Khamis, Mei 08, 2008

Ekstrim

terlebih laju atau terlebih lembab..haih..apasal gua taknah boleh berada kat tengah-tengah,sedang-sedang dan sederhana?mesti kena yang paling maksima jugak..memang manusia ekstrim.tapi sekarang nih gua sedang cuba memperlahankan mana yang terlebih laju dan melajukan mana yang terlebih lembab..cuba cari keseimbangan..satu benda yang gua nak slowdownkan sket ialah kehyper-aktifan gua mengupdate blog dan satu benda yang gua nak lajukan banyak ialah kadar lembab gua bila buat keje-keje yang perlu.dua benda yang susah gua nak capai..gua memang laju dan rajin update blog pasal kepala otak gua sentiasa penuh dengan benda-benda yang gua nak bebelkan.gua perlu saluran untuk humban semua tuh dan blog nih la yang jadi mangsa gua.pasal keje-keje yang perlu dibuat yang gua sungguh lembab nak buat tuh tak perlu dijelaskan lagi la..memang pape pon bila dibuat kerana perlu dan disuruh secara otometiknya akan menimbulkan perasaan seperti dipaksa yang membantutkan keinginan untuk buat.lain la kalo semua keje tuh adalah mengikut suka hati gua dengan subjek bebas tanpa sebarang format dan dateline.tapi kalo boleh ikut suka hati,jawapannya ialah buat apa gua nak buat kalo gua boleh tak buat langsung?jangan tak tau..manusia kan kalo boleh mudah lagi mudah dia nak..kalo boleh nak semudah-mudah yang boleh..
pape pon..tepon umah gua dah kena potong..haha..itu memudahkan gua untuk mencapai cita-cita gua nak slow down update blog.tuan rumah bz dengan keje sampai balik pon tengah-tengah malam,takde masa nak peduli hal lain termasuk bayar-bayar bil.tapi itu la..tanpa internet apa je aktiviti gua nanti?tapi elok jugak sebenarnya..dulu takde internet boleh je idup..hmm..terpikir pulak..dulu-dulu zaman sebelom kenal komputer dan internet masa sekolah dulu,camane gua survive ya waktu tuh?apa yang gua buat?hmm..well,maybe masa tuh masa diisi dengan aktiviti pergi sekolah hari-hari jadi tak rasa sangat.balik pon suka balik lewat sampai petang-petang,stayback kat sekolah.masa-masa lain,layan lagu,menulis,melukis..zaman sekolah memang zaman gua gila-gila layan lagu walaupon sekarang masih sama.bangun pagi muzik,siap nak gi sekolah muzik,dalam kete nak gi sekolah muzik,kadang-kadang kat sekolah pon siap bawak walkman,radio..cikgu tengah ngajar boleh sumbat earphone layan lagu.habis sekolah lepak kat kelas siap pasang radio memekak macam rumah sendiri..budak-budak kelas yang stayback pon layan lepak tumpang sekaki.time sibuk dengan projek folio pendidikan seni dan rekacipta..layan metallica lagi..sebenar-benarnya,zaman sekolah gua dulu memang cool,walaupon banyak masalah sana-sini.gua suka zaman sekolah..the best time of my life..
tak best la posting kat cc..dengan budak-budak ikan bilis dok sibuk main game huha-huha..gua tak suka menulis dalam keadaan bising..gua tak suka buat keje walaupon ini bukan keje dalam keadaan bising.memang skema habis bila time buat keje.gua kena kosentret betol-betol sampai takleh ada sebarang bunyi yang mengganggu.selalunya kalo dikaco time gua nak kosentret,alamatnya akan dapat 'layanan istimewa'..hatta taip sms pon gua akan marah-marah kalo dikaco..memang tak patut pon.dengan famili mudah je tersirap nak tinggikan sore.tapi nak buat camane,memang itu diri gua.tima cakap biasa-biasa pon memang gua jarang berlembut.dah la bercakap main sound direct dan selamba.mulut takde insuran.tapi itu bukan dalam konteks menghina.hanya bercakap benda yang telus macam yang ada dalam kepala gua.tak suka cover-cover dan kona-kona.plain honest dan straight forward bila masuk bab bercakap dan bagi pendapat.yang kenal gua tuh kenal la gua camane.gua lebih suka macam tuh sebenarnya sebab payah la bila nak kena cover-cover jaga hati..tapi kengkadang gua pilih untuk hipokrit jugak,sebab ramai manusia yang lebih suka bila kita jadi hipokrit,kalo tak diorang bising pot pet pot pet kecoh itu ini.demi ketenangan diri sendiri yang amat rimas nak dengar orang lain cakap banyak,baik la gua bagi je apa yang diorang expect.diorang hepi,gua pon aman.
lalala..malas nak tulis lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan