Isnin, Mei 19, 2008

Cemburu Itu Hampeh

cemburu itu bodoh.cemburu itu sial.gua mudah cemburu.gua kuat cemburu.dan gua tengah cemburu.kenapa gua cemburu?sebab gua cemburu.takde sebab lain.adoiii..cemburunyerrr!!!!
cemburu tanda sayang.itu diorang cakap.tapi gua cakap lain.kalo gua tak sayang pon gua cemburu jugak.dah nak cemburu,cemburu la.kena ada sebab spesifik ke?adakah sebab gua mahukan sesuatu maka gua cemburu?tapi kadang-kadang gua tak mahu pon gua tetap cemburu.kenapa?mana la gua tau.gua pon tak paham perasaan gua sendiri.yang gua tahu gua cuma cemburu.cemburu ke dengki?alah,sama la tuh.tempat diambik alih orang lain.cemburu la.ke gua ambik alih tempat orang lain pastuh tuan punya asal ambik balik tempat dia?ah,sama je.kalo gua dah duduk jadi tempat gua la.sape dulu sape kendian,tempat gua jugak.kalo gua tak nak duduk situ dah pon,pegi la cari tempat lain.apasal pegi duduk tempat gua.waargh..lalala..tak suka la org duduk tempat gua.
hahaha..ntahapehape je gua nih.poyo gila.cemburu nih bukan cemburu terluka yang gitu tuh.terluka jugak,tapi terluka ego.macam kalo baju nih gua dah tak nak pakai,tapi tak seronok jugak bila tengok ada orang lain pakai.lalala..apa yang gua nak sebenarnya?ok..tukar situasi.katakan camnih.gua tinggalkan someone sebab gua rasa dia tak sesuai untuk gua.memang tak kira apa jadi pon,gua takkan terima dia jadi kekasih sebab kitorang memang tak sesuai nak bercinta.lepas gua pegi,dia tak dapat lupakan gua sebab dia dah betol-betol sayangkan gua.dia terluka,merana.dia kecewa habis,dan masih terus berharap pada gua sedangkan gua tak dapat nak paksa diri gua untuk terima dia.bila tengok dia macam tuh,mesti gua rasa bersalah sangat-sangat.mesti gua sedih dan tak tau camane nak maafkan diri gua sendiri sebab dah bagi dia harapan palsu.camane gua nak maafkan diri sendiri bila tau ada orang kecewa dan terluka sebab gua.mesti gua serba-salah,tak tenteram.camane gua nak buat nak tebus kesalahan gua.gua akan salahkan diri sendiri dan rasa diri gua nih teruk buat orang macam tuh.so,adakah itu yang gua nak tengok berlaku?dah tentu la tak.antara perasaan yang menyeksakan jiwa adalah perasaan bersalah.tak sanggup gua nak hadapi perasaan tuh.gua tak nak jadi camtuh.cukup la ngan pengalaman-pengalaman yang lepas,rasa bersalah kat orang yang betol-betol ikhlas mengharap pada gua.
gua tak nak perkara macam tuh berlaku.so ok..tukar balik situasi.gua tinggalkan someone sebab gua rasa dia tak sesuai untuk gua.memang tak kira apa jadi pon,gua takkan terima dia jadi kekasih sebab kitorang memang tak sesuai nak bercinta.lepas gua pegi,dia boleh terima dengan hati terbuka.dia tenang,tak terjejas pape dan anggap itu yang terbaik untuk diri masing-masing.dengan mudah dia dapat lupakan gua dan sekejap je dah ada pengganti lain.dia cari kebahagiaan yang mampu dimiliki daripada buang masa kenangkan perkara yang tak mendatangkan hasil.bukan ke itu yang terbaik?masing-masing praktikal.dia move on dengan jalan dia,gua move on dengan jalan gua.memang kitorang tak sesuai bersama dan itu la pilihan yang terbaik untuk kepentingan bersama.dia boleh terima dengan baik tanpa salahkan gua jadi gua tak perlu rasa bersalah dan tak perlu rasa macam berhutang pape.boleh la gua tumpukan perhatian gua pada pilihan lain yang lebih sesuai sebab memang itu la yang gua nak.tapi,adakah itu buat gua puas hati?dia boleh terima semuanya dengan hati terbuka dan mudah dapat pengganti.tapi,hahaha..sebenarnya tak jugak.ceh!mudahnya dia lupakan gua.apa gua nih semudah tuh ke untuk dilepas dan dilupakan?cepatnya dah ganti tempat gua ngan orang lain.ceh ceh ceh ceh!sungguh kurang asam.kot ye pon takde masa depan dan tak mendatangkan hasil,takkan la sepantas kilat boleh move on selamba badak.sungguh kurang asam.ceh ceh ceh.kot ye pon,menderita la sikit.hahaha..kan baru kena tinggal.ceh ceh ceh..24000 kali ceh.
so kesimpulannya,apakah ketegori perasaan gua nih?hahaha..apakah rasionalnya gua merasa cemburu dan tak puas hati bila tempat gua diganti dengan mudah sedangkan gua juga tak nak menyedihkan orang yang gua tinggalkan sebab gua tak rasa dia pilihan yang sesuai untuk gua dan gua nak bebas beralih arah pada yang lain?apasal gua rasa tak puas hati dan sakit hati dia boleh lupakan gua dan cari orang lain?apakah sebenarnya spisis perasaan yang gua rasa nih?apakah teori yang menjelaskan kehampehan yang gua alami ini?dan yang paling penting,apakah teknik-teknik yang boleh menghilangkan perasaan hampeh ini dari hati gua?help help..apa formula untuk hapuskan kecemburuan yang tak munasabah ini?cepat la hilang cemburu bodoh!sungguh tak matang langsung ada perasaan camnih tapi ini perasaan,bukan perbuatan.dia dok dalam hati gua.camane?cepat la hilang perasaan bodoh!syoh syoh syoh..blah dari hati gua!

1 ulasan:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL berkata...

wakakakaka... tergelak baca. funny lah :>