Khamis, Januari 04, 2007

Realiti

tahun baru..tahun buruk..tahun lepas..tahun ni..tahun akan datang..takde bezanya bagi gua..gua dah lama tak bilang masa..malah adakalanya gua kompius ngan tahun-tahun yang gua lalui..entah yang mana satu..tarikh dan tahun hanya signifikan masa zaman sekolah sebab hari dan tarikh tiap-tiap hari akan ditulis kat papan hitam..tahun demi tahun akan terasa perbezaan sebab tiapkali masuk tahun baru akan masuk darjah dan tingkatan baru..tapi lepas habis sekolah,takde peristiwa yang mengaitkannya dengan tahun baru.tak terasa ada sebarang perubahan yang ketara..kengkadang,kalo tak tengok tv,tak tengok kelendar,langsung tak perasan yang tahun dah bertukar.
mungkin sebab dah takde semua tu,jadi gua pon dah tak pikirkan sangat pasal tarikh dan tahun lepas gua tinggalkan zaman persekolahan.juz buat apa yang perlu dibuat tiap-tiap hari.live life dari masa ke semasa dan masa tuh berjalan ngan sendirinya.bagi gua rasanya,macam dari habis sekolah sampai hari ni ni juz satu tahun yang panjang yang ada macam-macam kejadian.11 september,perang afghanistan,pencerobohan iraq,paklah,tsunami,taufan kat amerika..bila gua tengok tarikh tsunami 26 disember 2004.gua rasa terkejut sengsorang..2004?bila masa tahun 2004 tuh..rasa macam baru macam still dalam tahun yang sama.gua tak perasan.hakikatnya gua macam dah lupa tahun..bila sebut tahun,jenuh gua nak ingat nak bezakan tahun yang mana-mana.mungkin gua cuma jalankan hidup seharian-harian tanpa pikirkan lagi soal masa.hidup dalam waktu yang tengah berlangsung buat apa yang gua buat.jalankan rutin harian dan sedar tak sedar masa beredar sendiri.
memang camtuh.masa sentiasa beredar dan kalo kita tak jalankan kehidupan sekalipon,kehidupan akan tetap berjalan ngan sendirinya untuk kita.jadi,kalo pikir-pikir,sebenarnya takde istilah ‘tak boleh teruskan kehidupan’ sebab hidup memang berterusan dengan sendirinya.kita teruskan ke tak teruskan ke,perjalanan hidup bukannya atas ketentuan kita.hidup bukan kereta yang pakai enjin perlu kita start baru boleh berjalan dan boleh nak berhenti dengan matikan enjin bila kita dah rasa penat nak drive lagi.kalo pon kita penat,kita dah tanak jalankan hidup,what’s the point?melainkan kita manusia tak beriman yang nak jadi tuhan dengan cabut nyawa sendiri.other than dat,kita sebenarnya takde pilihan sebab kalo nak disamakan hidup dengan kereta maka hidup ibarat kereta yang sentiasa berjalan tanpa henti sehingga tempoh yang tertulis dalam perjanjian.kita takde kuasa nak hentikan pergerakannya tapi kita boleh pandu untuk tentukan destinasi.kesimpulannya,kalo kita berhenti pandu ‘kereta’ tuh pon,ia masih akan bergerak jugak so baik la kita terus pandu aje.koman-koman kalo perjalanan kita tak best sekali pon,kita tak terlingkup free-free.
hukum hidup nih.apa yang kita pikir dalam kepala hotak kita,yang kita rasa,yang memberontak dalam jiwa kita,takde kesannya pada dunia luar.kalo kita pilih nak meraung nak guling-guling atas tanah bila kita kecewa,tindak-tanduk kita macam air hujan setitik jatuh dalam laut pada dunia.pointnyer,tak mendatangkan sebarang effect langsung.takde impak,takde hasil,takde dapat pape.aturannya simple aje sebenarnya.bila kita tau kita takkan ubah pape dengan layan perasaan,turutkan hati,maka kita sedar kita cuma perlu hidup macam sediakala.hati selagi namanya hati akan sentiasa bergolak dengan segala macam rasa sampai bila-bila..memang takkan habis kalo kita nak ikut.tapi hidup kat luar sana berjalan ngan seisi dunia dan perjalanan tuh akan berterusan.takde pause,takde rewind,takde forward..suka tak suka,tarikh tetap berubah tiap-tiap hari..satu-satunya perkara yang memang takkan ada ulangan..takde satu pon tarikh dalam sejarah yang pernah sama..kalo kita sedar,kita cuma wat keje sia-sia nak ikutkan sedih,kecewa yang memang selagi kita nih namanya manusia takkan lepas dari semua tuh jadi nak buat apa?memang semua tuh tetap datang,tetap pegi.tak ke mana-mana.
dulu,masa tangan gua luka,gua mengaduh bila pedih..tapi kemudiannya gua sedar,kalo gua mengaduh pon,sakitnya tetap tak hilang jugak.jadi gua putuskan untuk diam dan tahan aje.gua tahan dan akhirnya air muka gua dah tak menampakkan lagi tanda-tanda gua sakit.gua tahan dan gua bersahaja basuh tangan,lumur sabun kat luka gua..memang setiap manusia tak sama cara pemikiran dan cara nak hadapi sesuatu tapi kengkadang satu-satunya pilihan terbaik untuk kita semua ialah bersabar dan hadapi aje apa yang berlaku.kita memang takleh lari walaupon kita nak lari.kita takleh nak mengelak walaupon kita nak elak.dan jelasnya,kalo kita buat bising,kecoh,cakap banyak pon,takde benda jugak yang berubah.bila gua pikirkan macam tuh,rasa takut gua hilang.sebab gua tau bila gua rasa sakit,gua takde pilihan selain tanggung dan hadapi aje kesakitan gua.jadi apa pon yang berlaku,gua takde pilihan lain selain dari hadapi aje segala-galanya.kalo gua takut,gua masih juga perlu berani.jalan terus jalan ke depan.hakikatnya jalan ke depan cuma ada satu jalan..arah mana pon kita pilih,baik kot udara,kot air,kot kiri,kot kanan,jalan untuk kita ke depan tetap dengan berjalan ke depan.jadi gua sedar..gua dah tak gerun,dah tak risau..sebab gua tau apa pon yang berlaku,gua cuma perlu hadapi.sebab gua tau jatuh-bangun,sakit-pedih,kekecewaan dalam diri manusia tetap datang-pegi..dan sebab gua tau,maka gua dah tak kecoh dan tak besar-besarkan lagi semua tuh..
rata-rata manusia nampak macam dah tau sangat pasal sedih,pasal kecewa.nothing yang lebih besar dari kecewa diorang sendiri.nothing yang lebih hebat dari kesedihan diorang.segala-galanya adalah tentang diri diorang..betapa sedih,betapa pahit,betapa sengsaranya diorang..jadi gua biarkan aje la diorang terus nampak sakit diorang semata-mata memandangkan diorang lebih arif pasal kesakitan daripada orang lain,daripada gua.jadi biar la..biar la diorang meratap merintih tentang sakit sendiri kerana seolah-olahnya diorang la yang lebih sengsara dalam dunia nih berbanding dengan sesiapa pon..hanya kalo diorang cuba pikir dan pedulikan perasaan orang lain sama,cuba ingat tentang orang lain,baru diorang sedar mungkin orang lain dah lalui benda yang jauh lebih dahsyat dan menyakitkan daripada diorang tapi diorang tanpa sensitif langsung membesar-besarkan tentang diri diorang sendiri.hanya kalo diorang nak pikirkan sama pasal orang lain dan tak pikir pasal diri sendiri semata-mata,mungkin diorang insaf untuk merungut lebih-lebih tentang kesusahan yang diorang alami sebab ada orang yang dah alami kesusahan yang lebih teruk daripada tuh.kalo diorang nak pikir macam tuh baru diorang akan rasa lebih bertimbang-rasa sebelom nak merungut dan merintih tentang diri sendiri apalagi depan orang lain yang tengah sengsara dan mungkin lebih sengsara daripada diorang.juz pikir pasal orang lain,pasal perasaan orang lain,daripada nampak dan pikir tentang perasaan dan diri sendiri semata-mata.tapi kebenarannya,setakat mana kita ambik berat dan sensitif dengan perasaan orang lain bila kita selalunya hanya nampak perasaan kita sendiri?....hanya kalo kita nak pikir dan tanya balik pada diri kita....
tentang diri gua nih..apa pon yang berlaku,gua akan hadapi jugak dan kalo kata gua tak cukup kekuatan,gua akan cari jalan jugak untuk dapatkan kekuatan.bagi gua,memang itu satu-satunya pilihan dan sebab tuh gua tak pikir banyak dalam soal nih kerana pilihannya memang dah terang lagi jelas.kehidupan tak pernah berhenti..yang berhenti cuma manusia..gua suka ke,tak suka ke,memang gua kena hidup jugak..jadi lagi baik buat-buat je macam suka..cari la pape yang kita suka dan kalo tak hepi pon,cari la pape yang boleh buat kita hepi dan buat-buat la hepi..macam gua..gua hepi bila layan lagu,bila pekena neskefe panas kaw-kaw dan berjaga malam-malam buat pape yang mengisi masa gua dan gua ringkaskan saje itulah ‘kebahagiaan’ bagi gua..tapi,juz ingat something..hanya kerana someone nampak acuh tak acuh,tak bermakna diorang tak ambik-peduli apa yang berlaku kat sekeliling..hanya sebab someone nampak selamba,cool,wat bodoh,tak bermakna diorang tak paham dan kurang pengalaman..kengkadang,kita hanya akan sampai pada satu peringkat bila kita dah malas nak cite panjang dan cakap banyak-banyak..

Tiada ulasan: