serapat mana pon kita ngan seseorang,seintim semesra sesayang mana pon kita kat sesaper,sudahnyer dasarnyer kita tetap jugak diciptakan individual..kita masing-masing diri masing-masing..sendiri-sendiri..dia dia,kita kita..akhir citenyer tetap camtu jugak..kubur masing-masing beb.sampai satu point akan terserlah jugak manusia tuh individual..kalo kita dah paham,paham la.sudahnyer diorang diri diorang jugak,kita tetap diri kita.
diri diorang bukan diri gua.diri diorang,idup diorang,dunia diorang.semua tuh takde kena ngena ngan gua.gua diri gua,idup gua,dunia gua.kita individu yang berbeza.lain-lain..ujan ribut suka duka idup diorang,bukan berkisar pasal gua.urusan diorang ngan diri diorang sendiri.masalah diorang,hal diorang.bukan masalah dan hal gua.dah memang camtu.jadi kalo dah paham,apa lagi?gitu la.memang dah camtuh.kawan,kekasih,hatta famili sekalipon,mati tetap masing-masing dan hisabnyer atas diri sendiri..manusia memang dicipta individual walaupun dihidupkan berkelompok dan berpasang-pasang.nak nafi pon takkan boleh sebab bila sampai point yang kita kena pilih antara diri kita atau diri orang lain,kita akan pilih diri sendiri.kalo kita pilih orang lain pon,sudahnyer sebenarnye benda tu untuk diri kita sendiri jugak..
daripada kita kecewa,baik orang lain yang kecewa.kalo masa kita pilih untuk diri kita sendiri kecewa dan namakan benda tuh sebagai pengorbanan,pengorbanan tuh tetap tok diri kita sendiri jugak.daripada kita kena susah-susah nak leraikan sesuatu lagi senang kalo cabut lari buat orang benci supaya dia je yang lepas dan ilang dari kita.akhir citer,untuk sape?untuk diri kita sendiri jugak.semuanya soal kita dan diri kita.kita sama,kita sejiwa,tapi kita tetap manusia yang berbeza.jadi bila tiba masa untuk kita pilih di antara kesejahteraan diri dengan suatu sentimen perasaan yang bukan apa-apa,kita pilihlah kesejahteraan diri.kerana kita tetap individual.
ye..gua tetap adalah diri gua.diorang ada,diorang takde,idup gua tetap idup gua,dunia gua tetap dunia gua dan mati gua tetap mati gua.dah paham,bebas la jiwa dari gangguan-gangguan kecik yang tak ke mana.biar luncai terjun dengan labu-labunyerr dan gua tetap individu bebas yang ada mind dan rasa gua yang tersendiri.mind dan rasa yang jadi milik gua sorang..apa yang gua pikir dan apa yang gua rasa,bukan soal diorang.gua adalah milik gua.gua adalah kawan gua,gua adalah teman gua,gua adalah kekasih gua..biar luncai terjun dengan labu-labunyerr..
..biar dia dengan dunia dia sendiri..
-BUKAN MILIK AKU-
Aku berhampiran suasana hampir gelap
Aku di sini berlumuran pahit manis
Di dalam titian menuju hujung dunia
Aku lagi hidup hanya mampu melukiskan
Namun kenyataan sudah pasti penentuan
Di dalam aku mengejar satu impian dan harapan
Walau sehari ku kecap semua ini
Penuh pengalaman mengisi hati
Nasib menanti ku serah pada yang satu
Bukan milik aku tanpa restuMu
....Kau bukanlah milikku....
Aku berhampiran suasana hampir gelap
Aku di sini berlumuran pahit manis
Di dalam titian menuju hujung dunia
Aku lagi hidup hanya mampu melukiskan
Namun kenyataan sudah pasti penentuan
Di dalam aku mengejar satu impian dan harapan
Walau sehari ku kecap semua ini
Penuh pengalaman mengisi hati
Nasib menanti ku serah pada yang satu
Bukan milik aku tanpa restuMu
....Kau bukanlah milikku....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan