gua berdiri di luar memerhati.dalam sana terlalu ramai orang,gua tak tahu untuk masuk.gua cuba menyelit,tapi kemudiannya keluar balik.ia bukan tempat yang sesuai untuk gua.zon siang yang terlalu terang,terlalu padat.lagipun gua alah.vampire kalau keluar siang boleh terbakar.
sebenarnya gua tertanya-tanya,apa yang orang lain nampak kat dalam tu?seolah-olah tenang terkawal dan ceria.tapi anehnya biar hanya memerhati dari luar apa yang gua nampak adalah makhluk bersayap yang sayapnya terkopak dan berdarah,walaupun dia sarungkan jubah putih labuh menutup sayap itu.mata gua tetap hanya melihat si makhluk yang sedang cedera mengenakan topeng senyum melayan 'tetamu-tetamu' yang tak putus datang mahu itu mahu ini.di ruang udara yang dipenuhi suara-suara gamat,gua tengok roh luka sedang melayang dan pekatnya roh luka itu sampai auranya meresap ke dalam diri gua.tiap senyum,tiap perkataan,tiap riak ramah,yang gua baca adalah kekusutan dan kekeliruan.yang terpancar dari dia adalah kekosongan,kesakitan.disamarkan dengan apapun,gua tetap nampak sakit.mata apa yang gua guna untuk melihat?somehow,it hurts me too.
melihat dari pinggiran dan menyedari keramaian itu sedang membunuh dia dan dia masih cuba bertahan mahu memuaskan kehendak ramai orang.in my eyes,he's still just a kid.seorang budak bukan dari segi usia dan kematangan,tapi jiwa yang masih perlukan perlindungan dan jagaan.masyarakat,dunia,kehidupan harian nyata,kadang-kadang sangat kejam melapah keyakinan dan keimanan dan memutar-mutarkan kebenaran sampai boleh buat manusia jadi silau dan sasau menggagau mencari tempat berpaut.dunia itu mengoyak sayap dia dengan kejam dan membebankan kecamuk ke atas bahu dia yang patah.gua turut menyerap keletihan yang menerawang dan gua rasa kasihan.bukan simpati,tapi belas kasih.somehow,melihat kesakitan itu buat gua turut merasa sakit namun apa yang lebih sakit menyedari gua ini orang asing di dalam realiti sebenar dia yang tidak kenal serta tidak tahu apa-apa dan tidak mampu membantu apa-apa.amat menyakitkan bila melihat kesakitan tapi tak mampu melakukan apa-apa untuk hentikan atau setidak-tidaknya melegakan sedikit.
........................
ini hanyalah gua,menjadi gua.merasai sakit seperti ia sakit gua sendiri.yang berdiri di luar di pinggiran di dalam rahsia itu,hanya boleh diam-diam mengerti dan sekadar mengalirkan luhur bersama zarah-zarah bisu di udara....
........................
ini hanyalah gua,menjadi gua.merasai sakit seperti ia sakit gua sendiri.yang berdiri di luar di pinggiran di dalam rahsia itu,hanya boleh diam-diam mengerti dan sekadar mengalirkan luhur bersama zarah-zarah bisu di udara....
dan ini hanyalah gua,menjadi gua........
andai mampu....
tangan ini mahu mendakapmu
mahu melindungimu....
akanku beri segala yang terindah
kerana kau layak untuk itu....
namun mengertikah....
setiap nafas yang ku sedut..
sakitku berlanjut....
saat aku mengukir senyum
tangisku mengalun
di sini di bawah zahir ini
luka itu sebenarnya tak pernah berhenti
maafkan aku....
enggan menghampakan semua
lalu aku berkata tega....
beraksi megah seperti pemenang
sedang di dalamku tewas
aku sebenarnya lemah
salahku pada mereka....
berlari bebas lagak pejuang....
masa lalu hanya igauan...
kononnya...
....sinis aku mendengus....
pada diri yang bohong....
sedang akulah yang kalah antara yang kalah
terpenjara
....dibelenggu masa silam....
17/5/08 1:00 am
tangan ini mahu mendakapmu
mahu melindungimu....
akanku beri segala yang terindah
kerana kau layak untuk itu....
namun mengertikah....
setiap nafas yang ku sedut..
sakitku berlanjut....
saat aku mengukir senyum
tangisku mengalun
di sini di bawah zahir ini
luka itu sebenarnya tak pernah berhenti
maafkan aku....
enggan menghampakan semua
lalu aku berkata tega....
beraksi megah seperti pemenang
sedang di dalamku tewas
aku sebenarnya lemah
salahku pada mereka....
berlari bebas lagak pejuang....
masa lalu hanya igauan...
kononnya...
....sinis aku mendengus....
pada diri yang bohong....
sedang akulah yang kalah antara yang kalah
terpenjara
....dibelenggu masa silam....
17/5/08 1:00 am
lu nampak kekecamukan itu, *senyum*
BalasPadamapa yang lagi yang patut gua nampak?
BalasPadam:P
BalasPadam>.<
BalasPadam