Rabu, Februari 28, 2007

Untuk Insan Yang Bermaruah

ari nih gua ngadap blog nih kat cc.gua sebenarnya rasa ralat dan cuak ketika ini.ntah kenapa.tak tau camane gua nak jelaskan.gua tertanya-tanya sape yang baca blog gua nih.mungkin ke orang yang gua tak terpikir akan baca sebenarnya turut baca apa yang gua tuliskan?sebagaimana gua setia membaca satu blog yang gua sendiri tak tau atas dasar apa dan gua rasa mungkin tuan punya blog itu sendiri tak sedar gua sentiasa membaca apa yang dicoretkannya atau sebenarnya sedar dan berpura-pura tak sedar.jelasnya,tiapkali gua baca gua rasa cuak,sepertimana ari nih tapi lain kali gua pasti akan baca lagi.hanya sesuatu yang menimbulkan rasa kurang senang di ati gua namun gua masih nak tau..gua masih nak tau apa yang berlaku,apa yang bermain dalam fikirannya sekalipun gua rasa tak mungkin untuk gua mendekati tuan punya blog tersebut.ati gua..sekali ati gua longgar,dingin,susah untuk gua lembutkan balik..apalagi pada orang yang lebih rela mati daripada merendahkan diri meminta maaf dan cari gua balik.kalo maruah la taruhannya maka pertahankan la maruah itu kerana gua takkan izinkan sekali-kali runtuh maruah tuan punya diri itu untuk cari gua dan gua rela tak bertemu walaupun saat gua nak menghembuskan nafas terakhir dalam dunia ini.menangkan la maruah itu dan semoga berbangga menjadi seseorang yang membuang jauh sesuatu yang pernah menjadi apa yang paling berharga demi mempertahankan harga diri.doa gua semoga sesiapa yang gua maksudkan itu puas hati dengan kemenangannya dan semoga tenang hidupnya menjadi manusia paling kuat dan bermaruah..bukan ke macam tu?lelaki perlu kuat luar dan dalam.lelaki takkan meminta apa yang bukan haknya.lelaki takkan merendahkan dirinya kerana seorang perempuan.lelaki takkan merayu dan takkan terhegeh-hegeh walaupun terpaksa mengorbankan perasaan sendiri.hebatnya lelaki!walau terpaksa menjadi seorang pengecut yang tak berani mengakui perasaan sendiri.walalu terpaksa menjadi lemah berlindung di sebalik prinsip.tak sedar silap sendiri yang melukakan orang yang pernah diakui sebagai kawan dan orang yang penting.mungkin pengorbanan dan penghormatan ke atas seorang kawan itu khusus untuk mereka yang bernama lelaki jua dan perempuan hanyalah taruhan dalam membuktikan kejantanan.betapa dangkalnya pemikiran sempit itu!
mungkin naluri gua hanya meletakkan sesuatu seringkas yang mungkin.takde apa yang complicated tentang itu.bila melakukan kesilapan maka mintak maaf la dengan ikhlas.bila menyesal,pohon peluang.kenapa rumitkan benda yang semudah itu?kalo sayangkan sesuatu,kejar,buru.bukan ke itu sifat lelaki.mengejar apa yang dimahukan.berani melaungkan kebenaran.mungkin cetek pemikiran gua.tapi gua cuma mengerti itu.marah gua bukan tak bersebab.marah gua kerana insan yang menggelar dirinya kawan gua memijak-mijak perasaan dan harga diri gua dengan kata-kata yang amat menghina bagi gua.marah gua kerana insan yang menggelar dirinya teman gua begitu rapuh jiwanya terhadap gua.dan gua juga kalah pada tingginya nilai maruah dirinya.manusia dan manusia..hanya melihat sesuatu dari sudut kedudukan dirinya sendiri.hanya memihak pada perasaan sendiri.dan gua penat perlu menjadi sempurna untuk sentiasa memahami apa rasional di sebalik kata-kata yang melukakan perasaan.perlu memberi kelonggaran dan kemaafan tanpa berkecil hati sepanjang masa.mencari jalan tengah menyelesaikan setiap konflik.sentiasa menjadi orang yang memulakan langkah pertama untuk berdamai.penatnya gua menjaga sesuatu daripada runtuh tanpa tergugat.gua bukan patung.gua ada hati dan perasaan.ada masa goyahnya.ada masa rapuhnya.dan insan yang bernama kawan yang mengagungkan nilai setia itu begitu mudah berpaling tanpa ada keyakinan lalu terus mengambil keputusan drastik melarikan diri.kerana gua penat lantas lari la kalo itu jalan yang terbaik.pergi la kalo itu langkah paling bijak.macammana nak menjelaskan kesalahan kepada orang yang tak pernah merasakan dirnya bersalah?marah gua bukan kerana kata-kata..tapi macammana kata-kata itu diucapkan dan segala-gala yang terkandung di sebalik kata-kata..dan apa yang lebih tajam dari bicara yang menghina dan melukakan maruah?kalo seorang kawan itu mengerti,takkan ada istilah ego untuk merendahkan diri memohon kemaafan..kalo seorang kawan itu menghargai hubungan dengan kawannya,takkan ada isu menjatuhkan maruah untuk menyelamatkan hubungan dari runtuh.sesungguhnya apa yang berlaku hanya menjelaskan saja letak duduk segalanya..
lalu gua pada ketika ini..akur seakur-akurnya saja..biar yang hilang itu terus hilang kerana ati yang kuat takkan semudahnya melepaskan sesuatu yang benar-benar dihargai..dan maruah itu adakalanya boleh menjadi lambang kebodohan dan keangkuhan manusia yang dangkal jiwanya..dan buat insan yang mementingkan maruahnya lebih dari segala-galanya itu teruskan saja menjadi lelaki bermaruah dan berkawan la dengan maruah itu..bercintalah dengan maruah,kawin dengan maruah dan semoga suatu ari nanti insan yang bermaruah itu akan bertemu dengan orang yang sama-sama bermaruah lalu menjalankan kehidupan yang penuh bermaruah bersama-sama..

Tiada ulasan: