harus gua akui kebenaran kata-kata itu..seorang manusia lebih baik menjadi sederhana..jangan cuba melanggar batas..bila mahu pergi lebih dari batas,maka timbul la unsur-unsur kesesatan dan keterpesongan..dalam hal ni,gua bersyukur gua belom pegi lebih dari batas gua..benar sangat benar..sederhana itu lebih baik..pegi la ke mana-mana saje dalam dunia minda dan jiwa,tapi ingat,ada sesetengah tempat lebih baik jangan dimasuki..gua menulis apa yang gua tau..dan takde apa yang lebih gua tau melainkan diri gua sendiri..sebab itu gua tulis tentang diri gua sendiri..sesungguh-sungguhnyer,pemikiran manusia ni adalah satu alat yang sangat berkuasa.kalo diguna dengan cara yang betol,maka banyak la kebaikannyer.kalo disalah guna,akan mengundang kerosakan.gua tak mahu menjadi manusia-manusia liberal yang menolak ke tepi soal agama..dalam sesetengah keadaan,masih perlu untuk menjadi liberal,tapi bukan dengan keseluruhan..gua juga tak mahu menjadi jumud,manusia sempit fikiran yang hanya melihat dari satu segi dan terikat dengan kefahaman itu semata-mata..tapi dalam sesetengah keadaan,kiter masih perlu menjadi kolot..kerana kolot itu adalah dasar,adalah asal-usul..kita masih perlu menjadi kolot agar tak lupa dasar dan asal-usul..hanya bile kekolotan itu masih perlu..gua juga tak mahu menjadi orang seni yang terlalu seni hingga mahu menyelam sesuatu yang tak terselam dek akal..seni tu perlu..tapi pemahaman tentang sesuatu terutamanyer agama dan ketuhanan memerlukan banyak aspek dan kesenian hanya secebis yang kecil..sebelom menyenikan agama dan ketuhanan,sempurnakanlah dulu sembahyang dan ibadat..jangan pergi jauh pada apa yang bukan bidang kiter..belajar yang asas dan lengkapkan dulu asas tersebut..kemudian baru bercakap soal agama dan ketuhanan..ilmu itu adalah kombinasi di antara pengetahuan dan amalan..kerana itu gua tidak sentuh aspek yang satu ini..bukan kerana tak minat..tapi itu bukan bidang gua..tapi gua masih mahu jadi orang seni..orang seni yang menghargai seni,tapi tidak merasakan dengan seni itu saje sudah cukup tanpa mempraktikkan yang asas..kenapa gua cakap camni?kerana gua rase ramai orang seni yang hipokrit..menulis dan bercakap aspek ketuhanan dengan sangat indah tapi pelaksanaan?walaupon gua suka berfikir dan menyelam pemikiran gua,tapi gua masih berase yang pemikiran takkan ke mana tanpa ada amali..seni itu boleh jadi bahaya..seni boleh mempertikai logik dan yang asas..dan gua tak mau melanggar batas itu..biar gua pertikai manusia dan undang-undang manusia..tapi bukan tuhan dan undang-undang tuhan..harus berhati-hati dengan pemikiran dan seni..
sederhana itu lebih baik..menjadi pemikir yang liberal tapi bukan manusia yang liberal segala aspek..menjadi orang yang masih memegang tradisi bila tradisi itu masih boleh diguna pakai tapi tidak pula terikat dengan tradisi..menggunakan akal dengan luas tapi tidak mencampuri apa yang bukan bidang..menjadi seni dan menghargai seni tapi seni masih terpimpin di bawah yang asas..banyak jenis manusia dalam dunia ni..yang mengikut norma-norma kehidupan biasa,dan yang menentang norma-norma tersebut..kerana sederhana itu lebih baik,gua masih seperti dulu,menjadi pihak yang berkecuali..gua tak terletak di bawah mana-mana kelompok..biar melencong,tapi masih tahu azali..pandai-pandai la gunakan kuasa minda..terbanglah ke langit,terjunlah ke laut,tapi kaki kukuh berpijak di bumi..insyaallah,ke mana-mana saje minda ini berkelana,ia takkan lupa akar umbi dan tiang seri pusat berpegangnyer kepercayaan..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan