Jumaat, Mei 02, 2008

Bangun Dari Mimpi

apa yang akan terjadi bila kita terjaga dari tido yang terlampau panjang?bangun dengan segala-galanya dah berubah dan asing daripada detik kita terlena.memang jadi bingung dan terpinga-pinga..hilang punca seketika cuba memproses keadaan di sekeliling..jadi pening,jadi keliru..otak kita kabur dengan apa yang tengah berlaku..pastinya akan ambik masa sebelom segala-galanya kembali jelas dan teratur dalam fikiran sedar kita..
ah..baru habis peringkat mamai rupanya..bangun tercongok terkebil-kebil lepas kepala kena hempuk habis kuat.gila mati punya tido.nak kena hempuk kena goncang kena pelangkong kaw-kaw baru nak bangun sepenuhnya.ubat tido apa yang gua makan sebelom lena sampai boleh tido nyenyak mati-matian macam tu?gosok-gosok kepala,sakit bekas kena hempuk.auch!sakit gila babi la,sial!tido tak ingat dunia sampai banyak kali kena hempuk baru boleh terjaga.kepala dah benjol sana-sini dan berdarah-darah.memang betol la tido gila-gila punya mati!sampai kepala luka pon tak sedar-sedar habis jugak.nah,hempukan terakhir tahap dewa,baru cerah bijik mata bangun terus terduduk terus.
urgh..banyaknya darah..nyaris nak bernanah dan memburuk dah luka-luka yang ada.kecederaan yang terbiar kerana gua tak rasa sebab gua masih tak bebas dari nyenyak tido gua..hanya termenung..termenung membenarkan kewarasan kembali menguasai diri..perlahan-lahan..semuanya kembali jelas dan nyata.gua di dalam bilik yang gelap dan tertutup rapat sekian lama semenjak gua terlena dulu.
ah..tarik dan lepas nafas panjang-panjang..udara realiti yang sebenar!geliat betulkan urat-urat dan sendi-sendi tubuh.rasa kebas dan sengal habis satu badan..pandang ke depan.selamat pagi wahai dunia!diiringi senyuman pahit dan kelat dalam kesakitan..lepas ni apa?pegi mandi bersihkan badan dan cuci luka-luka..sapu ubat..perlahan-lahan nanti sembuh la semua sakit tu..yang tinggal cuma menunggu proses pemulihan..gua buka pintu dan jendela luas-luas..angin segar mula masuk..perlahan-lahan melangkah ke luar setelah sekian lama,tengok dunia!mata gua yang melihat hari ni dah melihat dengan pandangan yang berbeza..semuanya dah lain..semuanya serba baru..dunia yang bukan lagi mimpi..ah..dunia kebenaran..
di sini ialah titik mula kembali..pahit senyuman ini,sakit bangun ini,tapi gua percaya perlahan-lahan kepahitan akan berganti dengan kemanisan dan sakit akan pulih menjadi damai..mimpi-mimpi yang gua catat di satu ruang akhirnya gua padam..untuk apalah gua mahu mencatat semula satu-persatu mimpi yang dialami sebenarnya?mimpi cuma mainan tido..lepaskan saja dengan terus pada penutup tanpa perlu patah balik ulang semuanya dari awal..
ah..kabut-kabut terus menghilang..jelasnya langit di atas..senyum dalam diam..matahari cantik!

Tiada ulasan: