rock ke gua?soklan yang gua rasa subjektif sangat..cmane nak nilai samaada someone tuh rocker atau bukan?apa yang gua tau,jiwa gua,minat gua,memang terarah ke situ..ataupun gua rasa lebih tepat,metal..gua pun tak tau nak cakap gua nih boleh diketegerikan sebagai rocker/metaller..yang pasti,gua jumpa keserasian dalam muzik yang berentak macam nih..keserasian yang susah nak diulas..perasaan gua,mind gua,bertindak balas dengan alunan muzik nih..semacam ada satu energy dan arus yang meresap ke dalam seluruh tubuh gua bila gua layan..tiba-tiba seluruh tubuh gua macam bangun,dicas..ada 'karan' yang merangsang urat saraf dalam badan gua yang datangkan feel yang sangat-sangat memberangsangkan..
entah cmane gua boleh terjebak dalam muzik yang semacam nih..gua rasa,gua kira,pada dasarnya gua nih bukan la orang yang follow sangat muzik scene..di zaman dahulu kala,masa-masa rock tengah memuncak dan havoc,sejujurnya gua langsung tak terlibat dengan semua tuh..logiknya,cmane gua nak terlibat ngan semua tuh..80-an gua baru tercipta atas muka bumi nih..baru dilahirkan dan tak paham apa tuh rock..taun 80-an,yang gua ingat,cuma style dan trend waktu tuh..gua tak terdedah ngan segala muzik nih dan takde saluran langsung yang boleh bawak gua tok mendekati semua nih..kesimpulannya,gua memang tak ambik tau pasal rock..hatta muzik pon gua tak pernah pedulik..zaman kecik-kecik gua..entah apa yang gua buat..melukis,membaca..benda yang jadi kegilaan gua..sepanjang-panjang gua di arena sekolah rendah,gua memang tak mengikuti langsung perkembangan dunia muzik..mungkin ada lagu fevret yang gua dengar di radio tapi stakat tuh..mungkin la kalo ada pon yang gua minat,fotograf,shima..tapi gua tak rasa tuh cukup tok nobatkan gua sebagai budak yang layan rock..gua jauh dari dunia muzik dan rock..
mungkin semua nih start bila gua naik sekolah menengah..pengaruh kawan?heh..lawak sangat statement tuh..kawan mana yang pengaruh gua..warna rasmi gua hitam,langsung tak bersangkut dengan minat gua sebab sebelum gua betul-betul layan muzik-muzik yang sinonim ngan warna hitam memang gua dah mula pakai hitam..serba hitam..mungkin semua tuh satu proses dalam gua nak menemukan sape diri gua yang sebenar..hitam warna gua..dan jiwa gua..life waktu tuh mungkin jadi pembuka jalan yang bawak gua melihat diri gua yang sebenar-benarnya..yang tak pernah gua pikirkan sebelom tuh..dunia remaja gua..satu perkataan yang boleh gambarkannya-haru biru..semuanya fell apart..out of control..jiwa yang rebel,yang panas..situasi yang berantakan tuh mungkin mengeluarkan satu jiwa yang baru gua kenal..gua tak pernah dipromotekan oleh sesape supaya dengar rock/metal..apa yang gua tau,di saat-saat gua haru biru dengan hati yang sentiasa panas,muzik yang keras dan bising tuh jadi cocok ngan gua..tak pernah gua terpikir..daripada situ..gua blajar sendiri..cari material sendiri..memandai sendiri..lambat kalo dibandingkan ngan mereka-mereka yang betol-betol followers rock..tapi gua bukan nak menjadi sebahagian dari diaorang..jadi semua tuh tak penting..
semua yang gua buat,cuma untuk diri gua sendiri..gua beli album-album yang bagi gua menepati selera peribadi..xpdc..metallica..jadi juadah gua..dan semua band-band 'basic' bagi generasi hijau macam gua..search,wings,may..dan yang sewaktu dengannya..dan semua tuh gua layan dalam alam gua sendiri..gua tak terlibat ngan kelompok-kelompok rocker..tak pernah hayat dalam sejarah gua pegi mana-mana gig,show,atau berkumpul dengan rockers lain tok sama-sama melayan minat..kalo tanye knowledge gua tentang rock/metal,memang hampeh..kerana gua bukan dalam golongan mereka yang berkecimpung dalam alam tuh..tapi minat gua ke situ..
kerana gua tak termasuk dalam golongan tuh,gua gunakan 'under my own ground' sebagai signature gua bila gua semakin aktif menyibukkan diri kat lro( www.lagendarock.com ) sebagai menggambarkan yang gua bukan dalam mana-mana kelompok pengikut rock dan yang sewaktu dengannya sebaliknya hanyalah ikut kepala gua sendiri dalam dunia gua sendiri.semuanya hanyalah sdn.bhd..heh..tapi signature tuh gua dah tukar kepada 'dari luar dunia' semenjak dua menjak nih menggantikan siganature tuh..beralih angin sekejap dan mungkin gua akan tukar pada signature tuh balik nanti..pusing sana pusing sini,gua nih hanyalah seseorang yang sangat individual dengan cara pembawakan dan keperibadian gua yang tersendiri yang turut menemukan keserasian dalam muzik keras sebegini..mungkin tulah yang paling tepat..
bercakap pasal penampilan..hmm..apa yang orang bayangkan bila seseorang tuh claim dia layan rock n metal..mungkin agaknya penampilan gua takkan termasuk langsung dalam senarai tuh..tapi sesungguh-sungguhnya,hatta sebesar zarahpun gua tak pedulik.apa yang gua pakai,tuh pilihan gua..apa yang orang nak nilai..lantak diaorang..samaada streotype punyer penilaian,terserah..tak penting dan tak mendatangkan kesan langsung..yang pastinyerrr..hitam itu tetap warna gua..samaada gua rock,pop hatta hip hop sekali pon..warna dan pakaian yang gua pakai adalah diri gua..datang dari jiwa gua..
hmmm..rasa-rasanya,gua takkan boleh dibrandkan..rock,metal,whatever..gua adalah diri gua sendiri..takde kelompok mana pon dalam dunia yang boleh mengketegerikan gua..gua suka melukis..tapi gua bukan orang seni yang berkecimpung dalam arena lukisan..gua suka membaca..tapi gua bukan dalam golongan ulat buku yang skema dan hanyut dalam dunia buku diaorang..gua jugak suka menulis,mengarang,tapi gua bukan budak sastera yang cintakan sastera dan bahasa..tanye pasal dunia kesasteraan,langsung gua tak tau..seperti tadi jugak..gua adalah orang yang sangat individual yang menetapkan haluan gua sendiri untuk hidup dalam dunia ni dengan mempunyai kecenderungan tertentu tanpa 'terjebak' menjadi hanya setakat itu..gua cuma ikut jiwa dan kepala sendiri..kalo satu dunia nak ke kanan dan gua tiba-tiba rasa nak ke kiri,maka gua akan ke kiri tanpa mengendahkan aliran seluruh dunia tuh..dan kalo seluruh dunia nak ke kiri jugak saat gua melangkah ke kiri,maka itu tetap takkan ubah apa-apa kerana gua cuma ikut penilaian dan pilihan gua sendiri,bukan rebel ambik jalan bertentangan semata-mata untuk menentang..keluar dari belenggu 'melawan' dan 'mengikut'..membuka gua jalan luas pada gua untuk mengambil keputusan tanpa sebarang influence dan yang sebenar-benarnya,sentimen 'melawan' dan 'mengikut' tuh adalah satu jerat yang boleh memanipulasi diri kita tanpa disedari..
tak tercapai akalmu..
..hanyalah diri sendiri..
2 ulasan:
rock woo.
tehehe.
rock u like a hurricane..
;p
Catat Ulasan