Khamis, Mei 15, 2008

Hitam+Hitam

apa yang gua nak sekarang nih?gua sedang berada dalam keadaan yang takde sebarang keinginan.takde nak apa-apa secara khusus.kosong dan mendatar..keadaan pon semua ok-ok,semua baik-baik.tak memerlukan gua untuk mengexpect anything yang luar biasa.
satu perkara yang gua sedar tentang diri gua nih,masih ada few things yang gua tak berlaku jujur sepenuhnya.tak tau la gua menipu orang di sekeliling gua,atau gua sebenarnya cuma cuba nak menipu diri sendiri.tapi,gua tau realitinya sejak dulu dan gua tak cuba nafikan dalam diri gua.mungkin bukan menipu diri sendiri,atau menipu orang lain,cuma sesetengah perkara tuh langsung tak penting dan tak membawa sebarang perbezaan untuk disebut.takde sebarang point.gua tak pernah berniat nak menipu sesiapa.gua tak menipu bila gua kata gua takut.gua juga tak menipu bila gua kata gua tak bersedia.mungkin hanya penyebab sebenar kenapa gua takut dan tak bersedia yang gua biarkan kabur.biar la..terserah la untuk ditafsir..rasanya tak semua tentang kita perlu untuk dicerita dan diluahkan..gua dah cerita dan luah setakat yang gua rasa mampu untuk dikongsi dengan orang lain.cukup la rasanya.yang selebihnya,biar la ia jadi hak peribadi gua sorang pulak,soal hati dan perasaan milik gua sendiri.
gua kenal diri gua sangat-sangat.walaupon kadang-kadang gua sendiri takleh nak ramal tindak-tanduk gua,tapi banyak benda yang gua pasti tentang diri gua kerana gua dah hidup bersama dengan diri gua sejak gua wujud atas mukabumi nih.bila dikatakan manusia boleh berubah,gua rasa ia agak mustahil untuk gua,tapi gua terima tanpa membantah dengan mentaliti,manusia tidak boleh terlalu pasti tentang sesuatu perkara kerana yang menentukan semuanya adalah takdir.jadi gua akui,manusia boleh berubah walaupon gua tak rasa gua akan berubah..tunggu dan lihat saja la.ia bukan perdebatan dan bukan cabaran membuktikan siapa betol siapa salah,tapi mungkin gua sendiri menunggu untuk melihat samaada gua boleh berubah atau tak.mungkin dengan masa,dengan keadaan..berubah secara perlahan-lahan.tak mencuba dan tak mengharap,tak menafi dan tak mengelak,hanya membiarkan semuanya berlaku secara semulajadi..mana boleh memaksa-maksa untuk itu.yang boleh dipaksa cuma zahir,bukan batin.
kelebihan seseorang selalunya turut menjadi kelemahan untuk dia.kelebihan gua mungkin,gua setia pada prinsip dan jatidiri diri gua yang buat gua tak mudah dipengaruhi dan diubah walau ke mana dan apa sekalipon yang gua hadapi.tapi dalam masa yang sama,ia juga turut menjadi satu kedegilan yang sampai ke satu tahap boleh membawa kepada obsesi.obses dengan sesuatu yang menyebabkan sukar untuk ia dihakis.terasa bila gua cuba untuk menghakis sesuatu yang dah jadi kebiasaan gua,gua seolah-olah mengkhianati prinsip dan jatidiri gua sendiri.rasa tak setia.setia gua bukan pada unsur luar,tapi sebenarnya pada diri gua sendiri.apa je yang gua buat,gua pegang,gua pilih,semuanya atas dasar diri sendiri,dari gua untuk gua,dan urusan peribadi gua seorang.tak berkaitan dengan perkara lain dan orang lain.dan itu juga la masalahnya,mungkin..
kenapa gua bersungguh dengan sesuatu,bukan kerana sesuatu itu tapi kerana diri gua sendiri..gua bersungguh untuk kepuasan diri gua,kerana gua yang mahu.jujur gua adalah jujur terhadap diri sendiri dan ikhlas gua adalah demi diri sendiri.gua tak buat kerana gua rasa perlu demi memenuhi tanggungjawab gua terhadap apa-apa.mungkin sesuatu perkara menjadi pencetus,tapi selebihnya adalah urusan antara gua dan diri gua semata-mata.samaada sesuatu itu ada atau takde,ia dah tak membawa sebarang perbezaan.gua tetap teruskan apa yang gua suka kerana itu adalah apa yang gua suka.kalo gua suka pakai baju kurung asal-usulnya mungkin kerana disebabkan gua dibesarkan di kampung,tapi gua suka kerana gua memang suka jadi kalo gua dah tak duduk kampung pon gua akan tetap suka pakai baju kurung sebab gua memang suka.katakan tiba-tiba semua kampung dalam malaysia nih dah dimansuhkan dan ditukar jadi bandar maju,pon gua masih akan tetap suka pakai baju kurung.gua suka sebab gua suka.noktah.
kadang-kadang gua harap life nih lebih mudah.kita boleh teruskan apa yang kita suka sampai bila-bila tanpa perlu nak ubah pape.pergi jahanam la dengan keadaan,dengan masa,dengan segala faktor lain,gua hanya nak jadi diri gua sendiri dan buat apa yang gua suka.susah sangat ke untuk biar je gua dengan apa yang gua suka?tak boleh ke kalo gua tak peduli tentang apa yang menjadi fitrah dan keperluan jiwa manusia sejagat?tak boleh ke kalo gua ikut suka hati gua je tanpa endahkan soal lain?kenapa mesti kena ikut turutan dan aturan yang macam tuh yang macam nih hanya kerana itu la cara yang sepatutnya?setiap orang dilahirkan dengan keperluan fitrah yang sama,itu yang disemat dalam pemikiran semua orang tapi yang jarang disebut,yang lazim itu belom tentu tepat secara keseluruhan.ketakseragaman itu sebenarnya lebih lazim dari kelaziman yang kita terap dalam minda kita tentang kehidupan.barang di kilang sentiasa ada yang direject yang tak memenuhi kriteria yang ditetapkan.bayi yang dilahirkan ada saje yang tak cukup sifat atau terlebih sifat.dalam kenormalan,sentiasa saje wujud ketaknormalan yang menyanggah prinsip normal asal.after all,kita semua hanya manusia biasa yang mampu faham sesuatu terbatas pada apa yang biasa kita lihat sahaja sedangkan masih terlalu banyak benda yang belom kita teroka dan temui di luar sana.agak membebankan untuk mematuhi kelaziman yang disemat dalam minda normal orang di sekeliling bila kita tahu kita bukan seperti apa yang mereka sangkakan.
dalam hidup,gua belajar untuk akur dan menerima.bukan kerana lemah dan kalah,cuma sedar tak guna untuk bertekak dan tegakkan benang yang basah.apa kepentingan untuk membantah?apa kepentingan untuk cuba membuktikan dengan kata-kata?memang takde apa untuk dibantah.cakap orang lain boleh jadi betol,boleh jadi salah.cuba nak buktikan dengan kata-kata pon untuk apa?apa sangat yang boleh dibuktikan dengan kata-kata?tanggapan orang lain mungkin tepat,mungkin terpesong.buktinya akan terserlah jugak secara realiti bila sampai masanya.let it be la.kalo terbukti mereka betol,then betol la mereka.kalo terbukti mereka salah,then salah la mereka.hanya macam tuh.tak lebih dari itu.
buat masa nih,gua tak merancang pape.gua juga tak menginginkan pape dan takde sebarang pengharapan pape.ya,hanya kosong dan mendatar.hanya biasa-biasa meneruskan kehidupan macam biasa.gua tak nak buat sebarang kenyataan dan tak nak memutuskan sesuatu kerana gua tak rasa dah sampai masa untuk itu.bila nak sampai masa?entah..jawapan yang paling best di mukabumi ini,entah.gua senang macam nih.gua tak nak sebarang tekanan dan tuntutan.tekanan dan tuntutan buat gua rasa macam nak 'lari'.gua sendiri tak tau jadi jangan la tanya gua..gua takut kalo ditanya,gua akan bagi jawapan yang mengecewakan yang akhirnya merosakkan ketenangan yang ada..gua adalah gua dan gua tahu diri gua camane.gua suka warna hitam dan gua masih suka warna hitam..tanpa memakai warna hitam pon gua masih rasa warna hitam tetap warna yang paling sesuai dengan jiwa gua..bukan gua tak nak menerima kemungkinan yang warna lain juga sesuai untuk gua,tapi gua dah terlalu terbiasa dengan warna hitam yang buat gua sukar nak hakis warna tuh dari jiwa gua..itu hakikat yang gua sedari..mungkin ia akan berubah suatu hari nanti,tak mustahil,tapi tak mudah.tak semudah itu untuk menukar hati dan jiwa..lagi sekali,entah la..tunggu dan lihat je la..serah pada takdir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan