Rabu, April 06, 2011

Anti So-sial

-Dalam kamar ada cermin yang membiaskan muka keldai terang-terangan tapi yang melihat, melihat bayang malaikat. Angkat tangan tinggi-tinggi cucuk langit tapi kaki goyang tak berpasak di bumi. Buka mata, buka otak, mahu teroka cakerawala tapi pintu stor di sebelah bilik pun masih belum pernah disedari wujudnya. Tangan sebesar kuaci mahu cedok seluruh laut, kemudian dia yang itu mencebik dia yang ini, dia yang ini mencebik dia yang itu. Mulut mahu koyak saling mencebik main lambung-lambung syurga neraka macam mak bapak masing-masing yang punya. Bising, memekak, saya lagi luas dari awak, tak aku lagi dalam dari kau, bukan gua lagi tinggi dari lu orang berdua. Dalam cermin keluar muka-muka lembu, muka-muka kambing tapi masing-masing sibuk berdandan wajah kerana melihat imej cendikiawan. Babi sama babi mengata sesama sendiri, "lu babi". Tapi sebenarnya macam ni, sayang-sayang sekalian. Biar gua beritahu, ya? Lu orang bodoh. Sungguh.

....

Ia mengecewakan, tahu? Sebab itu biar orang lain saja yang jadi golongan pemikir, golongan bijaksana, golongan minda terbuka, golongan rajin membaca, golongan pencinta ilmu, golongan banyak pengalaman hidup, golongan maha kreatif, golongan hebat-hebat belaka. Gua pilih untuk duduk sendiri sikat rambut, lagi nikmat. Anti So-sial (istilah dicetak rompak daripada en.Dark).-

8 ulasan: