Ahad, Mei 25, 2008

Sembunyi, Sendiri, Selesa Di Sini

kadang-kadang,gua terfikir untuk keluar dari 'persembunyian'..dedahkan diri di luar sana,tawarkan apa yang mungkin mampu gua berikan kepada mereka yang mungkin mampu untuk menghargai..kenapa hanya sendiri-sendiri,kenapa hanya diam-diam,kenapa hanya memerhati dari kejauhan?kenapa tidak turut serta,mengambil bahagian berkongsi apa yang mungkin mampu gua kongsikan?namun akhirnya gua tetap kembali pada satu rasa..sebenarnya,kenapa gua hanya duduk di dalam 'persembunyian',adalah kerana gua selesa begini..gua senang menjadi tidak kelihatan,tidak disedari..namun tidak kelihatan dan tidak disedari itu tak bermakna gua tak wujud..mereka akan nampak gua dan sedar kewujudan gua hanya jika gua mahu mereka untuk itu..ini adalah gua dan mungkin selamanya gua begini..hanya sendiri-sendiri,hanya diam-diam,hanya memerhati dari kejauhan..sekadar di sini,di bawah permukaan yang tenggelam dari mata khalayak..namun jika ada yang perasan,maka begitu la..yup,hanya begitu..

Tiada ulasan: