sesaje gatal nak selit artikel merangkap esaimen hasil tulisan yang empunyerr diri..
Penyampaian sesuatu berita yang diambil kira dari segi format kandungan dan persembahan dianggap paling berjaya apabila ia mampu membawa penonton untuk sama-sama berfikir selain daripada objektif asalnya iaitu memberikan maklumat dan pengetahuan secara general. Sekiranya kedudukan berita di negara ini dinilai dari sudut tersebut, saya berpendapat bahawa kita masih jauh ketinggalan malah begitu banyak perubahan yang mesti dilakukan bagi mencapai objektif tersebut.
Apabila menyentuh soal format kandungan, ternyata fokus berita kita masih terlalu terbatas dan terhad pada sesuatu lingkungan sahaja yang mana ia seolah-olah membataskan pengetahuan dan pemikiran rakyat. Dari segi penyampaian maklumat, mungkin ia masih boleh diterima tetapi fungsi berita boleh dikatakan terhad setakat itu sahaja. Kita memberikan maklumat dengan tujuan memaklumkan semata-mata tetapi tidak membawa penonton atau pembaca untuk mendalami sesuatu isu itu dengan lebih mendalam dan meluas. Saya mengatakan begini kerana isi kandungan berita hanya tertumpu pada sesuatu kejadian yang berlaku dengan menceritakannya secara umum tetapi ia tidak dikupas dengan lebih lanjut untuk difahami dan difikirkan tentang apa yang tersirat di sebalik setiap isu.
Kita seolah-olah menetapkan masyarakat untuk melihat perkara pada tahap tertentu sahaja tanpa perlu berfikir lebih jauh dan menilai sesuatu itu secara lebih bijak dan kritikal. Media sentiasa mengambil pendekatan mudah yang dianggap paling selamat untuk menjauhkan kontroversi dan tidak meransang rakyat untuk mempertikaikan sesuatu perkara yang seringkali dilindungi dengan alasan ‘menjaga keamanan negara’. Hal ini tidak ubah seperti merendah-rendahkan mentaliti rakyat dan menyekat mereka daripada berfikir di luar lingkungan yang telah sekian lama tertutup.
Sesetengah berita yang kadang-kadang terlalu mengangkat seseorang dan merendahkan pihak yang satu lagi adakalanya agak lucu apabila difikirkan bahawa kita berada di zaman yang serba moden dan canggih ini. Media tidak salah saya katakan pada sesetengah keadaan menganggap bahawa penonton mereka adalah bodoh dan sikap berat sebelah yang tidak sepatutnya diamalkan oleh pihak media nampak terlalu ketara hingga jelas betapa kredibiliti sesuatu berita itu boleh dipertikai dan dipersoalkan. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak disedari oleh banyak pihak terutamanya mereka yang agak terhad pengetahuan dan pendidikannya maka golongan seperti ini terus dipukau dan didodoikan oleh pihak media. Ini jelas menunjukkan betapa media seperti sengaja menyekat minda mereka untuk berfikir dengan satu cara sahaja dan menerima bulat-bulat segala perkara tanpa menilai sebarang kekurangan atau kelemahan sesuatu perkara itu dengan lebih terbuka.
Dalam sesetengah keadaan, media juga gemar mensensasikan sesuatu isu hingga ia menjadi begitu besar sedangkan isu tersebut bukanlah masalah utama yang perlu dicanangkan kepada rakyat. Mereka mementingkan sensasi dan populariti tetapi mengetepikan soal ilmiah dan pendidikan. Kita perlu ingat bahawa media adalah satu medium yang sekiranya digunakan dengan baik mampu mendidik masyarakat tetapi persoalannya, benarkah media menggunakan fungsi itu dengan cara yang sebaiknya?
Keikhlasan media terhadap masyarakat di dalam melaksanakan peranan mereka yang sebenar agak rapuh. Secara realistiknya, memang segala perkara hari ini berkisar tentang perniagaan dan apabila bercakap soal perniagaan tentulah ia melibatkan pendapatan dan keuntungan. Apa yang saya lihat di sini, media hari ini lebih mengutamakan soal keuntungan dan meletakkan soal mendidik masyarakat pada kedudukan yang terkebawah. Rata-rata apa yang lebih dititik-beratkan adalah penampilan penyampai berita hingga kadang-kala imej menarik yang dilihat pada mereka mengatasi kualiti berita itu sendiri. Media juga kadang-kadang menggambarkan diri mereka sebagai alat untuk kepentingan sesetengah pihak yang mungkin secara lebih terus-terang saya katakan suka mengampu-ampu hingga agak jelak dilihat pada sesetengah keadaan.
Skop dan perspektif isu juga boleh dianggap ‘streotype’ dan mendatar. Mungkin ini berkait rapat dengan budaya masyarakat kita sendiri yang mudah selesa dengan sesuatu keadaan tanpa cuba untuk merubah dan mencari pembaharuan. Apa yang disampaikan adalah perkara sama yang berulang-ulang dari dulu hingga sekarang. Kita melihat sesuatu isu itu dari satu sudut sahaja dan selama berpuluh-puluh tahun, kita membataskan perspektif kita pada sudut itu semata-mata dan ia tidak berkembang seiring dengan peredaran zaman. Kita rasa selesa dengan suatu cara penulisan dan tidak cuba lari dari kebiasaan untuk menulis dari pandangan lain. Dalam soal ini, sudah jelas usaha untuk mewujudkan masyarakat yang benar-benar berfikir agak mustahil dilaksanakan apabila wartawan itu sendiri kebanyakannya terdiri dari golongan yang malas berfikir dan tidak berusaha memperluaskan pandangan mereka.
Saya menganggap media tidak peka dengan peredaran zaman di mana sudah banyak generasi berpendidikan dan berfikiran luas lahir pada hari ini yang mengharapkan lebih dari itu apabila menonton berita. Penyampaian berita yang selamat dan ala kadar serta cara kupasan isu yang terbatas dan ‘streotype’ hanya akan mengikis kewibawaan media dan wartawan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka. Kandungan dan persembahan berita yang terlalu sempit itu sudah tidak relevan dengan corak kehidupan moden kerana ia hanya membayangkan masyarakat yang sempit fikiran justeru media perlu mencorakkan satu perubahan pada persembahan mereka agar tidak terus berada di takuk lama dan lambat-laun mengundang rasa bosan rakyat.
Untuk keluar dari situasi ini, pihak media haruslah mengambil langkah yang panjang bagi melakukan perubahan ke atas cara pembentukan format kandungan dan persembahan berita mereka. Mereka harus menilai kehendak rakyat masakini dan memahami mentaliti mereka sesuai dengan perkembangan zaman. Satu penilaian yang menyeluruh perlu dibuat bagi mengkaji kembali perkara ini.
Pada pendapat saya, langkah utama yang perlu diambil oleh pihak media dan wartawan adalah merubah mentaliti mereka sendiri terlebih dahulu sebelum mereka dapat mengatasi kelemahan yang lain-lainnya. Sikap ambil-mudah, selesa berada di takuk yang lama dengan menganggap bahawa masyarakat masih hidup di zaman lampau adalah sikap yang negatif yang hanya akan mengunci mereka daripada meningkat maju. Media perlu jelas bahawa masyarakat hari ini sudah lebih bijak dan matang dalam menilai jadi kandungan berita mereka perlu ditingkatkan agar selari dengan tahap pemikiran masyarakat.
Media tidak boleh leka. Selama ini ramai yang memandang rendah pada rakyat dengan cuba menghadkan pengetahuan mereka pada apa yang dirasakan paling selamat dan menyenangkan sedangkan rakyat berhak tahu lebih dari itu untuk membenarkan mereka melihat lebih jauh dan luas. Tanggapan seperti ini di dalam masa yang sama turut merendahkan prestasi wartawan kerana mereka hanya akan melakukan kerja dengan cukup syarat tanpa perlu banyak berfikir dan mencabar kemampuan mereka sendiri bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tinggi dan sukar. Hanya dengan menghormati penonton dan memandang tinggi pada mereka membolehkan wartawan melakukan kerja secara lebih serius agar mutu kerja mereka menyaingi kebijaksanaan penonton.
Isi kandungan berita yang ditulis dan dikupas perlu dipertingkatkan agar ia tidak hanya menyampaikan maklumat umum tetapi mampu membuatkan masyarakat berfikir tentang segala baik-buruk serta implikasi sesuatu perkara kepada mereka. Ini boleh dilaksanakan sekiranya wartawan mahu menajamkan minda mereka agar menulis dengan lebih bijak dan terbuka di samping menyediakan bahan yang boleh membangkitkan kesedaran masyarakat tetapi di dalam masa yang sama masih menarik dan memancing minat penonton.
Membuat masyarakat berfikir tidak semestinya terhad dengan cara yang serius dan formal sebaliknya media dan wartawan harus bijak menggunakan pendekatan yang paling berkesan agar mesej dapat disampaikan dengan baik dan mampu memujuk penonton menilai sesuatu perkara dengan cara yang halus dan berhemah. Hal ini berbalik kepada soal kebijaksanaan media membaca dan memahami jiwa masyarakat. Mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik perkembangan semasa baik dari segi mentaliti atau kehendak masyarakat dan perlu sentiasa berubah mengikut keadaan terkini. Justeru itu, media mesti peka dan jangan terikat dengan satu corak persembahan sahaja dan mengandaikan ia relevan untuk selama-lamanya.
Idea-idea yang segar dan baru lahir dari generasi yang lebih berkembang dan terkini mentalitinya. Ini tidak hanya berkisar soal usia tetapi wartawan itu sendiri haruslah menjadi pihak yang sentiasa terbuka dengan perubahan dan tidak mudah menolak idea baru dengan mentah. Memang terdapat risiko apabila cuba mengetengahkan sesuatu pembaharuan dan perubahan kerana ia belum tentu dapat diterima ramai tetapi salah-satu sikap yang bagus di dalam memajukan diri sendiri adalah keberanian untuk mengambil risiko. Bersikap terlalu berhati-hati hingga takut untuk cuba lari dari kebiasaan akan menyempitkan langkah dan menghalang perkembangan seseorang. Kerana itu, media harus sentiasa mendapatkan idea-idea terkini dari tenaga kerja yang bernas dan segar dan tidak perlu takut mencuba pendekatan yang belum ada baik dari segi persembahan atau format kandungan supaya mencipta kelainan. Tidak hanya mampu menerbitkan rancangan yang berilmiah tetapi yang penting adalah kreativiti tenaga kerja bagi memastikan mesej yang ada dapat disalurkan dengan tersirat tanpa membosankan penonton dan terlalu berat untuk diikuti.
Kupasan isu juga tidak harus terlalu cetek. Media perlu berani dalam hal ini walaupun mendapat tekanan dari banyak pihak. Saya tidak menyarankan media menjadi kurang ajar atau menyampaikan berita mengikut kemahuan tanpa menjaga sensitiviti sesiapa langsung tetapi biarlah kupasan itu lebih telus dan terperinci dengan sentiasa ada kajian susulan agar sesuatu permasalahan itu ditekankan oleh media hingga betul-betul selesai, bukan semata-mata mensensasikan berita pada masa isu sedang memuncak dan seterusnya dilenyapkan begitu sahaja apabila keadaan reda tanpa mendapat sebarang kesimpulan dan penyelesaian mutlak.
Bagi membolehkan media membuat liputan secara lebih mendalam dan telus, ia perlu menyeluruh dan adil maka media seharusnya benar-benar dapat bebas dari kekangan sesetengah pihak yang mahu membentuk kandungan media mengikut acuan mereka sendiri. Media perlu bersikap neutral bagi membenarkan masyarakat membuat penilaian yang terbuka tanpa cuba mempengaruhi pemikiran mereka hingga tidak memberi ruang langsung untuk mereka memperluaskan perspektif dan pandangan masing-masing.
Saya tidak menolak akan kepentingan menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat tetapi alasan itu adakalanya agak kebudak-budakan apabila masyarakat dihalang untuk berfikir dan melihat kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat sedangkan itu adalah realiti yang benar-benar wujud. Media tidak perlu takut mempertikaikan sesuatu perkara atau membangkitkan sesetengah isu yang dianggap sensitif untuk menyedarkan rakyat dan berbuat demikian bukan bermakna biadap atau cuba menghasut sebaliknya membuka minda rakyat agar tidak terlalu leka dengan keselesaan yang ada.
Setiap isu yang dilaporkan pihak media mesti lebih luas dan terbuka. Corak persembahan yang ‘streotype’ perlu diubah dan diperbaharui. Wartawan perlu lebih kreatif dan bijak dalam memperbincangkan sesuatu isu bagi mencari perspektif yang pelbagai untuk membuat liputan yang lebih berkesan dan menarik. Kita tidak boleh membataskan pemikiran dengan satu corak sahaja sebaliknya berusaha mendapatkan pandangan yang lebih luas dan perlu lari dari kebiasaan. Ini bagi mengelakkan cara penyampaian ‘standard’ yang sama untuk segala isu seolah-olah sudah tidak ada cara lain bagi melihat sesuatu isu yang berlaku. Wartawan perlu memecahkan ‘streotype’ yang ada dengan meningkatkan kreativiti mereka untuk menghasilkan suatu liputan dari sudut yang berbeza dan baru serta tidak berfikiran cetek kerana terdapat banyak cara dan perspektif dengan bermacam-macam pendekatan yang boleh digunakan untuk menyediakan berita, bukan dengan mengulang benda yang sama yang hanya berbeza dari segi kandungan untuk beratus kali.
Demi merealisasikan harapan bagi mewujudkan masyarakat yang tahu berfikir dan bijak, segala perubahan yang saya sebutkan itu perlulah dilaksanakan segera. Walaubagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesetengah pihak sahaja di dalam hal ini apabila begitu sedikit perubahan yang dapat dibuat kerana terdapat terlalu banyak faktor yang menghalang kepada perubahan corak penyampaian berita di negara ini.
Tidak salah jika saya katakan bahawa halangan yang cukup besar untuk membebaskan media dari ‘streotype’ adalah kekangan yang kuat terhadap media oleh pihak kerajaan. Disebabkan kekangan yang wujud menjadikan media terlalu berhati-hati di dalam penyampaian berita mereka agar tidak mengundang kemarahan pihak berkuasa. Terdapat begitu banyak akta dan undang-undang yang membataskan cangkuman berita hingga pihak media kadang-kala tidak dapat mengupas sesuatu isu itu dengan betul-betul mendalam kerana terpaksa patuh kepada segala peraturan penyiaran dan percetakan yang telah ditetapkan.
Undang-undang dan kawalan terhadap bahan berita dikuatkuasakan atas alasan tertentu demi menjaga keamanan rakyat tetapi segala kekangan ini di dalam masa yang sama sebenarnya turut menyekat perkembangan dan kemajuan media di dalam menghasilkan berita yang benar-benar terbuka dan berkualiti. Hak bersuara sepenuhnya harus diberikan kepada media dan pihak kerajaan sewajarnya sekadar memantau dan mengambil tindakan sekiranya sesuatu berita itu terlalu melampau dan benar-benar merbahaya sahaja.
Campur-tangan kerajaan di dalam media adalah di antara punca kenapa cakupan berita untuk media agak terbatas. Secara peribadi saya rasakan kita terlalu berhati-hati dan takut di dalam segala hal hingga menjadi sempit dan tertutup. Malah tidak salah jika saya katakan masyarakat kita terlalu dimanja dan diperanakkan bila minda mereka sering disogok dengan segala keselesaan dan kebaikan hingga perhatian mereka terhadap setiap keburukan yang sebenarnya yang masih banyak wujud dialihkan terus. Sekiranya tidak henti-henti mendodoi mereka dengan segala pencapaian yang terlalu sedikit dibandingkan dengan negara maju itu, sampai bilakah baru rakyat sedar tentang realiti dan melihat begitu banyak lagi kekurangan kita yang perlu diperbaiki?
Kekangan dan kawalan yang menyekat kebebasan media secara halus juga sama seperti menyekat kebebasan rakyat untuk berfikir. Menafikan segala keburukan dan kepincangan dengan memberitahu berita yang selamat dan baik-baik sahaja tentang negara tidak akan membantu masyarakat menjadi lebih bijak dan matang sebaliknya menghalang mereka. Perkara ini adalah antara sebab kenapa perubahan tidak berlaku baik kepada persembahan berita malah juga kepada mentaliti rakyat secara keseluruhannya. Apa juga isu yang menyentuh tentang kelemahan atau kepincangan di dalam masyarakat dihalang daripada dikupas malah terdapat begitu banyak perkara yang tidak boleh diketengahkan disebabkan pelbagai tekanan dan kawalan hingga begitu sedikit sahaja skop liputan yang boleh dibuat demi mematuhi segala sekatan.
Walaubagaimanapun, hatta tanpa kekangan dan campur-tangan kerajaan juga tidak berjaya merubah apa-apa sekiranya kualiti kerja para wartawan sendiri rendah dan memalukan. Banyak wartawan yang wujud hari ini tergolong dalam wartawan yang cukup makan di mana mereka tidak cuba untuk membuat sesuatu yang benar-benar mencabar dan menguji kemampuan sebaliknya melakukan kerja dengan sikap yang cepat berpuas hati. Mereka kadang-kadang atau mungkin memang menjadi kebiasaan meniru bulat-bulat cara penyampaian berita yang sama dan tidak cuba merubah cara mereka melihat dan menilai sesuatu isu.
Dengan prestasi yang sebegini, walau kerajaan tidak memantau langsung hasil kerja pihak media sekalipun tidak akan membantu kepada sebarang perubahan. Justeru, sikap dan corak bekerja wartawan dan media itu sendiri sebenarnya menentukan kenapa penyampaian berita kita tidak dapat meningkat maju. Wartawan yang tidak bermutu dan kreatif serta ‘streotype’ tidak akan menghasilkan format kandungan dan persembahan berita yang berbeza dan mampu memperlihatkan peningkatan di dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bijak berfikir.
Secara logiknya, bagaimana untuk melihat sebarang perubahan sekiranya wartawan itu sendiri tidak dapat mempelbagaikan idea dan persembahan mereka untuk disajikan kepada rakyat. Perkara ini berlaku apabila wartawan yang dilahirkan oleh pihak media itu terlalu terhad kemampuannya dan gagal membawa kelainan. Tetapi tidak adil juga untuk membuat kenyataan ini secara mutlak kerana terdapat juga wartawan generasi muda yang kaya dengan pelbagai idea baru dan segar cuma langkah mereka agak terbatas kerana tidak semua pihak berani menerima idea baru malah sikap ego sesetengah pihak atasan di dalam organisasi media sering menganggap mereka lebih berpengalaman lalu betah menolak idea-idea baru ini dengan mentah.
Pokok-pangkalnya, segala perubahan secara keseluruhan adalah bergantung kepada masyarakat juga pada akhirnya. Sekiranya benar masyarakat terbuka dan mahukan perubahan, maka pihak media malah kerajaan juga lambat-laun akan akur kepada permintaan yang wujud. Apa yang menjadi masalahnya adalah rakyat sendiri tidak mempunyai sikap positif yang mahu memajukan diri dan membuka minda mereka. Mereka menerima bulat-bulat apa sahaja yang disampaikan tanpa cuba berfikir secara kritikal dan tidak ramai pihak yang benar-benar berani untuk mendesak kepada satu perubahan yang lebih memanfaatkan mereka. Kesedaran mereka tidak ada dan bergantung sepenuhnya kepada media untuk membantu memilih apa yang harus difikir dan dilaksanakan adalah terlalu lemah dan realitinya ini adalah sikap kebanyakan masyarakat kita. Mereka terlalu bergantung kepada orang lain sehinggakan adakalanya keperluan sendiri juga perlu ditentukan oleh orang lain sedangkan pihak media dan kerajaan sebenarnya adalah orang yang memberi perkhidmatan dan kita sendiri menentukan kehendak dan permintaan tetapi hal sebaliknya pula berlaku di mana masyarakat memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak media dan kerajaan untuk menetapkan apa yang harus mereka mahu tanpa mahu bertindak untuk menggunakan hak mereka sendiri.
Menyentuh soal sikap juga, terdapat terlalu banyak golongan masyarakat yang tidak mahu berubah langsung. Apabila disajikan perkara yang baru dan berbeza yang belum pernah dilihat, mereka cepat melatah dan mudah menolak mentah-mentah tanpa terlebih-dahulu memberi peluang kepada sesuatu perubahan itu. Apa sahaja yang tidak mengikut kebiasaan terus disangkal seolah-olah semua perubahan itu memudaratkan sedangkan mereka tidak cuba membuka pemikiran untuk menilai rasional dan praktikal di sebalik apa yang mereka lihat. Terlalu mudah membuat kesimpulan dan menolak perubahan menyaksikan kenapa kita gagal berubah dan sentiasa saja berada pada takuk lama.
Sensitif yang tidak bertempat dan mudah rasa terancam menghalang penyampaian berita dan isu yang lebih mendalam kerana masyarakat kita begitu mudah tersinggung dan mengambil sesuatu perkara itu secara peribadi dan emosional. Mungkin hal ini jugalah sebenarnya yang membuatkan kenapa media terlalu berhati-hati hingga tidak berani pergi lebih jauh daripada likungan luaran suatu isu dan kerajaan juga mengambil jalan selamat dengan mengenakan pelbagai undang-undang dan kawalan demi memastikan hasil berita memuaskan hati semua pihak dan tidak menyinggung perasaan sesiapa. Ternyata rata-rata masyarakat kita lebih senang untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan lebih suka didodoi dengan segala kata-kata pujian daripada menerima kebenaran yang sebenarnya berlangsung di dalam kehidupan harian masyarakat agar mereka tidak akan rasa terancam atau tergugat.
Setiap satu daripada faktor ini adalah saling berkaitan di antara mereka dan akan sentiasa mempengaruhi satu sama lain. Justeru, semua pihak yang terlibat sebenarnya perlu merubah mentaliti dan cara mereka agar satu pembaharuan dapat dicapai di dalam menentukan corak persembahan berita yang mana hal ini seterusnya membawa kepada perubahan rakyat secara keseluruhan agar kita dapat seiring dengan zaman dan menjadi masyarakat yang lebih bijak dan berkualiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan