Sabtu, Mei 03, 2008

Penutup

zal,sebelum ni orang fikir nak lepaskan semuanya dengan ulang balik segala kisah yang berlaku antara kita dari awal sampai hujung.biar bertemu noktah setelah orang rungkaikan semua tu..tapi apalah yang orang cuba buat dengan selongkar balik kenangan silam kita?apa yang boleh orang dapat dengan membuka balik segala yang terkunci dalam sejarah?semua tu takde gunanya..apa yang berlaku antara kita cuma kita yang lebih mengerti..awak lebih tahu semuanya zal apa yang pernah kita lalui bersama suatu masa dulu.sekalipun orang ceritakan balik segala-galanya dengan sempurna,tak mungkin boleh ungkap realitinya sepertimana realiti sebenar yang kita tempuhi..

apa lagi yang cuba orang huraikan demi untuk menggambarkan hakikat sebenar cinta orang terhadap awak?tak kira macam mana pun semua tu berlaku,pokok utamanya orang cintakan awak.ya zal,orang cintakan awak dengan segala pengertian cinta yang wujud dalam dunia ni malah lebih daripada tu lagi.cinta yang melebihi had yang mampu ditanggung oleh seorang manusia kepada manusia yang lain.awak lebih tahu semua tu,zal.macam mana lagi untuk orang katakan?hubungan kita bukan setakat hubungan kekasih tapi kita insan yang paling rapat dalam hidup masing-masing,melebihi rapatnya hubungan antara keluarga.sakit awak,sakit orang.senang awak,senang orang,dan macam tu jugak sebaliknya.kita lalui suka-duka dalam hidup masing-masing di sisi masing-masing..tak pernah tak ada awak dalam semua peristiwa yang meninggalkan kesan mendalam pada hidup orang..senang,susah,semuanya dengan awak,zal.boleh ke apa-apa dalam dunia tebus balik semua tu?kita orang yang lihat airmata masing-masing bila takde sesiapapun dalam dunia ni yang pernah nampak..boleh lagi ke orang hurai erti semua tu?

macam mana untuk orang ungkapkan lagi perasaan orang pada awak?awak perkara pertama yang orang fikirkan bila bangun dari tidur dan awak juga perkara terakhir yang orang fikirkan sebelum tidur,malah ada masanya sampai bersambung dalam mimpi orang.pejam mata,celik mata,semuanya awak.awak berlegar-legar bermain dalam fikiran orang sepanjang masa.awak tahu tak betapa orang tak pernah lalui sesaatpun dari hari kita mula-mula rapat tanpa mengingati awak?segala-galanya awak,zal.setiap detik,setiap minit,setiap jam,setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,setiap tahun..sampai tahap orang dah tak sanggup nak sebut dan ceritakan lagi tentang awak kerana apa yang orang rasa terhadap awak dah tak relevan untuk diceritakan pada manusia biasa.perasaan orang dah tak perlu digambarkan melalui kata-kata lagi.ia bersemi dalam jiwa orang jadi sebahagian dari darah daging orang sendiri.orang dah tak perlu lafaz sesuatu yang dah bernyawa dalam jasad orang.

apa lagi untuk dijelaskan kepada orang lain?awak yang lebih mengerti semuanya..tiapkali jatuh airmata orang kerana terlalu tulus dan dalamnya cinta orang pada awak..tiapkali senyum tawa orang yang benar-benar dari hati kerana bahagianya orang di sisi awak.orang bersama awak daripada orang setahun jagung lagi,zal!nak cakap apa lagi?umur 13 tahun,masih mentah teraba-raba nak kenal dunia.orang kenal awak dulu sebelum orang kenal dunia sejati.orang kenal awak dulu sebelum orang kenal makna hidup orang yang sebenar,malah orang kenal awak dulu sebelum orang betul-betul kenal identiti diri orang yang sebenar.pengertian tu terlalu besar dan tinggi.orang teroka kehidupan bersama awak dan bersama awaklah orang temui semua yang membentuk siapa diri orang hari ni.rasa seolah-olah orang dilahirkan dengan kehadiran awak dan dibesarkan dengan kenangan bersama awak..bila di satu saat orang pernah lemah selemah-lemahnya hilang punca kat mana tempat orang dalam dunia ni dan apa makna orang terus hidup lagi,awaklah yang temukan orang balik pada segala punca dan berikan segala makna untuk orang teruskan hidup.awak beri orang kekuatan dan buat orang kembali bersemangat untuk tempuh kehidupan orang.atas dasar tu kenapa orang terlalu hargai kehadiran awak dalam hidup orang.

siapa yang mampu mengerti apa yang orang rasa dalam hati orang?siapa yang mengerti nilai perasaan orang pada usia orang semuda tu?orang tak sayangkan awak atas alasan remeh-temeh dan bodoh seorang budak mentah sukakan sesuatu.bukan macam tu,zal.perasaan orang tak pernah cuma mainan perasaan seorang budak mentah.perasaan orang perasaan yang tulus-ikhlas dan sejati.ramai orang tak percaya dan anggap orang cuma budak mentah yang belum faham apa-apa tapi dah sibuk nak bercinta.orang tak salahkan diorang kalau diorang nak fikir macam tu tapi hanya diri orang sendiri yang lebih tahu perasaan orang yang sebenar terhadap awak.ia bukan lamunan perasaan yang kosong dan sekadar ikut musim.betapa orang di sekeliling tak pernah kenal macam mana hati orang dan pandang rendah pada pemikiran orang.masa berlalu dan musim berganti kan,zal?orang masih teguh dengan awak,masih tak berganjak dari perasaan orang pada awak.cinta orang bukan cinta monyet yang sementara.cinta orang adalah cinta sejati yang datang dari seluhur-luhur hati.cinta orang cinta sebenar,zal.

orang bukan manusia yang murah dengan cinta.perlu ke diberitahu lagi?selama 26 tahun kehidupan,orang cuma pernah serahkan cinta orang sekali dan sekali tu cuma pada awak.orang tak semudah tu nak jatuh cinta dan tak semudah tu nak lafazkan cinta.sekali orang lafaz,orang lafaz untuk selama-lamanya.lafaz untuk bawak ke mati!satu-satunya yang paling peribadi dan tak rela orang kongsikan pada sesiapa,hati orang.itu satu-satunya yang terlalu orang lindungi dan orang tutup rapat supaya takde sesiapa yang boleh ceroboh.bukan ke awak lebih tahu tentang itu?kita manusia berjiwa bebas yang terlalu menghargai keperibadian diri.takkan mudah-mudah membuka ruang dan kongsikan hati peribadi.memang hanya awak yang lebih tahu,zal.cinta adalah sesulit-sulit dan seperibadi-peribadi hal di dasar yang paling dasar di hati orang.ia takkan keluar semudah itu.sebab tu zal,walau kita dah bercinta bertahun-tahun,orang hanya sebut perkataan ‘cinta’ pada awak masa umur orang 18 tahun.bukan sesuatu yang kepalang yang senang-senang untuk orang ucapkan.orang ucap cinta untuk cinta tu orang junjung sampai masuk kubur.

apa lagi perkataan dalam dunia ni untuk gambarkan perasaan orang,zal?atas setiap waktu dalam kehidupan yang kita lalui sama-sama,atas setiap pahit-getir jerit-perih yang kita hadapi sama-sama,atas setiap bahagia dan setiap derita yang kita telan daripada dunia dengan setia berada di sisi masing-masing.apa lagi yang boleh dijelaskan,zal?orang manusia yang akan berada paling depan untuk sambut awak kalau awak jatuh.orang manusia yang paling bimbang dan paling risau kalau ada apa-apa yang buruk berlaku pada awak.orang manusia yang tak pernah putus asa dan tak pernah putus harapan terus bagi sokongan dan dorongan untuk awak.tak pernah peduli apa yang orang lain nak cakap dan nak fikir tentang awak.tak pernah peduli walau ramai yang anggap kita tak sepadan dan orang patut bersama lelaki yang jauh lebih bagus daripada awak.apa yang diorang tahu?orang cintakan awak dan orang cintakan awak seikhlas hati orang.orang tak peduli walau awak serba kekurangan.orang tak peduli walau segala macam keburukan dan kelemahan yang ada pada awak.orang tak peduli,zal!cinta orang tak pandang semua tu.kalau awak kotor,biar orang cuci dengan segala kudrat yang boleh orang kerah.kalau awak tersesat,biar orang bawak awak balik dengan segala kemampuan yang orang ada.biar hujung dunia,biar di dasar neraka,biar orang mati untuk selamatkan awak daripada dihancurkan,orang rela.kalau terpaksa berperang dengan sejuta manusia pun orang sanggup redah demi berada di sisi awak bila awak perlukan orang.walau awak sendiri usir orang dan hina orang,demi untuk selamatkan awak orang rela telan saja semua tu.takkan sekali-kali orang kenal erti putus asa untuk awak yang orang sayang sangat-sangat.orang akan ada di sisi awak tanpa sekelumitpun berubah pandangan dan rasa kasih orang terhadap awak tak kira apapun yang berlaku dan berapa kali awak tersasar dalam hidup.

apa yang pernah orang mintak dari awak sebagai balasan untuk semua tu,zal?yang orang berikan untuk awak cuma rasa setia dan teguh yang takkan luput dek masa.orang takkan berganjak daripada awak dalam seindah-indah sehingga sehitam-hitam keadaan.kalau awak terhumban ke pelusuk dunia pun orang sanggup kutip dan ambik awak balik.kalau kena daki gunung untuk sampai pada awak orang sanggup daki.awak kekasih orang,zal.orang sanggup buat apa saja demi awak hatta mati sekalipun.kalau perlu dipilih antara kesejahteraan awak dunia akhirat dengan nyawa orang sendiri,sumpah zal dengan tak teragak-agak orang pilih kesejahteraan awak dulu.diri awak melebihi diri orang sendiri dalam hati orang,zal.awak patut lebih mengerti itu.walau keluarga awak sendiri tak pernah ambil-berat tentang awak seperti orang ambil-berat tentang awak.selama ni raya awak dengan orang,kampung awak dengan orang,rumah awak dengan orang.awak lupa?bila dunia rasa macam jahanam dan menghimpit awak,pada siapa awak cari penawar dan kegembiraan awak?pada siapa awak cari ketenangan dan keriangan awak?pada siapa yang lebih mengerti yang mampu menemani awak dan buat awak kembali tersenyum?siapa zal untuk bertahun-tahun lamanya?dari suara belum pecah sampai dah jadi garau.dari kecik sampai dah tinggi dah besar-panjang.siapa,zal?

ini orang,zal.orang yang sanggup memahami awak,melayan sikap awak,mengikut rentak jiwa awak.tak pernah memaksa walau awak jarang hubungi orang.tak pernah meminta-minta walau awak sering berjauhan dari orang.tak pernah merajuk walau tak dicurah dengan kata-kata manis dan tak pernah ambik hati walau tak pernah dapat apa-apa sepanjang bertahun-tahun bersama.apa yang pernah awak bagi pada orang dalam bentuk zahir?tak pernah ada walau sekeping surat,sekeping kad jauh lagi hadiah malah kadang-kadang awak menghilang layan diri tanpa hubungi orang untuk satu tempoh yang lama.tapi orang tak kisah pun sebab apa yang bagi pada orang lebih bernilai dari semua pemberian yang luaran.awak bagi orang detik-detik terindah dalam kehidupan orang dan awak bagi orang pengertian bahagia yang seluhur-luhur bahagia pernah orang rasa.semua tu lebih bernilai dari segala-galanya.orang sebagai kekasih awak perlu menghargai diri awak seadanya dan memahami sedalam-dalam diri awak yang tak mampu difahami oleh orang luar yang cuma melihat dari mata kasar.

orang memahami jiwa awak sebagai lelaki,zal.lelaki rock,metal.orang bagi ruang seluas-luasnya untuk awak bebas bergerak.tak pernah ceroboh kehidupan peribadi awak kecuali bila awak nak berkongsi dengan orang.tak pernah nak jadi pemantau nak menyoal kegiatan awak.orang tak pernah cuba mengawal dan mengongkong langsung gerak-geri awak,malah awak sebaliknya yang sentiasa mencurigai gerak-geri orang,cemburu gila membuta-tuli dengan tak usul-periksa.itu memang diri awak.cemburu awak yang tak masuk akal yang hanya orang boleh mengerti.ya,zal.orang kekasih awak.siapa lagi yang boleh mengerti segala kegilaan dan angin awak yang tahu macam mana cara untuk tangani dan tenangkan awak.ya,sama macam awak seorang yang boleh mengerti kegilaan dan angin orang yang tahu macam mana cara untuk tangani dan tenangkan awak.macam mana lagi nak cakap?kita yang ada di sisi masing-masing yang pernah tengok diri kita di dalam keadaan yang paling gila.awak dengan baran awak dan mood awak yang boleh jadi sugul terlalu teruk.walau macam mana teruk pun orang faham,zal.hidup awak memang bercelaru dan penuh dengan masalah.kehidupan kita yang bercelaru dan penuh dengan masalah.apa nak buat?hidup kita memang macam tu.sebab tu kita cukup rapat dengan satu sama lain.kita saling melindungi satu sama lain dan jadi tempat mengadu,tempat bermanja masing-masing.memang orang cukup manja dengan awak pun,zal.manja yang cuma awak tahu macam mana cara nak layan..awak panggil orang ‘brutal sentimental’.

kalau orang nak terus ceritakan tentang betapa rapat dan istimewanya hubungan kita,orang boleh terus bercerita sampai bila-bila tapi itu masih takkan menyampaikan pengertian yang sebenar.mata yang melihat dengan bahu yang memikul tak sama,zal.telinga yang mendengar dengan hati yang menanggung takkan sekali-kali pernah sama.kerana awak,orang lukakan hati lelaki yang sebaik yie..orang sayang yie,awak.dia terlalu baik dan terlalu sayangkan orang tapi orang cintakan awak.demi awak orang terpaksa jadi kejam membunuh cinta orang lain.memang orang tahu,cinta tak sepatutnya membunuh cinta yang lain,tapi apa lagi pilihan yang orang ada.orang terpaksa tahan dan terpaksa keraskan hati tengok yie kecewa,malah lan,dan hati-hati lain yang pernah terluka di tangan orang.semua tu untuk siapa lagi kalau bukan awak,zal?awak tahu tak peritnya untuk hidup sebagai pemusnah harapan orang lain dan jadi punca pada kelukaan orang lain?tapi orang terpaksa jadi zalim dan berlagak macam takde perasaan kerana orang cintakan awak.tak mungkin orang berpaling dan berganjak dari cinta orang pada awak.walaupun ada masanya jalan kita macam terlalu gelap dan payah nak sampai ke destinasi yang diharapkan,orang tak pernah putus harapan..orang pegang segala kenangan kita sekuat-kuat tenaga orang dan tak sanggup lepas walau apa sekalipun yang berlaku.bukannya tak pernah orang sakit kerana awak.bukan tak pernah orang terluka,orang pedih,tapi apa sangat semua kesakitan tu dibandingkan dengan rasa cinta orang yang tak terperi terhadap awak.

sakit dan luka tak mampu untuk bunuh cinta orang semudah itu,zal.kalau nak bunuh cinta orang dengan sakit dan luka,sakit dan lukakan orang dengan sakit dan luka yang paling dahsyat boleh orang bayangkan sampai hati orang jadi mati terus.selagi hati orang masih hidup,selagi tu orang akan cintakan awak.ada penghujung pada cinta orang?kalau ada,dah lama orang tinggalkan awak.untuk apa orang bersusah-payah bertahun-tahun ikut jalan sukar bersama awak sedangkan orang boleh dapat kebahagiaan yang lebih mudah dari lelaki lain yang lebih menjamin masa depan orang?orang bukannya baik sangat,mulia sangat.orang bukan penyair pujangga yang percaya pada kebesaran cinta dan pegang prinsip untuk berkorban demi cinta.boleh pergi jahanam dengan cinta!apa yang orang peduli?orang tak pernah pentingkan cinta dan tak pernah perlukan cinta dalam hidup orang.orang cuma pentingkan awak dan perlukan awak.sebab ada awak baru ada cinta.awaklah cinta.cinta tu adalah awak.hanya ada satu maksud untuk cinta bagi orang,RIZAL.cinta itu adalah rizal,awak.orang tak pernah pun ada cita-cita untuk jadi kekasih yang baik dan mulia yang boleh disanjung kerana pengorbanan dan kesetiaan.orang diri orang seadanya yang hanya tahu cintakan awak tanpa sebarang syarat.orang hanya diri orang.orang buat apa yang orang nak buat tanpa endahkan sesiapa dan orang tetap dengan pendirian orang yang tak boleh diganggu-gugat oleh apa-apa,melainkan dengan kuasaNYA.awak yang hati orang mahu dan awaklah yang orang nak miliki walau apa harga sekali pun yang perlu dibayar.hancur pun hancurlah,zal.terpaksa lepaskan seribu cinta untuk cinta awak yang satu pun,biarlah orang lepaskan seribu cinta lain yang mungkin boleh jadi lebih kukuh dari cinta awak.untuk insan yang hatinya boleh merasa hati orang walau dari jauh dan untuk insan yang hanya dengan getaran hati orang boleh tahu jarak kedudukannya.hanya dengan getaran hati orang boleh tahu samaada awak dalam keadaan baik atau tengah kesusahan.dengan getaran hati je,zal.macam tu rapat tak rapatnya hubungan kita.

satu-satunya perkara yang paling bermakna dan paling indah dalam hati orang,zal.satu-satunya harta yang paling orang sayang dan orang hargai dalam dunia ni.kenangan kita bersama.kenangan orang bersama awak.kenangan bersama awak adalah sesuatu yang paling tinggi nilainya pada orang,zal.itu yang orang dakap dan orang banggakan sebagai permata paling suci di jiwa orang.awak tahu tak,zal?orang nak kawin dengan awak.orang nak jadi isteri awak.orang nak lahirkan anak-anak awak.orang yang naif dan lurus ni cuma pernah ada satu je cita-cita yang benar sepanjang hidup,nak bersama dengan awak sampai orang mati.impian orang ialah nak cintakan awak sampai bila-bila sebab orang rasa best,orang rasa bahagia cintakan awak.cintakan awak buat orang rasa sempurna dan hidup.cintakan awak buat hari orang lengkap dan menjadi.cintakan awak adalah oksigen orang,makanan orang,keperluan jiwa orang.kalau boleh tak nak tarik nafas tanpa cintakan awak,awak tahu tak,zal?biar macam budak kecik,orang tebuk tin biskut buat tabung simpan duit untuk nak kawin dengan awak.memang orang cintakan awak dengan cinta paling kudus dari hati yang paling naif dan luhur.awak tengok budak-budak yang betul-betul jujur sayangkan sesuatu,macam tu la orang sayangkan awak.bukan sayang kerana unsur-unsur jahat.bukan kerana nafsu.kalau sesiapa ada walau setitik pun kekotoran dalam hati,diorang takkan boleh faham dan bayangkan langsung macam mana tulusnya orang sayangkan awak.

dan atas semua tu zal,pernah tak orang terfikir kesudahannya cuma macam ni?pernah tak orang terfikir awak mampu buat apa yang awak buat pada orang?ah zal,takde pengertian kecewa lagi dalam dunia ni yang boleh gambarkan betapa harus kecewanya orang terhadap apa yang awak lakukan.12 tahun zal,12 tahun dari hidup kita yang percuma awak humban ke tapak kaki dan awak pijak-pijak lumat.orang junjung separuh nyawa tapi awak semudah tu je hancurkan semuanya.awak rosak dan musnahkan apa yang kita bina sama-sama sekian lama.macam mana awak boleh tergamak buat macam tu,zal?orang ni ke yang terlalu naif dan lurus sangat percayakan awak sampai tak pernah sedar apa yang awak buat di belakang orang?tapi apa bezanya kalau orang syak dari awal sekalipun dan cuba kawal gerak-geri awak seandainya itu pilihan awak sendiri.awak pilih untuk korbankan cinta yang terbina berbelas tahun kerana insan lain yang baru awak kenal.hanya macam tu je,zal.awak khianati semuanya dan awak sanggup lepaskan segala kenangan yang orang anggap harta paling bernilai dalam hidup orang.dengan sisa maruah dan harga diri yang ada,orang tarik diri secara sukarela.pergilah kalau itu yang awak nak.apa yang perlu untuk orang marah?apa yang perlu untuk orang halang?kalau awak bahagia dengan orang awak takkan cari orang lain dan cakap orang yang paksa awak buat macam tu.nampak sangat kan betapa teruknya bersama dengan orang selama ni?mesti awak terseksa gila dengan orang dan perempuan tulah pengubat jiwa awak yang mampu berikan segala kebahagiaan yang awak tak rasa sepanjang 12 tahun susah-senang tunggang-terbalik bagai nak rak kita bercinta.entahlah.nak cakap apa lagi,ya?orang dah tak terkata apa.rasa roboh dan runtuh macam tu je segala pendirian yang orang pegang bermati-matian sekian lama.orang bertahan sekian lama dengan berpaut pada rasa percaya yang terbina daripada kenangan kita bersama..ranap semua tu,pada apa lagi orang nak berpaut?yang terasa adalah letih teramat-sangat..letihnya orang bergelut dengan segala cabaran dan dugaan selama ni demi awak.orang dah tak boleh nak bendung lagi rasa letih.sudah-sudah la.orang mengalah sampai kat situ je.orang menyerah dan mengaku tewas.takde apa lagi untuk ditentang dan dibangkang.kalau awak rasa ada orang lain yang lebih baik dari orang,silakanlah teruskan dengan segala hormatnya.buatlah apa yang awak suka sepuas hati awak.orang lepaskan awak.berakhirlah sampai kat situ macam tu aje hubungan kita.

lepas orang lepaskan awak,jiwa orang jadi kosong.rasa letih dan penat setelah bermati-matian cintakan awak selama 12 tahun mengambil alih ruang hati orang.orang terlalu letih,terlalu penat sampai nak rasa sakit dan terluka pun dah takde tenaga.semuanya jadi kosong dan beku.orang jadi kaku.cinta orang hancur.kenangan orang tercampak ke tong sampah di tangan awak.segala harapan dan impian orang selama ni musnah macam tu je dan yang musnahkannya tak lain tak bukan insan yang paling orang sayang dalam dunia ni iaitu awak.sungguh sadis dan tragik.entah nak rasa macam mana.orang betul-betul dah tak tahu patut rasa apa lagi.jadi bingung dan tak boleh nak tentukan perasaan sendiri.jiwa,naluri,rohani,semuanya jadi dingin dan beku.mungkin orang sakit.memang orang sakitpun!macam mana tak sakit jadi macam ni.tapi sakit orang tak rasa begitu sakit.sakit yang dah di tahap tak boleh nak rasa sakit sebab takde rasa sakit yang tepat untuk dirasa.entahlah.kadang-kadang semuanya muncul mendadak dalam otak orang yang buat orang sesak nafas fikirkan realiti.tapi sekejap,lepas tu kembali kosong dan beku.orang berterusan macam tu sampai dah nak masuk ke dua tahun hubungan kita putus.biarkanlah macam tu je.biarkan aje.sekadar biarkan macam tu.tak penting apa yang orang rasa.yang penting awak dah khianati cinta orang dan orang dah takde hati.hati orang dah lesap dengan awak dan awak hancurkan habis.ia dah berakhir.

orang boleh hidup macam takde apa-apa yang berlaku.orang boleh berlagak tenang dan aman.tapi awak tiba-tiba tak semena-mena hubungi orang balik.dengan macam tu je jiwa orang jadi huru-hara dan tak tentu arah.awak tak perlu muncul pun sebenarnya,zal.untuk apa?awak cuma mengganggu ketenangan orang,merosakkan suasana orang.tapi mungkin itu hikmah.hikmah supaya orang tahu hakikat sebenarnya tentang awak.dah selamat pun awak kawin dan bakal bergelar ayah.apa yang orang rasa?macam sial!walaupun orang dah tahu awak ada perempuan lain dan orang memang takde niat nak balik pada awak,tapi untuk tahu yang awak dah kawin,sakitnya zal!tersedar orang dengan sejelas-jelasnya siapa awak dan siapa orang yang sebenarnya.memang sungguh-sungguh antara kita dah tamat dan awak dah letak noktah besar yang menghumban orang jauh bersama kenangan kita di tong sampah.awak dah kawin dan dah nak ada anak pun zal.yang pastinya isteri awak bukan orang,dan bukan orang yang bakal jadi ibu kepada anak awak.itulah zal segala impian dan harapan yang konon-konon kita nak capai bersama dulu.nampaknya awak dah capai pun dalam hidup awak,dengan insan lain.insan yang awak curangi orang dulu.zal,zal.orang tak mungkin sekali-kali sanggup buat macam tu pada awak,zal.dah jelas sejelas-jelasnya semua.betapa ‘sejatinya’ cinta kita yang konon-kononnya takkan ada tukar-ganti sampai bila-bila.tapi dah memang jodoh awak pun,zal.dah tertulis.apa lagi?selamat berbahagia la awak bersama isteri untuk selama-lamanya.

apa yang berlaku antara kita dulu,orang tak pernah kesal.apa yang nak orang kesalkan?semua yang orang lakukan untuk awak adalah ikhlas.cinta orang sebenar-benar cinta.orang buat yang sehabis baik untuk awak tanpa sebarang paksaan.awak yang pilih untuk lepaskan semua tu dan siakan segala-galanya.orang pasrah dan redha.orang insaf..benar sungguh-sungguh benar,kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.memang tak semudah itu untuk maafkan apa yang awak buat pada orang tapi orang maafkan segala-galanya.yang sudah tu tetap dah sudah.saat orang tahu awak dah kawin,saat tu juga awak dah pulangkan balik hati orang yang awak dah pegang selama hampir 14 tahun hari ni.awak pulangkan hati orang dalam keadaan yang lunyai.sakit tengok keadaan hati orang tu zal tapi setidak-tidaknya semuanya dah dipulangkan kembali ke tempat yang seharusnya..tamat segala kisah dengan penamat yang langsai dan mutlak.selebihnya yang tinggal hanya untuk orang rawat kecederaan hati orang.insyaallah,akan sembuh jugak suatu hari nanti.cukuplah sampai sini.dengan titik noktah akhir orang,maka awak juga dah mati dalam hidup orang dan tolonglah terus saja kekal mati untuk selama-lamanya.tak perlu awak menjelma cari orang lagi sekali-kali lepas ni.

TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan