nak mendengar..sedar tak besar semua tu?jangan senang je bercakap.bertanggung-jawab la sket dengan apa yang kita cakap.menambahkan kadar kemenyampahan gua je.jangan la tertarik pada benda yang belom nampak,belom pasti.gua bukan bidadari,bukan gadis jelita,insan misteri,wanita mistik,puteri seroja,ada kuasa luar biasa,datang dari kayangan..gua cuma manusia tak normal yang biol yang akan memeningkan kepala sampai lu rasa rimas dan takleh tahan nak layan kerenah gua.dah la tak cantik jelita,sewel plak tu.gua dah cakap,dah warning,tapi degil jugak.sebelom melemparkan kata-kata tohmahan diri sendiri yang berunsurkan cintan dan kejiwangan terhadap gua,pikir la dulu.jumpa pon belom,tengok pon belom,ada ke cakap suka,cakap sayang.lenkali,sebelom sesape cakap camtu,gua sumbat mulut diorang dengan stokin busuk.padan muka.biar gua jadi lembap cam orang dalam tv yang macam tak reti-reti,tak paham-paham niat seseorang.kalo gua reti,kalo gua paham pon,takde pekdah jugak.rasa nak muntah pon ada kalo paham.
gua sebenarnya tak pernah la sampai menyesal apa yang gua dah buat,tapi,gua kira-kira,untuk yang belom berlaku,rasanya gua dah tanak biar jadi camtu lagi.cukup la tu.elok jugak gua kenal ngan mereka-mereka yang tak nampak gua macam pompuan dan tak layan gua macam pompuan..itu la kot kawan yang biasa-biasa.kawan antara manusia dengan manusia,bukan lelaki dengan pompuan.tak pon,gua kena tambah bilangan kawan pompuan,atau kawan je ngan gay.hahaha.tapi betol la kot.itu la kelemahan gua..gua sentiasa berkawan dengan orang yang berpotensi untuk dingorati,dan tak pandai nak kawan dengan sesama pompuan.kalo ngan pompuan,gua cam lelaki yang pemalu,kekok dan serba tak kena,tak tau apa teknik yang patut diguna pakai nak jadi rapat.lagi pon pompuan ngengada,mana ada pompuan sesama pompuan nak layan sms,boring-boring nak chatting sesama sendiri,nak gayut-gayut,nak kuar sesama,lepak-lepak,tenang-tenang.kalo nak ngadu masalah nak manja-manja pon,kang cam lesbian plak.hahaha lagi skali.sebenarnya dalam ni je gua cam brutal,tapi sebenarnya gua ni seorang gadis manja yang penuh keayuan.hahaha untuk sekian kalinya..
berbalik kepada tajuk post,yang telah gua pesongkan ntah ke mana-mana,gua kena rehat kejap.dan rehat itu bermaksud,sudah-sudah la membebel tu woii,pegi siap-siap kemas barang gerak..gua nak ke johor,umah kakak gua sorang lagi tu untuk beberapa ketika.sebenarnya gua malas nak ke mana-mana,tapi terpaksa sebab dia mintak tolong jaga ci weena esok sebab takde sesape kat umah.dan elok jugak la sebenarnya sebab kecian la kat gua home alone nak bukak pose sengsorang hadap megi.bukan tak pandai masak,gua terel masak sebab gua ni pompuan melayu terakhir(hahaha lagi) tapi stendet la umah bujang peti ais kosong.nak masak hapekejadah dan alasan yang lebih tepat jugak,malas yang membawa maksud kalo peti ais penuh pon gua tak masak jugak.takpe,gua sempoi,mana ada cukup syarat gua bedal je.megi pon dah cukup.ye la,sendiri,layan diri..lain la kalo gua dah kawin ada laki,kena la gua masak.kalo ada pakwe mungkin kuar bukak pose sesama.sebut pasal pakwe,boring sebenarnya hidup takde pakwe ni..daripada gua form 1,tak penah gua takde pakwe..sentiasa ada je memanjang..dah la tu,orang yang sama plak tu.kalo terkrisis terberpisah pon,ada jugak 'lelaki' di sisi.pastu balik balik kat orang yang sama.pendek kata,gua tak pernah bersendiri la.sentiasa ada lelaki dalam hidup gua.hidup penuh skandal..hahaha..dan ironinya,dari umor 13 tahun gua tak pernah tak berpakwe,skang ni gua 25 dan single.seikhlasnya gua mengaku,memang boring takde pakwe.bercinta itu best.seronok apa?sms dengan getik,gatal-gatal,galak.sengih sampai ke hujung telinga.kuar dating.cakap tepon dok pintal-pintal rambut.manja-manja,rindu-rindu..tapi berbalik kepada fungsi asal sebuah 'pakwe',adakah ianya bertujuan untuk menghilangkan keboringan dan menyeronokkan sama seperti fungsi sebuah mp3 player?bercinta itu bukan hobi.hahaha..maka kerana itu,jangan la keliru di antara 'kehendak' dengan keperluan..elakkan pembaziran..hati ni semua benda dia nak.time pose,segala mak nenek rasa nak makan.time ada duit,segala benda alah rasa nak beli.time boring,sunyi,jangan kata pakwe,siap nak kawin dan-dan tu jugak nak ada anak nak ada famili.hahaha..pastu bila dah normal,dah waras,sebenarnya tanak pon..pendek kata,pegi la bersiap,dah pukul brape dah ni..:P

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

laa... ko ni gurl ke? mati2 aku ingatkan lelaki before ni... sorry laa kalu aku terkasar bahasa tu yek... i really don't know...

p/s: minat melukis gak ke? same interest laa kite ni yek...

broken_nigina berkata...

huhuu..
tak tau rupernyer..