Isnin, April 11, 2011

Tak Perlu Peringatan

gua,selalu waras.tinggi manapun gua terbang,kaki gua tetap berpasak di bumi.cucuklah dadah sehebat manapun,mata gua akan tetap melihat mimpi sebagai mimpi,realiti sebagai realiti.gua tak keliru.gua tak celaru.gua tak pernah terputus jejak dengan kenyataan.berpijak di bumi yang nyata,walau sejelas dan seluas mana pun alam fantasi itu mampu gua terokai.

kehidupan ni,dah lama gua sedar.apa yang begitu,akan begitulah.malam,siang,bulan,bintang.menjerit sampai pecah tekak,berkecai jadi cebisan daging bertaburan pun,takdir takkan berubah.apa yang pergi,tetap akan pergi.apa yang hilang,tetap akan hilang.warna hitam,masih saja warna hitam.sebab tu gua tak lagi merintih,mengaduh,kerana gua tahu,walau gua meraung sekuat hati pun,apa yang sakit tetap akan sakit.jeritan gua,tangisan gua,airmata gua,takkan merubah apa-apa.luka akan tetap menjadi luka.darah akan tetap menjadi darah.dan kehidupan dah lama menyepak kepala gua untuk arif yang kata-kata hanyalah kata-kata.tak lebih,tak kurang.sebenarnya,ia tak bermakna.samaada sakit sambil mengadu atau sakit sambil berdiam,tak ada bezanya.tak ada siapa yang peduli.dan kalau mereka peduli pun,mereka juga tak dapat buat apa-apa.hidup tak beri banyak pilihan.apa saja yang turun,suka,duka,hatta beban sebesar dunia yang menghempap kepala sampai hancur,kita tak mampu menolak.samaada kita yang menewaskan sakit,atau sakit yang menewaskan kita.kesedaran itu,yang buat gua jadi kebal.kebal,bukan kuat,bukan tabah.gua tak ada pilihan selain menghadapi apa saja yang dilonggokkan di laluan hidup gua.bukan gua tak pernah takut,tak pernah goyah,tapi,kalau bukan gua yang gerakkan kaki gua sendiri,siapa lagi yang mahu membantu?

ini,bukan berdikari.cuma kesedaran yang tiada lain hanyalah sedar.mata gua tak tertipu.impian,angan-angan.semua tu,dah lepas lama.gua hidup dengan mata yang celik,yang tak tidur,tak bermimpi.jadi,lu cakap lu sayang gua,berapa harga sayang lu tu?boleh tak gua gadai kat pusat pajak buat beli makanan kalau-kalau gua lapar,atau beli selimut kalau-kalau gua sejuk?kata-kata,semuanya murah.tapi,kalau gua nyawa-nyawa ikan,dan untuk menyelamatkan gua adalah dengan meninggalkan segala urusan lu,kepentingan lu,lu akan buat itu untuk gua?heh.senyum sinis itu,sebab gua sendiri pun tak mampu untuk menjawab.kata-kata.perkataan.semua orang pun buat mainan.bukan untuk mempermainkan,tapi masih saja adalah mainan di mulut.sebab mulut itu peranannya memang meluahkan perkataan,kecuali kalau kita bisu.

sinis,kelat.apa mahu hairan.struktur tubuh gua terdiri dari segala unsur yang saling bercanggah.semuanya tak seiring.tulisan gua,perwatakan gua,hati gua,jiwa gua,naluri gua,sampai ke rupa dan suara gua.gabungan orang-orang lain yang membentuk menjadi gua.ini,kat dalam ni.lu mahu selam?cubalah.kalau lu tak mati lemas dalam menyelam untuk cari dasar hitam paling dalam pada diri gua,tahniah.sebab hakikatnya,walau di titik paling dalam,itu juga masih belum cukup dalam kalau lu mahu sampai pada gua,sedalam-dalam gua.tak,gua tak pernah bermimpi.tak payah tipu mahu cakap esok akan lebih cerah,matahari bersinar-sinar bla bla bla.mendung dalam jiwa,ada bezakah,dunia luar indah ke indah,ribut taufan tsunami segala.ini kebenaran sadis.sekali kertas dah jadi hitam,ia dah tak boleh diputihkan kembali.jadi beringat,jangan dihitamkan kertas putih si anak kecil.sebab kita-kita,sebagai ibu dan bapa,sering tanpa sedar menjadikan dunia itu neraka untuk anak-anak kita.adalah kejam,untuk dilahirkan menggalas segala harapan dunia,kemudian dimatikan perlahan-lahan sampai jiwa jadi sarang kosong tanpa rasa.tak ada alasan,tak ada sebab.letak sepuluh orang melalui satu jalan hidup yang sama,hasil akhirnya boleh menjadi sepuluh cerita berbeza.sebab manusia itu berbeza-beza.hati,rasa,reaksi.dan kita selalu tak sedar,betapa kita mampu menyakitkan orang sehingga ke tahap boleh membunuh jiwa.

pokok-pangkalnya,gua tak pernah hilang jejak dengan realiti.waras sewaras-waras kewarasan yang ada.dandanlah kekurangan itu menjadi secantik manapun,gua masih tak tertipu melihat kekurangan yang ada.untuk terjaga di tengah malam dan menyedari betapa kosong dan sunyinya dunia ini,adalah perasaan yang amat mengerikan.ia macam tu dulu,ia masih macam tu sekarang,dan ia masih akan begitu sampai bila-bila.gua adalah serasional-rasional manusia,cukup rasional yang buat gua tak pernah hilang haluan walau sekecewa manapun gua dengan realiti,dengan suratan takdir.jadi,tak perlu mahu terangkan pada gua tentang sakit.sakit gua,kalau lu rasa,hanya sebahagian saja sudah boleh merabakkan jiwa-raga lu.jadi,tak perlu beritahu gua semua tu.bezanya,gua dah berguru dan dah mahir ilmu silap mata.gua boleh hancur sambil berkeadaan baik-baik saja tanpa ada sesiapa pun yang menyedari tentang kehancuran gua.gua boleh hidup sambil mati.gua boleh tak cedera sambil sedang cedera parah.sebab ianya dah di luar batas normaliti.sebab zaman bila berduka itu adalah dengan berduka dah lama berlalu.gua hanya perlu sekali.sedarkan gua sekali dan gua akan sedar sampai bila-bila.tak guna bermuram,bermurung.malah,kalau gua mahu pun gua sudah lupa caranya.

gua yang ini,yang ketawa,yang ceria,yang selamba,lu fikir itu tanda kegembiraan ke?sebab gua dah terlalu tua,untuk duduk-duduk bersedih mengasihani diri mengenang nasib dan takdir.kalau mahu kebenaran,buang segala sifat teruja,sifat seronok,lu fikir,gua peduli tentang apa-apa dalam dunia ni?kalau gua berkeadaan sedar sesedar-sedarnya,jujur,gua tak ada sebarang rasa.kosong.bundar.neil.tak ada emosi,tak ada reaksi,tak ada apa-apa.nothing  dengan seasas-asasnya nothing itu.gua manusia?gua robot?lupa.tak tahu.macam gua pandang skrin monitor ni.hanya pandangan kosong tanpa ekspresi,tanpa minda,tanpa rasa,tanpa emosi.gua ulang lagi sekali.gua tak ada rasa apa-apa.tak ada perasaan.NOTHING.

kalau mahu kebenaran,itu kebenarannya.tapi gua ini,gua pilih untuk hidup dengan cara yang gua pilih untuk hidup.gua wujudkan teruja,gua ciptakan ceria,supaya gua rasa seperti manusia.tak perlu ingat tentang realiti itu adakalanya memang macam haram.ada bezakah?ingat atau tak ingat,boleh buat hujan yang turun tiba-tiba berhenti ke?boleh buat malam tiba-tiba tak datang dan hari jadi siang sampai bila-bila ke?sebab itu kelakar.mahu cakap tentang luka,kecewa,macamlah gua yang tengah rilek selamba ni bahagia ceria riang-ria teramatnya lah sangat.kalau mahu cerita pasal kosong,pasal emotionless,dan bla bla bla..my my..apa lu ingat,gua teruja bilang bintang maknanya hati gua penuh warna dan perisa?sudah,jangan naif sangat.don't take happiness too seriously.selagi boleh seronok,seronok saja walaupun dengan sekecil-kecil benda.hidup yang besar ini pun,terdiri dari benda-benda kecil juga.jadi,kenapa mahu serius sangat?

semuanya pilihan.gua pilih untuk cari keterujaan,cari keseronokan,hiburkan hati gua dengan apa saja yang boleh menjadi satu hiburan.apa nak cerita tentang dunia gelap,dunia hitam.ketawa terlompat-lompat pun,ia masih ada kat situ.itu,gua simpan kat dalam.benam dalam-dalam dalam diri gua biar ia jadi kisah antara gua dan diri gua.luka gua adalah hak milik gua,letaknya di dalam yang paling dalam untuk gua nikmati sorang-sorang tanpa gangguan sesiapa.macam itu,buat luka itu lebih bermakna.rasa yang sebenar,lebih indah bila hanya dirasa sendiri tanpa dipertontonkan kepada umum.dan bahagian waras itu,bahagian celik,bahagian sinis,bahagian kelat,gua suka letak mereka di dalam.tak payah keluar.ia bukan cara yang tepat kalau keterujaan yang kita pilih untuk merangsang jiwa supaya 'tertipu' ia sedang hidup adalah apa yang menyimpang,jadi pandai-pandailah diri sendiri memilih.cuma,apa yang gua nak cakap.kalau boleh teruja,terangsang,rasa asyik dan nikmat,kenapa mahu biar hakikat yang bosan tu keluar mengambil-alih keseronokan?

gua masih mahu khayal.gua masih mahu teruja.bukan sebab gua suka berangan,suka bermimpi,jiwa penuh rasa naluri emosi bla bla.sebabnya sangat ringkas.rasa bosan bodoh kosong macam ni,tak menarik langsung.bukannya gua lupa tentang hakikat,tentang kehidupan,tentang kenyataan.cuma,kalau boleh rasa nikmat,kenapa mahu rasa palat?

haih..tolong..apa-apa saja,lebih menarik dari tak rasa apa.

2 ulasan: