kadang-kadang gua terasa macam terperangkap dalam sebuah pagar sesat,dengan setiap laluannya adalah tahun-tahun dalam hidup gua.pening dan berputar-putar mencari jalan keluar tapi setiap laluan yang gua masuk akhirnya tetap hanya bawa gua balik ke tempat yang sama.tempat asal yang sama.segala laluan yang seperti menjanjikan penyudah yang baik,tapi makin gua turut makin hilang dan sebelum gua sedar,gua dah kembali ke titik mula.gua terduduk,bingung.memandang keliling dan yang kelihatan adalah dinding tebal yang tinggi penuh dengan simpang berselirat mengurung gua.masih terus mencari jalan keluar tapi tetap buntu.sekali-sekala gua berlari,lari dan lari dengan selaju yang boleh mahu melepaskan diri daripada penjara kebuntuan tapi sudahnya gua tersadung,rebah,luka dan calar di sana-sini,dan masih lagi tak berganjak ke mana.masih di situ,di tempat yang sama,di titik mula.sampai ia rasa mustahil.gua rasa mustahil.gua bukan seorang yang lemah yang menjadikan putus asa sebagai satu pilihan,tapi gua semakin hilang harapan.kekuatan dan semangat gua yang dihakis saban hari.kenapa?gua jadi keliru.kenapa mesti gua gadai roh dan jiwa gua untuk dipenjara di dalam pagar sesat yang tak membawa gua ke mana-mana?
apa yang gua rasa,bukan letih..ia jauh melangkaui letih,yang buat gua dah tak dapat nak rasa keletihannya.untuk fikir,untuk hurai,untuk apa-apa....gua dah kehabisan tenaga.perasaan gua,jiwa gua,hati gua,disedut keluar perlahan-lahan sampai tinggal rongga kosong.sesuatu yang memakan kehidupan dan nyawa,yang buat gua,hilang dalam diri.hilang dan hilang..hanyut,hilang..ada masa gua berjalan dengan kaki yang berdarah,mengheret luka di sepanjang laluan,tapi gua tak merasa apa-apa.terlalu banyak darah.darah lama yang telah kering,bercampur dengan darah yang masih menitis membuak-buak,gua jadi keliru.semua tu darah siapa?gua lihat kaki yang parah,pecah-pecah dan calar,penuh warna merah tapi gua bingung.gua sedang sakit ke?ini satu kesakitan?hmm..gua harus sakit?deria rasa gua dah rosak.kadang-kadang gua tersungkur,tak mampu untuk mengangkat tubuh,lalu gua merangkak.ini,keletihan.tapi,gua tak rasa letih.gua tak rasa apa-apa.semuanya dah terlalu lambat.sakit itu,bila sesuatu yang baik dicederakan.tapi luka atas luka atas luka atas luka,gua pun jadi lupa macam mana untuk sakit.sungguh,gua lupa.gua diam,tarik nafas dalam-dalam,kemudian semuanya membeku.
lagi sekali gua pandang keliling.masih juga dilingkari dinding tebal yang tinggi.masih lagi di sini,di dalam ini.macam mana untuk memungkinkan sesuatu yang seperti sangat mustahil?macam mana mahu keluar daripada sesuatu yang seperti tak ada jalan keluar?gua ada rasa percaya yang sangat kuat.cukup kuat untuk semat dalam diri bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini selama kita tak menyerah kalah.naluri gua terus yakin esok boleh jadi lebih baik selama kita mahu jadikan ia lebih baik.tapi di sebalik semua itu,gua juga terasa seperti gua menipu diri sendiri.sesuatu yang di luar batas baik-pulih sepertinya di luar kemampuan gua untuk membaik-pulih.segala jalan,kiri atau kanan,depan atau belakang,masih tak membawa ke mana-mana.waktu yang kian terbuang,perasaan yang kian kehabisan,sampai berapa lama lagi?harus macam mana lagi?atas segala jerih-perih gua mahu mengakhiri sumpahan pagar sesat ini,kenapa gua masih lagi terpenjara di sini?gua bukan si kebal yang punya kuasa luar biasa.sumber tenaga dah kering,dan bekalan percaya juga makin surut.tapi....percaya?mahu percaya apa?atau berhenti percaya,mahu berhenti dari percaya apa?
perkataan mustahil yang berlegar-legar di udara.seperti gua menggalas sesuatu yang tak mampu untuk dipikul.seperti gua menggali kubur untuk menanam diri sendiri.seperti gua sedang berbaring di dalam liang dan melihat debu-debu tanah dicurah ke atas gua sikit demi sedikit,dan gua sekadar menunggu sampai diri gua terkambus habis..kenapa?seharusnya gua bangun dan selamatkan diri sendiri.esok yang lebih baik itu,adalah debu-debu tanah yang mencurah menimpa sampai ia akan menimbus gua terus.jadi,apa ini,ya?cinta tanpa syarat yang akan berakhir dengan sebuah kematian?
sepertinya,gua hanya pasrah.setelah gua lari ke segenap pelusuk dan masih juga tak bertemu jalan keluar.setelah gua bunuh diri berkali-kali tapi masih juga kembali hidup di sini.setelah gua dibunuh bertubi-tubi tapi masih diberi nyawa untuk balik semula ke jalan mati.setelah kiri,kanan,depan,belakang,atas,bawah,masih tak mampu memberi penyelesaian,apa lagi asa untuk gua ikhtiarkan?jatuh ke dalam pasir jerlus.meronta perlahan,tenggelam.meronta deras,tenggelam.mana-mana pun,gua tetap tenggelam.jadi,gua diam.duduk keras,kaku,mendongak ke langit sampai mata gua silau dan berair.
mungkin,gua patut cuba kali terakhir.cuba gapai dahan yang boleh jadi tempat gua berpaut untuk selamat dari tenggelam.cuba hulur tangan kalau ada yang mahu menarik gua keluar dari pusaran.tapi sebenarnya,macam tak ada makna.mereka yang menghulur tangan,sekadar mahu cuba-cuba.bila menyedari betapa sulit dan rumit,mereka lepaskan,dan sekadar menambah himpunan kekecewaan.tapi gua tahu,mereka tidak salah.menyelamatkan gua mungkin bererti mereka pula yang akan jatuh ke dalam pasir jerlus yang membunuh.atau juga mereka akan gagal dan kami akan tenggelam bersama.
sebenarnya,apa-apa sajalah.dah tak penting dan tak bermakna.mungkin nanti gua boleh pecahkan kebuntuan.mungkin juga gua akan mati tanpa sebarang kesudahan.esok lebih baik atau lebih jahanam,jujurnya ketika ini gua sedang kematian perasaan.gua baca perkataan mustahil di udara dan gua hanya mengeluh kosong.tetap juga terpaku di sini tanpa tahu apa yang sedang bermain di minda gua sendiri.mahu keluar dan akhiri atau mahu diam dan kekal saja di sini.renung ke dalam diri dan sesungguhnya gua tak lagi merasa kewujudan harapan,namun tidak juga gua merasa sebarang kekecewaan.angkat tangan kibar-kibar di udara sambil menggeleng kepala.kemudian baring dan memejam mata,menunggu esok.
dan sadisnya,esok masih saja hari yang baru....hari yang baru yang masih berkemungkinan untuk merubah segala-galanya..dan kerana itu,kematian kita berulang-ulang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan