Bila semalam berlalu
Terhapus kejernihan ini
Kerana musim dan waktu
Telahpun bertukar wajah
Dari ketulusan
Menjadi kekalutan
Aku bukakan langkah baru
Melangkah sendiri
Ke alam penuh misteri
Mengisi apa yang dituntut
Dan mengaut kasih sayang
Untuk dihumban ke dalam gaung
Biar lumpur sahaja
Menikmati erti rindu
Kerana ia tidak akan melepaskan
Atau menolaknya
Aku berbicara dengan malam
Lalu malam membisikkan,
“Kegelapanku bukan kehinaan”
Aku terlena asyik
Mendengar nyanyian bayu
Namun tiada apa
Yang menyanyi
Aku terpaku di luar realiti
Di kepala ini penuh keunguan
Di hati ini kemerahan
Di jiwa ini kehijauan
Tetapi di kenyataan itu
Kehitaman, kekelaman
Suatu hari, mentari kan berkecai
Dan bumi ini musnah
Dan tanah ini akan merekah
Terdengar satu lagi bisikan,
“Bangunlah, hari baru sudah tiba”
Bangkitlah aku dan melangkah pergi
Terhapus kejernihan ini
Kerana musim dan waktu
Telahpun bertukar wajah
Dari ketulusan
Menjadi kekalutan
Aku bukakan langkah baru
Melangkah sendiri
Ke alam penuh misteri
Mengisi apa yang dituntut
Dan mengaut kasih sayang
Untuk dihumban ke dalam gaung
Biar lumpur sahaja
Menikmati erti rindu
Kerana ia tidak akan melepaskan
Atau menolaknya
Aku berbicara dengan malam
Lalu malam membisikkan,
“Kegelapanku bukan kehinaan”
Aku terlena asyik
Mendengar nyanyian bayu
Namun tiada apa
Yang menyanyi
Aku terpaku di luar realiti
Di kepala ini penuh keunguan
Di hati ini kemerahan
Di jiwa ini kehijauan
Tetapi di kenyataan itu
Kehitaman, kekelaman
Suatu hari, mentari kan berkecai
Dan bumi ini musnah
Dan tanah ini akan merekah
Terdengar satu lagi bisikan,
“Bangunlah, hari baru sudah tiba”
Bangkitlah aku dan melangkah pergi
Kerana musim yang ku lalu sudahpun berlalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan