(...........,)
Setiapkali aku tulis surat pada kau, aku sebenarnya tak tau kenapa, untuk apa dan apa sebenarnya yang aku mahu. Aku sering hilang kata-kata macammana nak memulakan setiap surat dan percayalah, aku sendiri tak tau apa tujuan aku buat semua ni.
Aku perlukan teman.. Ya, itu memang realiti yang aku percaya kau sendiri cukup tahu tentangnya. Entahlah, dalam dunia ni semudahnya kita ketawa, kita riang, tapi hakikatnya takde sape yang akan tau kekosongan dan kekurangan yang terselindung jauh dalam hati. Semuanya terpendam seolah-olah satu rahsia yang terlalu peribadi.
(...........,) Sememangnya semua orang ada rahsia masing-masing dalam hati tapi ada ketikanya diam-diam aku berharap ada orang yang boleh berkongsi sama rahsia tu. Mungkin aku pada dasarnya bukan orang yang mudah terbuka bila menyentuh tentang perasaan dan kerap kalinya aku tak mahu ada sesiapapun yang melihat saat-saat aku berada dalam keadaan yang lemah tapi kadang-kadang, aku juga harap ada seseorang yang mampu nampak segala kesakitan yang aku alami.
Memang susah nak tafsir kehendak manusia yang sebenar. Mereka bencikan sesuatu namun ada masanya, mereka mahukan apa yang mereka benci itu. Sukar nak diteka, nak diramal.. Itulah naluri misteri manusia. Aku ingin kau tau tapi aku tak mahu kau tau. Ada sesuatu yang nak aku luahkan tapi sesuatu itu adalah apa yang aku tak nak luahkan. Semuanya berbelit-belit.... Mampu ke kau nampak semua tu dengan hanya melihat ke dalam mata aku?
(...........,)
Dalam hidup ni, aku tak pernah mimpikan apa-apa tapi sebagai manusia kadang-kadang harapan tu datang sendiri. Dan harganya, aku akan kecewa andai harapan tu tak kesampaian. Aku rasa sakit, rasa diperbodohkan. Tapi aku tahu aku tak boleh salahkan sesiapa. Semua tu silap aku sendiri.
Aku seboleh-bolehnya tak mahu ada orang yang terlalu hampir dengan aku. Aku tak suka menyembunyikan apa-apa tapi ada sesetengah perkara yang perlu menjadi milik peribadi aku sendiri. Soal perasaan, soal jiwa dan apa yang bergolak dalam diri aku atas segala-gala yang berlaku adalah hak aku yang tak perlu dijelaskan pada sesiapa. Aku tak mahu ada orang yang tanya kerana aku tak suka bicarakan pasal semua tu.
Sesungguhnya, aku kenal ramai orang tapi tak ramai yang kenal siapa diri aku. Soalan dan jawapan takkan cukup untuk mencari kebenaran, sebaliknya hanya pengertian dan penghayatanlah yang akan membawa kau ke dunia aku. Hanya itu tapi itulah yang paling susah nak dilakukan. Setakat ini, hanya kaulah satu-satunya yang mampu berikan semua tu pada aku.
(...........,) Aku tau banyak soalan yang nak kau tanya terutamanya tentang surat ini. Siapa sebenarnya pemiliknya dan siapa penulisnya. Tapi, aku rasa aku tak perlu jawab semua tu sebab hanya tuan punya surat ini yang ada segala jawapan. Hanya pemiliknya saja yang akan kenal siapa sebenarnya yang mengirimkan surat ini........
-AKU-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan