Selasa, Mei 06, 2008

Perang Destini

sebelom sesuatu benda terjadi,gua selalunya macam dah tahu benda tuh akan terjadi.ini kadang-kadang menakutkan gua sebab gua seperti dah membayangkan sesuatu kejadian in advance dan kemudian bayangan gua menjadi kenyataan.ia bukan macam kuasa psikik yang betol-betol kuat,tapi lebih kepada,gua rasa memang benda tuh akan jadi macam tuh sebab,hmm,sebab ia nampak macam akan jadi macam tuh.macam bila tengok cerita kita boleh agak apa yang akan berlaku seterusnya.
hidup nih,dari awal lagi gua macam dah tahu apa yang akan berlaku pada gua.perjalanan hidup gua lebih kepada cuba lari dan ubah destini daripada membentuk.camane nak jelaskan?terasa macam satu point dalam kehidupan gua secara tak sengaja dah terbaca tentang takdir dan masa depan gua lalu gua cuba sedaya-upaya untuk merubah takdir dan masa depan gua itu.lebih kurang macam dalam cerita bila orang dari masa depan balik ke masa lepas untuk menghalang sesuatu perkara dari berlaku..perjuangan untuk lepas dari takdir sendiri dan merubah masa depan.
kadang-kadang susah untuk menerangkan kenapa kita tahu sesuatu perkara dan camane kita boleh tahu.macam bila baca blog seseorang dengan sekali imbas boleh tahu penulis tu 25 ke bawah atau 25 ke atas.macam bila tengok seseorang boleh tahu dia lahir awal tahun atau hujung tahun.macam boleh tahu apa yang seseorang tengah buat walaupon kita tak nampak.macam boleh tahu seseorang sukakan kucing atau tak dengan melihat air muka.macam boleh tahu sesuatu perkara akan berjaya atau gagal dari awal sebelom kita buat.macam boleh tahu latar-belakang seseorang dengan hanya melihat perwatakan.macam hati boleh tahu seseorang ada apa yang kita suka dari awal sebelom kita kenal diri dia.macam boleh tahu apa yang seseorang akan pakai dan macammana suasana bila kita jumpa walaupon sebelom berjanji dan merancang.dan macam bila tahu,kita akan kehilangan seseorang,kematian seseorang.gerak hati?gua tak rasa itu gerak hati kerana gerak hati gua sebenarnya sungguh hampeh.ia bukan 'perasaan yang rasa macam',tapi perasaan tahu.kita tahu dan hanya tahu.
kadang-kadang menakutkan.terpikir,sebenarnya gua tahu sesuatu perkara akan berlaku atau gua di luar sedar mahu sesuatu perkara berlaku lalu akhirnya ia berlaku?apa sekalipon,sedari azali gua punya naluri yang kuat untuk melawan.kata lain,gua pantang mengalah.paling tidak,gua akan cuba banyak kali sebelom mengaku tewas.jadi macam tu la,hidup gua adalah peperangan setiap hari untuk lari dari takdir dan merubah masa depan yang gua dah tahu dari awal.kenapa gua nak lari dan nak ubah?biar la gua cakap yang takdir dan masa depan gua nampak tuh bukan la sesuatu yang menarik.tapi sesuatu tentang destini.hakikat sebenar-benarnya,boleh ke kita lari dari destini sendiri?banyak kalinya realiti menunjukkan kuasanya yang sebenar pada gua untuk memberitahu yang gua bukan apa-apa mahu mencabar destini.it tells me yang manusia tak boleh lari dari takdir mereka.tapi sekurang-kurangnya,gua tak bagi takdir menang mudah,kan?kata-kata dalam filem leftenan adnan yang gua cukup suka,"MUNGKIN KITA TAKKAN MENANG, TAPI BUKAN KERANA KITA TAK MELAWAN"..gua dah berjuang bermati-matian dalam peperangan gua,dan kalau gua masih kalah jugak,paling tidak gua boleh cakap gua kalah dengan bermaruah.kata-kata gua sendiri,"SEBAIK-BAIK HASIL ADALAH MENANG NAMUN KALAH SETELAH BERJUANG TETAP LEBIH BAIK DARI HIDUP MENJADI PENGECUT"

Tiada ulasan: