maki 24000 karung,menyumpah seranah,marah,ludah,muntah,masih takkan puaskan hati gua jugak.jadi camane?gua tak benci orang,gua tak marah orang.yang gua benci dan marah tuh adalah situasi.kot mana silap jalannya sampai boleh buat gua terjerumus dalam situasi sekarang?dari mana punca dan apa penyebab semuanya jadi camnih?satu silapnya yang pertama-tama,kenapa mesti gua dekati seseorang yang kalo gua tak dekati pon takkan mempengaruhi pape?gua buat perkara yang tak perlu pon untuk gua buat.yang keduanya,kenapa terlalu laju sangat gua rapat dengan seseorang yang baru dikenali seolah-olah kitorang kenalan lama sedangkan masing-masing tak kenal latar-belakang masing-masing sepenuhnya.gua dah salah letak sesuatu pada kedudukan yang tak sepatutnya.yang ketiganya,kenapa gua leka daripada berfikiran negatif untuk tak perlekeh cara layanan mesra yang ditunjukkan seperti gua selalu perlekeh cara layanan mesra kenalan lelaki lain yang bagi gua adalah tak logik dan dibuat-buat.berfikiran positif buat gua tersalah anggap dan over konfiden yang gua ni sangat penting dan diperlukan.walaupon menjatuhkan ego untuk mengaku,tapi jelasnya kat situ ialah gua perasan.yang keempatnya,lepas dah sedar gua tersalah anggap dan perasan,kenapa gua termakan pujuk untuk terus berkawan rapat dengan idea gua amat diperlukan sebagai semangat baru.kenapa gua baik hati nak tolong sembuhkan luka orang lain padahal gua bukannya baik sangat?yang kelimanya yang silap,gua memang tak berniat untuk bercinta dan jalinkan hubungan serius,kenapa gua biar diri gua dilayan macam kekasih dan bagi layanan macam kekasih seperti bercinta.gua tak sepatutnya terbawa-bawa dan bila gua sedar gua buat benda sia-sia,gua cepat-cepat nak jauhkan diri.kat situ la datangnya silap gua yang keenam.sepatutnya gua teruskan niat gua,tapi gua patah balik sebab sunyi takde teman.memang kesilapan besar.apa yang gua pikir?masing-masing jadi tempat persinggahan masing-masing untuk isi sunyi masing-masing.gua tak pernah yakin akan ada sebarang perkembangan dan gua tak pernah terbayang gua akan ada hubungan serius yang berpanjangan.then?tanpa sebarang matlamat dan niat untuk pergi jauh,apa motif gua layan?silap ketujuh,gua sepatutnya stop sebelom keadaan makin rumit tapi apa yang gua buat sebaliknya makin merapatkan hubungan yang gua yakin takkan ke mana.itulah silap gua yang kelapan bila gua harapkan pulak komtimen daripada hubungan yang takde sebarang status yang gua sendiri tak sanggup nak bagi komitmen sebab gua rasa gua masih bebas macam biasa.silap kesembilannya,padahal gua asyik rasa nak lari tapi kenapa gua tak lari malah buat-buat macam semuanya ok?dan akhirnya gua ambik tindakan tepat untuk tinggalkan semua tuh.soal tak serasi sebenarnya hanya faktor kecik yang menjadi alasan tapi yang lebih utama ialah membebaskan diri daripada benda yang lama-kelamaan akan semakin membebankan.gua sebenarnya nak bebas tanpa perlu nak rasa bertanggungjawab pada sesiapa.dan keadaan makin jelas bila dia belom pape dah sibuk terkejar-kejar orang lain.sungguh mudah.kat situ ketara sejauh mana tahap kesungguhan dia mendampingi gua sebelom nih.benda yang seobvious itu,kalo gua masih tak sedar,bodoh dan buta sangat la gua.apa lagi yang nak dikesalkan?akhirnya terbukti dan terlihat isi hati yang sebenar.terserlah nilai kejujuran dan keikhlasan yang pernah dipamerkan depan gua sebelom nih.gua cuak.sikit-sebanyak,gua kecewa tapi bukan kecewa sebab dia terlepas dari tangan gua atau apa.gua kecewa sebab gua anggap dia baik dan ada kerekter yang boleh dibanggakan tapi rupa-rupanya dia sama macam lelaki lain yang kata-katanya tak boleh dipegang.memang menghampakan.gua tak terluka dengan apa yang berlaku cuma gua kesal.gua letakkan pandangan yang baik yang membezakan dia daripada lelaki tin kosong lain yang tak boleh diharap,tapi dia sia-siakan pandangan baik gua.sayang..dan sepatutnya,ia habis kat situ.setelah jelas gua buat tindakan tepat tinggalkan dia dan jelas macammana isi hati dia yang sebenar,sepatutnya semua dah selesai.gua blah,buang dia jauh-jauh,gua hidup gua,dia hidup dia.habis cerita.tapi akhirnya gua buat silap yang cukup besar bila konon-konon mahu jadi matang dan bersikap cool,boleh rilek berhubung tanpa ada hard feelings.sungguh kepala hotak gua punya matang dan cool.banyak la gua punya no hard feelings.elok-elok dah setel,gua pergi sambung cerita.cari nahas sendiri.akhirnya gua yang dok sakit hati,marah dan cemburu.berlagak sangat nak tunjuk 'dewasa',nah,rasa gua punya dewasa.camane nak no hard feelings kalo dah gua pergi menghadap punca ke'hard feeling'an gua tuh?lagi gua tengok,lagi gua ingat apa yang dah berlaku,dan selagi tuh gua akan bengang dan sakit hati.dari awal sampai sudah gua kenal dia memang penuh dengan kesilapan je tak habis-habis.dan sekarang nih camane gua nak buat?camane gua nak berkawan elok-elok kalo dalam hati gua penuh dengan rasa tak senang dan tak selesa?gua tak nak jadi tak profesional,bila mula dengan berkawan akhirnya jadi musuh bila things doesnt work.haih..mungkin terlalu awal kalo nak gua berkawan elok macam takde pape yang tak memuaskan hati berlaku.gua perlu bertenang dan get myslef back in control.so kesimpulannya kepada sesiapa yang berkenaan,gua nak rilek kejap untuk buang rasa negatif dalam hati gua nih..dan kepada diri gua sendiri,bertenang dan kawal la hati tuh supaya tak layan sangat rasa marah dan cemburu yang hanya menyakitkan diri sendiri.sape suruh gua cari penyakit?pandai cari pasal pandai la menanggung.
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan