Isnin, Mei 05, 2008

Blog Dan Selera Masing-Masing

gua rasa semua orang yang baca blog ada selera diorang masing-masing tentang penulisan camane yang memenuhi kehendak diorang.cakap pasal blog,macam-macam jenis dan spisis blog yang ada dalam alam maya nih dan macam-macam jenis dan spisis manusia yang baca.ntah la..berbalik kepada pokoknya,selera masing-masing..
ada beberapa blog yang bagi gua menjadi blog wajib baca..tak perlu la disenaraikan tapi ada sesetengah blog yang menjadi blog utama bacaan rata-rata pembaca blog tak termasuk dalam senarai blog pilihan utama gua..ntah la..diorang mungkin penulis berkaliber yang dikagumi oleh pembaca blog yang lain malah ramai yang cuba nak jadi macam diorang..mungkin cool,tapi bagi gua,pathetic.bukan penulis yang menjadi idola tuh pathetic,tapi para copy cat yang cuba nak meniru adalah pathetic..well,again,ia berbalik kepada pokoknya,selera masing-masing.bagi diri gua sendiri,gua tak tau apa sangat yang ada untuk dikagumi.whatever it is,benda yang kononnya di luar kebiasaan bila dah terlalu biasa dibuat,akhirnya akan jadi nothing.kepada para pengkagum yang memandang tinggi dan meminati sesetengah penulis blog sampai terikut-ikut gaya penulisan blogger kegemaran diorang,mungkin itu terserah pada diri masing-masing jugak.dah diorang anggap blogger yang dijadikan idola tuh hebat,then,suka hati diorang la.apa gua peduli anyway.gua pon bukan nak cakap pasal diorang,tapi nak cakap pasal selera gua dalam membaca blog.
memandangkan gua bukan sesapa,jadi pandangan gua terhadap apa yang gua ketegorikan sebagai penulisan yang bagus tak bermakna pape.saje sekadar nak membebel pasal pendapat peribadi gua.bagi gua,ia bukan soal gaya bahasa dan vocabulary yang superb dan semua tuh,tapi ia soal isi dan apa yang disampaikan.bercakap dengan vocab yang kaya mengalahkan dbp sekalipon takde makna kalo apa yang ditulis adalah bodoh..well,penulisan melambangkan mentaliti dan keperibadian penulis.mungkin ada yang pikir ia tak bermakna pape kerana blog hanya sebahagian kecik daripada keseluruhan diri sebenar seorang penulis tapi nak tak nak somehow ia tetap reflek personaliti kita.kita adalah apa yang kita perkatakan.kita takleh bohongkan kebijaksanaan dan juga tak boleh samarkan kebodohan.well,gua macam dah nak pegi lagi jauh tapi gua takde hasrat nak buat macam tuh sekarang nih.ok,tumpukan pada selera peribadi gua kembali.so macam yang gua cakap tadi,gua nilaikan kualiti penulisan melalui apa yang ditulis,bukan macammana ia ditulis sangat.ia mungkin bukan dalam bentuk formal dengan penggunaan tatabahasa dan nahu yang menepati skema yang ditetapkan,tapi selagi isinya padat dan kuat,bagi gua itu sudah cukup bagus.ikut selera gua la.ini bukan kelas formal bahasa melayu jadi bagi gua,gua prefer gaya bebas dan santai.sebab tuh gua sendiripon tak peduli sangat nak ikut struktur penulisan rasmi semua tuh. Gua boleh menulis dengan betul macam ini, menggunakan ejaan yang tepat dengan huruf pertama di depan ayat besar, jarak selepas koma dan noktah serta sebagainya, seperti penggunaan bahasa buku, tapi Gua tak berminat..gua lebih senang macam nih,menjadi lebih santai dan 'pasar'.bagi gua,ia lebih realistik.macam perbandingan antara berkemeja,berseluar slack dengan tali leher dan pakai tshirt biasa dengan shorts atau lebih santai dari tuh untuk lepak selamba hari-hari.dipendekkan cerita,gua suka sesuatu yang lebih santai dan bersahaja la.
santai dan bersahaja tak bermaksud tak serius tapi something yang serius pon boleh disampaikan dengan cara yang selamba untuk benda tuh tak jadi terlalu berat dan boring.bagi gua,seronok untuk baca something yang nampak macam santai dan bersahaja tapi dalam masa yang sama ada point yang padat.ringkas tapi mendalam,untuk lebih tepat.tak semestinya bila sebut mendalam kena cerita pasal perang dunia,pasal politik,pasal falsafah ketuhanan,bla bla.benda-benda harian yang biasa pon boleh jadi benda yang mendalam.realistik.ya,realistik.secara realitinya kalo kita betol-betol jujur,berapa kerat sangat hidup kita involve sekitar semua isu berat-berat yang lebih lazim dianggap sebagai besar berbanding benda-benda biasa yang umumnya dicop sebagai remeh-temeh.gua tak tau la orang lain,tapi bagi gua dunia evolve around myself dan manusia-manusia yang wujud dalam lingkaran kehidupan peribadi gua berbanding dengan 'dunia global'.jadi gua juga lebih berminat untuk tahu tentang manusia dan kehidupan diorang berbanding dengan diorang bercakap pasal isu-isu global yang berat.bukan la terlalu macam diari peribadi sangat yang cerita satu-persatu dari a-z tentang aktiviti harian,tapi lebih kepada pandangan diorang secara general tentang perkara-perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan biasa.benda-benda remeh biasa yang kita anggap tak signifikan langsung.mungkin pasal gosok gigi,pasal makan biskut,pasal basuh pinggan.memang menarik bila seorang penulis boleh tulis tentang perkara basic dalam life yang kita sendiripon tak perasan kemudian menghasilkan satu perspektif baru yang lebih luas tentang manusia dan kehidupan.
orang-orang macam nih bagi gua adalah sangat menarik yang menjadikan penulisan diorang berbaloi untuk dibaca.diorang bijak,deep..bagi gua,sangat membosankan bila sebut bijak dan deep je mesti kena suka memberontak dan sinis pada semua benda dan semua orang dan mesti kena langgar semua peraturan yang ada demi menunjukkan betapa hebat dan bebasnya pemikiran sampai takleh diatur oleh pape langsung dalam dunia nih.itu kalo dulu-dulu boleh la tapi sekarang nih dah tak menepati zaman.biasa la,kita hidup dan berevolusi.daripada zaman bila jadi baik itu hebat sampai ke zaman bila jadi jahat baru hebat dan zaman sekarang nih bila fikiran kita sepatutnya lebih bebas dan matang tanpa semua ciri-ciri umum luaran menentukan pape tentang kehebatan seseorang.again,semua diri masing-masing.pendapat yang konon hanya neraka ada manusia hebat dah tak valid langsung bagi gua.sangat kuno dan sempit.manusia yang hebat tak kisah la dalam syurga ke dalam neraka ke,tetap hebat.in fact bagi gua,nak jadi golongan neraka berjuta kali lebih mudah daripada nak jadi golongan syruga..
hapekejadah pulak yang gua melalut pasal golongan syurga golongan neraka nih?first of all gua langsung tak get it pengketegorian syurga dan neraka yang diguna pakai oleh mereka-mereka nih.sungguh sampah dan merepek.memang bodoh mengeketegorikan manusia kepada kelompok stereotype walaupon memang rata-rata manusia adalah stereotype.well,cara kita menstereotypekan orang lain juga menunjukkan tentang stereotype kita menilai orang lain.haih..malas la gua nak menulis panjang-panjang..terus dipendekkan cerita,gua suka baca penulisan yang ringkas tapi padat,ringan tapi berisi,ada point kuat yang tersirat walaupon nampak mudah dan santai..sesuatu yang real dan benar daripada manusia yang real dan benar..penulisan yang jujur dan direct daripada pandangan peribadi walaupon mungkin kedengaran negatif dan kurang ajar.tak semestinya pasal 'kenakalan' perlakuan tapi pemikiran yang bernas dan perasaan yang sebenar.well,kita tak selalu tengok gelas separuh penuh kan in fact banyak mana sangat kita pernah tengok gelas separuh penuh berbanding dengan gelas separuh kosong?so,get real la..umumnya manusia tak suka bila someone jadi real mengakui kenegatifan yang ada dalam diri tapi gua suka..itu yang buat manusia nampak lebih 'manusia'.satu tindakan yang berani dan telus..bukan setakat dalam blog,dalam kehidupan sebenar pon gua prefer manusia-manusia sebenar yang diri mereka terdiri dari unsur-unsur positif dan negatif,dan tak takut menyuarakan kebenaran baik yang positif mahupon yang negatif..seimbang la..bukan positif je memanjang dan bukan jugak negatif memanjang.
ciss..entri gua dah terpanjang jugak akhirnya..hampeh betol..selalu bermasalah nak keep it short!

2 ulasan: