ari nih gua tak masuk ofis.’cuti rehat’.ntah la.disebabkan masalah yang gua rase boleh disetelkan secara damai tapi skang dah jadi kes serius.tapi gua pon tak salahkan budak praktikal yang baru tuh sebab bawak hal nih ke management kolej.memang editor gatal tuh patut diajar.kita nak idup kena pandai-pandai bawak diri.bukan semua orang boleh trima cara kita.apa yang kita anggap remeh boleh jadi besar pada orang lain.dah mess dengan orang yang salah,tanggung la akibatnya.gangguan sexual bukannya tuduhan kecik.semuanya berpunca dari flirting,gurau-gurau bodo dan borak yang berunsur lucah..ambik la lu..gua ngan budak sorang lagi sebelom nih tak ambik pot selagi benda tuh tak menjejaskan kitorang tapi dia pegi wat pasal ngan budak baru nih dia dapat penyakit.terus budak tuh nak blah n adukan pasal dia kat kolej.honestly sikit sebanyak gua pon rase tuduhan tuh terlalu berat tapi kalo dibiar makin melarat.gua pon kena la sensitif kat diorang.takleh gak mentang-mentang gua nih taknah diganggu,editor tuh favour gua gua nak wat-wat buta jerr.cuma,dalam keadaan nih,gua la yang jadi tersepit.editor tuh caya kat gua n takde masalah ngan gua.gua ok jer wat keje kat situ.walaupon gua tak suka dia,tapi gua takde hal.gua nak stay jer sampai abis.bila kes nih dah dibawak ke atas,dah diadu kat kolej sampai kolej soh wat report polis,yang akan ditarik keluar dari ofis tuh termasuklah ngan gua-gua skali.gua seboleh-bolehnye tanak rosakkan peluang gua sendiri memandangkan gua takde sebarang masalah ngan orang-orang kat situ tapi zalim la gua kalo tak prihatin dan tak ambik kisah kat budak yang diganggu dek editor tuh.dari satu point,gua takleh nafi cakap pengurus marketing ngan editor tuh diorang sendiri cari pasal pakai pakaian yang tak sesuai datang ofis.terlalu ketat,terlalu revealing.kalo dah tau kata ada orang gatal kat ofis tuh jangan la pakai pakaian yang merangsang lagi kegatalan orang.marah orang pandang,jangan la tayang..memang gua takleh tolak benda tuh tapi bercakap pasal profesionalisme,takleh tidak kena bersikap open.diorang pakai seksi,kalo tak suka,tegur cara elok.bukannya diorang pakai seksi boleh senang-senang je nak sebarangan layan diorang serong.lu tak suka secara peribadi,sudah.tuh hal lu ngan diri lu sendiri.toksah cari bini camtuh kalo tak suka.kalo rase baik,tegur dan bagi nasihat care elok.tuh jerr.tak profesional langsung salahkan pemakaian orang atas sikap tak senonoh kita sendiri.kalo camtuh semua pencabul-pencabul dan perogol-perogol pon boleh lepas guna alasan camtuh.kena ingat la nih zaman apa.bukan zaman nenek moyang dulu.skang wat pape pon ada law.percakapan kena jaga,gerak geri kena jaga.zaman orang saman orang sana sini.dah takleh bodo-bodo sesuka ati nak wat pape.lu cari pasal,menjawab la lu.belek kamus,baca undang-undang.gangguan sexual bukannya pegang-pegang,raba-raba jerr.boleh jadi dari segala segi.sendiri mau ingat la beb..jangan mess dengan salah orang.
semalam gua ikut budak berdua nih gi kolej jumpa ngan supervisor praktikal kitorang kat kolej.gua seboleh-bolehnye memang tanak campur tapi sebab benda nih akan sabitkan gua sama jadi gua ikut sebab nak tau kedudukan sebenar.lepas dah cakap-cakap,kolej wat keputusan nak tarik kitorang keluar dari situ sebab tempat tuh dah tak sesuai dan kolej akan blacklistkan terus in future takkan antar lagi student praktikal kat situ.gua memang tanak tapi atas arahan kolej,gua pon terpaksa berenti jugak.kolej akan bawak keluar semua skali.jadi semalam ari last gua kat situ.memang gua tanak hal nih jadi sampai camnih.gua dah elok-elok kat situ tetiba jadi gini.dah la sket punye perit gua nak dapatkan tempat praktikal.kalo kuar dari situ,gua nak pegi praktikal kat mana lagi?dah nak masuk dua bulan dah.sabar sket je lagi dah beres semua.nak pindah randah nak start lagi skali lecehnyerr.kalo gua ada kontek senang dapat tempat,takde hal la.bosannya jadi gini.gua nak setel,nak setel cepat-cepat.umur gua bukannya makin muda.tanak ada masalah lagi.benci tol la.tapi nak wat camane?nak tanak terpaksa la ikut arahan.pastuh gua ngan budak sorang lagi balik ofis balik.kitorang tanak kurang ajar tau-tau dah lesap gitu jerr terus tak datang.tambah lak yang teruk tuh cuma editor sedangkan yang atas dari dia,editor penyelaras tuh baik.kerana adab,kitorang bercakap ngan dia dulu dan inform tentang benda nih.memang dia kecewa.dia tanak kitorang keluar.dia pon dah malu sebab imej company jatuh.company dapat nama buruk gara-gara dia tuh.lepas bincang-bincang,dia cakap dia akan uruskan hal nih.dia kol kolej n mintak maaf dengan pihak kolej.katanya pihak atasan akan ambik tindakan.seboleh-bolehnye tanak la hubungan ngan kolej terjejas.dia akan ambik alih jadi supervisor kitorang n dia jamin keselamatan kitorang kat ofis tuh.esok(ari nih),pihak kolej akan datang n diorang akan berbincang pasal hal nih..sementara tunggu kata putus,gua ngan budak praktikal sorang lagi tuh diberi ‘cuti rehat’.tunggu sampai semuanya setel dan reda.
sepanjang-panjang masa kitorang bincang nih,si editor ngan penyokong setianya pengurus marketing tuh takde kat opis ada urusan luar.bila diorang balik,diorang panggil gua masuk bilik meeting.sebelom tuh editor nih dah kena sound dengan orang atas sebab ada orang mengadu dia gatal dan ganggu budak praktikal yang dah blah tuh.dia panggil gua dia luahkan ketakpuasan hati dia kat gua.tapi gua heran nape si pengurus marketing nih yang react lebih dari si editor tuh sendiri.dia yang marah-marah n dia yang kuarkan kenyataan budak-budak yang lagi 2 tuh tak berakal,bawak imej buruk,ada masalah attitude bla bla.percakapan yang orang tak educated cakap.sama level ngan budak-budak gatal tepi jalan yang mentaliti low.mana pegi lu punya profesionalisme?gua cuma diam tak cakap pape.no komen.bagi gua dia dah menjatuhkan profesionalisme dia dan menampakkan diri dia macam budak mentah yang otaknya tak matang langsung.melatah,melenting dengan emosional.yang lebih klakar,dia cuma bz body masuk campur sedangkan benda tuh takde kena mengena ngan dia.sebelom nih gua respek dia.attitude dia,profesionalisme dia,cara dia bekeje.tapi sejak dah jadi kes camnih,rase respek gua pada dia dah ilang.tipikal lelaki.tipikal melayu.cakap dia aje kita kena jadi neutral,jangan ambik side mana-mana.attitude kena positif,kena open bla bla.cakap memang murah,kan?apa yang patut kita panggil pada sikap pro memenangkan kesilapan orang dan tutup mata block mind dari terima pandangan orang lain?nak panggil apa pada orang yang menyokong something membuta tuli sampai takleh bila ada yang cuit dan tegur?lawak..lu menjadikan diri lu bahan lawak,bro..sama level ngan penyokong-penyokong fanatik ct nurhaliza,mawi.emo tak bertempat.sempit otak.sama level cam melayu yang tak pernah berkembang dari zaman purba ke zaman skang.sama cam orang bola sepak yang bila dikritik kita plak yang dituduh tak patriotik.pusing tolak darab bahagi,ambik balik ayat dia yang manusia nih cuma ada tiga ketegori:-yang berakal,kurang berakal dan tak berakal,sendiri mau ingat la lu dah letak diri lu sendiri dalam ketegori yang mana.
gua nih bukan orang yang suka bagi komen bagitau apa yang gua pikir.gua lebih suka diam tapi sendiri mau ingat.mata gua,telinga gua,otak gua tak diam.kengkadang gua cuma senyum.senyum bukan senyum gua baik,gua suka.senyum kerana kebodohan lu.tak perlu gua susah-susah nak bazirkan suara gua cakap pape.pandai-pandai la nilai.gua tak sama ngan budak-budak lagi 2 tuh.kalo di mata gua someone tuh cuma badut yang jadikan diri dia sendiri bahan ketawa,itu akan jadi pandangan peribadi gua.orang tuh buat apa pon depan gua,gua cuma nampak dia tengah buat lawak terloncat-loncat dan tergedik-gedik,tersengih-sengih menunjukkan muka seposen yang kelakar.dia serius ke,dia cakap hal yang nak menunjukkan kematangan dan kebijakan dia ke,gua cuma nampak dia badut sarkas.bergantung pada tahap kerendahan pandangan gua.kalo lagi rendah,gua nampak monyet.rendah lagi,gua nampak lalat dan langau.apa yang dia buat dan dia cakap,cuma sampai pada gua sebagai bunyi-bunyian lalat dan langau berterbangan.ntahapehape jerr.
gua rase klakar bila si pengurus marketing nih berulang-ulang cakap company ambik kitorang praktikal atas sebab corncern,atas dasar tanggungjawab sesama melayu nak latih adik-adik praktikal supaya dapat ilmu yang berguna.kalo tak sebab tuh,diorang dah ambik staf terus jerr.heh..cakap ngan sape tuh,bro?ingat gua budak tadika?gua perlu lu,lu perlu gua.kalo boleh dapat dengan harga murah,nape nak bazirkan kos ambik yang mahal?keje jalan,masalah setel,gaji takyah bayar,nih la advantage.kutip je mana-mana budak praktikal wat keje staf yang dah blah dari ofis tuh,setel masalah.dapat khidmat yang sama tapi dengan kos yang jauh lagi murah.nih la kegunaan budak praktikal.boleh pakai cukup-cukup dan takyah bayar mahal.toksah nak berdrama main wayang la.nak latih konon.kepala hotak lu.gua cuma tersenyum dan tergelak.yang sebenar-benarnya company tuh ada masalah tak cukup staf.ada 2-3 orang staf yang baru je blah dan banyak keje yang berlonggok takde sape nak wat.kalo gua pon,boleh pakai tenaga budak praktikal buat keje staf yang dah cabut tuh,gua apply mintak budak praktikal jugak.kalo cari staf tetap,kosnye mahal,ambik masa dan lambat.dengan financial company yang cukup terhad dan tengah nak cut bajet,apa lagi solutionnyer?its a win-win situation.budak-budak nih perlukan tempat praktikal untuk grad,company lak perlukan tenaga keje.lu bagi kitorang praktikal,kitorang setelkan keje lu.lu ada bahagian lu,gua ada bahagian gua.dats it.takyah wat lawak la tanggungjawab sesama melayu nak bagi latihan nak bagi ilmu konon.tiba-tiba dapat hidayah tuhan bagi petunjuk untuk jalankan tenggungjawab?kebetulan lak time company tengah terumbang-ambing tak cukup staf takde orang nak wat keje dan bajet pon tengah nak kena cut?wah..ajaibnyer.hidayah datang pada manusia secara tiba-tiba.ngam-ngam plak tuh.terharu gua terharu..haha..blah la lu..
politik orang melayu.suka tunjuk gaya cam baik then expect orang terhutang budi kat dia.tengok orang la beb.orang-orang kampung,pakcik makcik yang tak tau pape tuh boleh la nak kelentong.cekik duit diorang pastuh tunjuk baik bagi saguhati wang ihsan sket,dah boleh beli hati diorang.taktik lapuk..main wayang watak baik,arap orang terharu.takyah buang masa.hak gua,hak gua.lu bagi apa yang memang patut gua dapat,why on earth gua diconsider makan budi?banyak la lu punya budi.berbudi konon.dunia politik,dunia bisnes.kalo something tuh tak bawak benefit untuk pihak sendiri,diorang takkan wat.bagi loan untuk student blajar then depang dada wat sedih cakap student tak kenang budi dan tak hargai bantuan yang diberi.duit loan untuk blajar guna wat benda lain.come on la.pinjaman tuh pinjaman la.tak kira pinjaman blajar ke,pinjaman umah,kete.pinjaman is pinjaman.pinjam yang kena bayar.toksah nak berlagak konon baik nak tolong anak melayu belajar bla bla.bisnes is bisnes.duit lu bagi tuh duit gua,duit yang lu orang akan cekik balik dari gua dengan berganda.takyah nak jual modal kasih-sayang,tanggungjawab,budi what so ever la.nak jual pegi jual kat makcik-pakcik kat budak-budak yang tak tau pape.diorang boleh makan,boleh percaya.sayang konon.berbudi,berjasa,ambik berat.boleh blah.kalo nak tolong,takdenye nak blajar kena bayar berpuluh-puluh ribu.pinjam 10 ribu bayar 13,14 ribu.belajar bertahun-tahun cari keje dapat gaji ciput.bila demand cakap graduan berlagak,memilih keje nak yang bagus-bagus.kalo dah belajar betahun-tahun,abis duit berpuluh-puluh ribu,hutang dengan ptptn nak kena bayar dengan pekdahnya yang belebih,memang la nak keje yang setimpal.kalo tak,baik takyah penat-penat sambung blajar.baik keje je terus.daripada abis masa 3,4 taun blaja tuh,dah banyak boleh kumpul duit kalo terus keje je.heh.gebang gebang orang melayu.hantu yang takut kata amuk.dia hantu cakap takut kat hantu.tanduk dah cacak langit pon masih nak kontrol pakai muka malaikat.orang melayu suka berdiplomasi.diri sendiri nak tido akan cakap dia kesian orang lain mengantuk.dalam hati nak menang bagai nak rak tetap cakap saya tak anggap ini satu pertandingan.arap orang puji tapi tunjuk muka innocent buat-buat merendah diri.semayang tak penah,tapi nak wat pape depan orang tuh alimnya baca bismillah berzikir berjela-jela ngalahkan ulamak.imej mesti mau nampak baik.sama la kes si pengurus marketing yang kondem beriye pompuan-pompuan pakai seksi nih diorang takde akal,tak tau berpikir dan tak reti jaga diri..bini dia?kepala takde la bertudung,baju pon takde la tak singkat dan suar pon takde la tak ketat.bila-bila kalo ada jantan gatal pandang bini dia kat bahagian yang tak patut dan cakap benda-benda yang berunsur lucah,pulang balik la ayat-ayat dia tuh kat diri sendiri.tapi yang penting kita kena positif.jangan ambik benda tuh negatif.anggap la jantan pandang dada bini kita sebagai satu latihan nak uji kesabaran kita.jantan tuh boleh pandang dada bini dia sendiri sebab slama nih dia memang dah ada bini tapi kalo dia pandang dada bini sendiri,nanti ilang la tanggungjawab dia untuk latih anak melayu supaya sabar.ha ha ha..boleh blah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan