Ahad, Disember 17, 2006

KAWAN:-Antara Nyata & Kata-kata

kawan..gua tertanya-tanya apa sebenarnya pengertian kawan tuh..patut ke gua gelar orang yang give up pada gua dengan mudah sebagai kawan?entah laa..mengaku kawan memang mudah..sana-sini orang sebut pasal kawan,declare diri sendiri sebagai kawan kepada seseorang yang lain.tapi cukup ke tuh?kawan berlandaskan nama..kawan berlandaskan kata-kata..madah di sana-sini..semua indah didengar melambangkan pengertian kawan..persahabatan itu ini..tapi kat situ ke letak pengertian kawan..pengertian cinta..pengertian kasih-sayang?dulu..lama dulu..mungkin masa umur gua 13 taun gua pon pernah jadi manusia-manusia yang suka gunakan petikan madah-madah kata bidalan tuh untuk menggambarkan sesuatu..sahabat adalah bla bla bla..tapi tak lama..tak lama sebelom gua sedar yang sebenarnya takde pape pada semua tuh.tak bermakna pape.ayat yang memang sedap didengar..tapi pengertian kawan tak diukur dalam definasi dan ayat-ayat indah dalam madah-madah tuh..semuanya hanya perumpamaan..dan perumpamaan tuh memang pada dasarnya digubah supaya menjadi cukup indah didengar..dan semata-mata mengucapkan semua tuh tak menjadikan kita seorang kawan..
gua tak cari semua tuh..gua cari something yang nyata..something yang nyata tak datang dalam bentuk kata-kata.’action speaks louder than words’..buktikan dengan perlakuan..buktikan dengan hasil..kata-kata melangit ngalahkan a.samad said pon takde gunanya.gua realistik..gua berpijak di bumi yang nyata..samaada lu kawan gua atau lu nobody dalam life gua..mungkin gua harsh,mungkin gua terlalu tertutup.mungkin gua terlalu keras dan fix dalam menilai tentang kawan..tapi gua tak tau camane nak takrifkan seseorang yang tak wujud dalam life gua,tak lalui turun naik idup gua sama-sama ngan gua,yang tak faham dan tak wat gua selesa,yang takleh gua arapkan bila gua kesusahan,yang bukan ‘milik’ gua bila gua tak rase berhak untuk cari saat gua betul-betul perlukan,sebagai kawan gua.kenalan..gua ramai kenalan.dan sedingin mana pon mungkin kedengaran,sejujurnya diorang tak membawa sebarang makna dalam idup gua..ada atau takde,takkan mendatangkan sebarang kesan dalam idup gua.takde pape yang berubah.gua tak rasa kehilangan pape..kerana,asasnya gua tak pernah rasa kewujudan maka logiknya camane patut gua rasa kehilangan.perkaitan yang ada tuh terlalu cetek..perkaitan yang ada hanya dari satu segi daripada banyak-banyak segi..kenalan kolej..kenalan sekolah..perkaitannya bagi gua hanya dari segi urusan di satu-satu tempat..kaitannya cuma kitorang belajar di tempat yang sama dan malah selagi takde sebarang urusan yang menghubungkan gua ngan diorang maka diorang invisible di mata gua.gua tak nampak..teruk ke gua?jahat ke gua?tak reti menghargai,tak reti menilai makna kawan?kalo macam tuh maka maafkan la manusia yang tak reti menghargai dan menilai nih..cuma..gua tak perlu nak berpura-pura.ramah pada orang yang gua tak rasa nak ramah..tak perlu nak paksa diri..cuba menyesuaikan diri ngan orang yang memang tak sesuai..tak perlu nak jaga hati..sengih-sengih bersopan saat gua rasa seseorang tuh membosankan gua..gua hanya manusia yang sangat direct dan jujur dengan perasaan gua.nape nak menolak kenyataan?kita manusia..memang fitrah kita tak diciptakan untuk suka pada semua orang..dan tak suka tak bermakna benci.tak semua orang serasi untuk jadi kawan kita tapi tak serasi tak bermakna musuh..manusia tak sempurna..tak semua orang boleh terima cara kita dan boleh faham kita..pendapat manusia berbeza-beza..dan kerana tuh gua rasa kenapa nak memaksa diri?apa tujuan berkawan?gua berkawan adalah untuk memberi keselesaan pada diri gua..gua bukan ‘baik’,’mulia’..gua bukan nak wat amal kebajikan nak menjadi insan mithali yang berbakti pada semua orang dengan mengorbankan perasaan sendiri.gua nak berkawan..bukan nak tunjuk kemuliaan gua.kalo memang tak sehaluan,tak sekepala,tak sependapat dalam segala hal,kenapa nak go through so many trouble cuba paksa semata-mata nak buktikan kita kawan yang boleh bertolak-ansur dan tak memilih kawan?rules nya..respek each other..kita takleh nak paksa orang untuk menilai sesuatu sepertimana yang kita nilaikan..dan kalo penilaian dan pendapat seseorang tak sama dengan kita maka kita perlu hormat diorang ngan cara diorang..gua bukan complicated.gua cuma memudahkan urusan.bila kita kenal someone seperti kita kenal diri sendiri dan kita selesa ngan diorang seperti kita selesa ngan diri sendiri,itu bagi something yang betol-betol bermakna.secara jujurnya..secara ikhlasnya..mereka-mereka yang ‘baik’ yang rajin forward-forward email persahabatan,yang sanggup forward mesej ‘jika anda anggap orang ni sebagai kawan’ ke merata-rata orang..sanggup ke diorang pinjamkan duit kalo gua kesempitan duit?sanggup ke diorang tinggalkan urusan diorang yang berlambak bila gua betol-betol terdesak perlukan perhatian kawan?sanggup ke diorang korbankan masa,tenaga dan wang ringgit diorang demi gua?sanggup ke jaga gua kalo gua sakit?sanggup ke kutip gua balik kalo gua terjerumus ke lembah kotor dan terhina bilamana satu dunia dah putus harapan dan reject gua terus?sanggup ke menangis untuk gua,menangis dengan gua,menangis kerana gua?tolak tepi segala madah pujangga kata-kata kiasan manis mulut..jujur sejujur-jujurnya cuba jawab semua soklan tuh dengan seikhlas hati.jawab pada diri sendiri..bukan pada orang lain..dan sebab tuh la gua taknah layan forward-forward email..gua taknah respon pada mesej ‘kawan’ nih..tak perlu buat semua tuh.kalo betol hati gua ikhlas,forward email tuh tak perlu jadi bukti keikhlasan gua.to hell with dat!ia tak bermakna pada gua dan tak bermakna untuk gua buat.how stupid layan semua tuh..sayang dengan hati..ikhlas dengan hati..kalo betol-betol memang segalanya datang dari hati,tak perlu semua benda remeh-temeh tuh..kalo betol gua memang kawan yang ikhlas,biar masa yang buktikan.bila kita betol-betol menjadi kawan pada seseorang kita tak rasa perlunya wat semua tuh..setidak-tidaknya bagi gua..
kawan yang ingin gua jadi bila gua declarekan diri gua sebagai kawan pada seseorang..kawan yang sejati yang sanggup berada di sisi kawan yang memerlukan gua..kawan sejati yang takkan berkira dan sanggup habiskan masa,tenaga,wang ringgit gua untuk kawan..kawan sejati yang sanggup tinggalkan urusan kerja dan segala-galanya bila betol-betol perhatian gua diperlukan oleh orang yang gua namakan sebagai kawan gua..kawan sejati yang takkan sekali-kali berputus asa pada kawan gua walaupun saat segala harapan dah habis dalam dunia nih.kalo orang kata kawan gua jahat,dan memang kawan gua buat jahat,maka gua dengan segala kudrat iradat yang ada dalam jiwa gua akan tetap percaya ada kebaikan dalam diri kawan gua dan walaupon gua terpaksa bergelut bersusah-payah gua akan tetap selamatkan kawan gua tuh..selagi ada nyawa dikandung badan gua takkan biar kawan gua tenggelam dan hanyut..walau gua sendiri takde harapan,gua masih akan terus berharap pada kawan gua dan berpegang pada apa yang gua percaya ada dalam diri dia sekalipon gua sendiri yang akan dibuang dan dihina seisi dunia..itu kawan dalam kamus hidup gua..kawan yang ingin gua jadi bila mengaku diri gua kawan..bukan kawan secara kiasan,kawan secara bidalan,secara retorik dan perumpamaannya..dan jugak..walaupon bunyinya keras tapi kalo bukan itu yang dimaksudkan bila sebut ‘kawan’ maka takyah la buang masa mengaku sebagai kawan gua..bagi gua ‘kawan’ perlu dibuktikan dengan perbuatan,bukan dengan perkataan..perkataan tak membawa makna bagi gua..perkataan tetap perkataan semata-mata..perkataan bukan ukuran apa-apa.simpan saja perkataan best-best tuh untuk wat karangan atau artikel..bagi gua..gua perlukan something yang nyata..gua takmo dengar ayat-ayat merepek jiwang karat sentimental yang berkebuk-kebuk..takde maknanya..tunjukkan gua sesuatu yang boleh gua pegang dan jadikan sandaran..biar apa yang kita buat jadi bukti pada apa yang ada dalam diri kita..and words are only words beb..no hard feelings..
'Now it seems to me
That you know just what to say
Words are only words
Can you show me something else..'

1 ulasan:

ardzmarn berkata...

hmm ... citer tentang kwn kwn ek...
gua bagi lu baca msg gua...
nama gua hati dan nama dia cinta...

hati: patutkah hati sentiasa sering untuk teringat akan cinta?..noktah untuk tidak dan koma untuk ya..
(tiada balasan... lama)
hati: hmm.. diammu ku anggapkan noktah.
(besoknya.. malam...)
cinta: anak adam ini tidak diam.
hati: kenapa anak adam itu tidak diam..
cinta: kau kata diamku kau anggap noktah..aku kata aku tak diam..kataku lagi aku tak diam tak bermaksud koma..

aku terdiam ... pas tu aku senyum... suka mungkin...
heh..