Selasa, April 05, 2011

Mengembara

sepanjang perjalanan,mendengar lagu di telinga dengan kekuatan bunyi yang maksimum dan menutup mata dari pandangan dengan kaca mata hitam.seboleh-bolehnya gua nak sekat terus telinga daripada mendengar apa-apa bunyi yang terdapat di sekeliling dan gua juga tak mahu sesiapa nampak pandangan mata gua,malah kalau saja gua ada ilmu ghaib,gua akan tukarkan diri gua jadi halimunan supaya tak ada sesiapa yang boleh nampak diri gua melainkan yang mampu merasai kewujudan gua.dilihat dengan rasa lebih bermakna daripada dilihat melalui pandangan mata.

hmm..sekarang ni gua kerap menjadi pendiam di dalam diam.macam karut.sedang berdiam diri masih juga mahu menjadi pendiam.bisu rasa dan minda?tapi hakikatnya,setiap saat,setiap detik,otak gua bergerak dengan kelajuan yang cukup tinggi meneroka segenap pelusuk ruang yang ada dalam minda sampai gua rasa dalam sepuluh minit gua dah pergi ke serata tempat di dunia malah melangkaui itu.gua menjelajah masa,ke belakang juga ke depan,dan menerobos akal,jiwa,naluri dan rasa.gua tak boleh berhenti.minda yang sentiasa berbicara,berkata-kata,mengarang.

gua rasa gua berfikir dalam bentuk karangan,seperti buku.gua sentiasa menulis di dalam otak,sepanjang masa sampai walau dalam tidur pun masih lagi aktif berfikir.kadang-kadang,mimpi gua sendiri adalah apa yang gua karang,jadi gua kebiasaannya sentiasa ingat mimpi gua,jelas.dan gua juga pasti mimpi gua lengkap dengan warna.jenis pemimpi realistik.jarang-jarang mengalami mimpi yang tak ada jalan cerita dan lari dari realiti harian.sesuatu yang menarik,gua fikir.tentang manusia dan otak,pemikiran dan rasa.

gua bayangkan,tentu mengujakan kalau pemikiran manusia boleh dicetak secara terus daripada otak.untuk melihat bagaimana seseorang berfikir dan bagaimana rupa bentuk pemikiran mereka.gua selalu suka dengan idea itu.memikirkan,membayangkan bagaimana kalau berfikir dengan fikiran orang lain.gua tertanya-tanya.bagaimana seseorang memproses rasa mereka dan bagaimana rasa mereka yang mereka rasa dengan deria rasa mereka.itu,bagi gua,sesuatu yang mengkagumkan.menghalusi betapa manusia sangat berbeza antara satu sama lain,menjadi subjek yang mampu merangsang jiwa.mungkin sebab,menjadi diri sendiri kita hanya mampu memahami diri kita sendiri.menarik bila keluar dari diri sendiri dan masuk ke dalam orang lain.pengembaraan yang paling mengghairahkan adalah pengembaraan ke tempat yang sepenuhnya asing.dan menariknya keasingan itu ialah bila ia mungkin menyimpan kemesraan yang lebih dalam daripada apa yang ada di dalam kebiasaan.ada kita di dalam mereka yang di dalamnya ada mereka.

heh.kerap-kali kebelakangan ni fikiran gua putus antara setiap perenggan.seolah-olah habis satu perenggan gua seperti dah masuk ke buku lain dengan kisah lain.semacam hilang daya kesinambungan.mungkin secara realitinya pun gua jadi macam tu akhir-akhir ni.seolah-olah gua tak boleh berhenti,atau gua akan hilang jejak daripada titik terakhir sebelum gua berhenti.gua rasa fikiran gua sedang dalam keadaan sangat longgar dan rawak.ke sana ke mari tak mampu fokus dan tak legap.memang dasarnya gua tak pernah menjadi seorang manusia yang fokus,tapi daripada tak fokus pun boleh jadi hilang fokus,mungkin gua boleh cakap gua sedang hilang.sebenarnya,memang itulah.gua sedang hilang dan tak tahu berada di mana.gua ada di zaman purba sedang menjadi pahlawan yang mengembara tanpa jejak tapi gua juga ada di istana gelap menjadi puteri yang duduk sendirian menunggu kehadiran teman permainan di taman larangan,dan juga sedang duduk di satu terowong hitam dibelenggu bunyi bergaung hasil daripada nada kebisuan,dan sekarang ini juga gua sedang berada di awan menjadi makhluk bersayap yang sekejap berbaju putih sekejap berbaju hitam.dan oh,dua hari lepas berada di hutan panas bersama errki,kannick dan gua lupa nama manusia seorang lagi.mereka adalah seorang pesakit jiwa yang telah dipangkah oleh nasib malang sedang melarikan diri daripada hospital mental,seorang manusia gagal yang merompak bank bertembung dengan pesakit jiwa yang sedang melarikan diri daripada hospital mental yang kemudian dijadikan tebusan untuk lari,dan seorang remaja yang tak punya tujuan hidup dilahirkan ibu yang tak mahukan kelahirannya meniti hidup di asrama pemulihan akhlak yang bertembung dengan pesakit jiwa sewaktu berlakunya pembunuhan seorang wanita tua yang tinggal sendirian di rumah di atas bukit di dalam hutan yang kemudiannya bertembung dengan manusia gagal yang merompak bank dan menjadikan si pesakit jiwa sebagai tebusan-he who fears the wolf.gua berada bersama mereka dua hari lepas.

sah.gua memang tengah sesat dalam dunia lain dan terputus hubungan untuk kembali ke tubuh sebenar.dan tulisan dalam ni,dah habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan