Khamis, September 14, 2006

Jiwa Kosong

Tutupkan mulutmu
Aku enggan mendengar suaramu
Tutupkan telingamu
Kerana aku jua enggan
Kau mendengar suaraku
Berpalinglah dan pergilah
Jangan melihat aku
Dan aku tak mahu
Melihatmu lagi

Ketahuilah....
Aku rela merana
Dari membiar kau
Melihat hati ini
Dan perasaan ini
Adalah milikku sendiri
Jangan dicampuri
Dan jangan cuba untuk menilai
Kerana sampai matipun
Tak ku izinkan sesiapa
Menyentuh peribadiku ini

Rahsia hidupku
Lebih berharga dari nyawa
Jiwa di dalamku
Bukan untuk kau selaminya
Dan hanya aku yang berhak
Memahami sejarahku
Hingga sesudah mati
Kau tak patut tahu
Apa yang terpendam
Terkunci di nurani ini

Jangan cuba bertanya
Jangan cuba mencari sebabnya
Kerana aku tiada alasan
Untuk menyimpan rasa ini
Dan aku memang begini
Dari azali

Apapun yang terjadi
Aku kan tetap begini
Terus diam
Diam dan diam....
Tanpa bicara....

Tiada ulasan: