lagi sekali,gua dah tersilap anggap penulis blog yang berjantina lelaki sebagai perempuan.pelik betul.macam mana gua boleh ingat mereka tu perempuan?tapi,memang sungguh-sungguh gua percaya mereka perempuan.tiba-tiba,eh,lelaki rupanya.rasa macam poyo pulak.gua,bukan mereka.
sebenarnya,itu.macam mana dengan hanya merubah arah fikiran boleh buat sifat sesuatu benda itu bertukar terus.terpulang pada diri masing-masing.ayat yang nampak macam merepek-merapu,yang nampak remeh-temeh,boleh saja jadi lagi dalam dan berat daripada ayat yang nampak canggih-manggih mampat padat.atas diri kita yang mencerna.kalau cerdik,mahu lihat dalam,dari sehelai daun yang tersadai tepi jalan pun kita boleh belajar falsafah hidup yang silap-silap lebih banyak daripada buku falsafah seribu muka surat yang ada kat kedai dan perpustakaan.jadi,tak payah sempitkan fikiran sibuk sangat tak nak jadi sempit tak nak pandang benda bodoh-bodoh padahal benda bodoh tu kadang-kadang lagi bijak daripada benda bijak.
dah,jangan sibuk pilih bulu.jangan nak sombong-sombong.apa yang lu fikir sebarangan tu silap-silap mungkin lagi hebat dari yang lu sangka hebat gila.tak rugi ke menolak?kalau minda memang betul-betul nak belajar,baca majalah mangga pun kita boleh perah ilmu.ilmu tu otak.yang luar-luar kita kutip tu,cuma untuk menjana.jalan jauh mana kat luar pun,bijak tu duduknya akan balik pada dalam jugak.jadi jangan asyik nak keluar sangat,masuk dalam sama.yang remeh kita anggap remeh,belum tentu hanya seremeh itu.biar pandai kerana sanggup bodoh daripada bodoh kerana terlalu nak pandai.
sendiri mahu ingat,sendiri mahu fikir,sendiri mahu faham.
//errr..macam mana blog gua boleh dimasuk melalui link facebook?
haha, aku jantina apa bai?
BalasPadamlu antara yang gua anggap perempuan.
BalasPadamyang lain dari yang lain itukan menarik..
BalasPadamperspektif.
BalasPadamcara pandang kita terhadap sesuatu,membuahkan tafsiran kepada sesuatu.
yang kadangnya melencong kerana perspektif dimanipulasi.
eh,
hai :)
wa yang link kan. sebab artikel kasih sayang itu terbaik, menusuk jiwa wa.
BalasPadamaujinz-yup.tapi kalau lain yang dibuat-buat,tak ada makna.
BalasPadamapril-kita pilih apa kita mahu nampak.dan hai juga..:)
matahari-terima kasih..:)