Selasa, April 19, 2011

Ikan Kerapu

gua menyedari ada seseorang yang amat gua rindu....jadi gua memilih untuk habiskan cuti ni bersama-sama dia.hanya dia.kembali bersatu dan berpadu,seperti waktu dulu-dulu.

hmm..banyak sangat yang berserabut dan berserabai.rasa sesat hanya memikirkan nak mula dari mana untuk menyusun kembali segala-galanya tapi sekadar sesak sendiri melayan fikiran,tak ada apa yang akan berlaku,kan?tak ada apa-apa yang akan terjadi selagi kita tak buat apa-apa.jadi gua mulakan dengan perkara paling mudah iaitu mengemas bilik.gua perlu memanusiakan kembali diri gua.sekarang ni setidak-tidaknya gua dah berjaya menyuntik jiwa manusia ke dalam bilik gua.

hidup ni,macam tu lah.kita hanya sebahagian kecil daripada alam semesta,malah amat-amat kecil.terlalu banyak perkara gergasi di luar sana yang di luar jangkauan kita.tentang langit,tentang bulan,tentang bintang,tentang rahsia yang tersembunyi di sebalik segala-gala yang di luar gapaian kita.memikirkan semua tu,boleh buat kita lemas.bila luas terlalu luas,kita berenang tanpa arah tepian,yang paling besar kemungkinannya ialah kita akan hanyut.jadi sebenarnya,mulakan dengan langkah kecil,yang kita tahu kita mampu kawal.jangan sesat dalam fikiran tapi rungkaikan kekeliruan dengan tindakan,dan mulakan dengan apa yang paling mudah.kalau tak,kita hanya akan semakin 'hilang' dalam minda  kita sendiri.tenggelam dan terperangkap di dunia fikiran yang terlalu banyak persoalan,permasalahan,kekeliruan,kecelaruan,segala-gala yang bersilang-selirat tak mampu dikirai.jadi,berhenti serabutkan kepala yang sedia serabut dan permudahkan apa yang rumit.kalau sedang hilang punca,cari balik saja puncanya.

mungkin,gua lebih suka melihat dunia dengan pendekatan lebih mudah.satu benda tentang ilmu,kadang-kadang ia boleh buat kita jadi lebih tak faham tentang sesuatu.apa yang ringkas,dibelit-belitkan sampai jadi payah.bukan untuk cakap,gua tak suka berfikir,tapi berfikir itu harus ada asas.kemahiran melihat apa yang tersirat,tapi,apa guna dapat melihat yang tersirat kalau yang tersurat terang-terang kita tak nampak.jadi,soal keseimbangan sebenarnya.melihat dan menilai apa yang ringkas,apa yang rumit.kadang-kadang kita tak perlu terlalu fokus melihat butir-butir terperinci,tapi harus melihat gambaran yang lebih besar,dan kadang-kadang sebaliknya.harus fleksibel.

tapi,mungkin gua hanya diri gua.

bancuh segelas lagi neskefe o panas dan nikmati..sungguh,memang nikmat.

apa yang pasti,dunia ni penuh dengan perkara yang sukar difahami.gua tak mampu untuk memahami semua orang,jadi gua fahami saja diri gua sendiri..dan sebenarnya,macam mana untuk memahami perkara yang lain-lain,kalau diri kita sendiripun tak mampu untuk kita fahami?

untuk segala-gala yang di luar kemampuan,gua kuasai apa yang gua tahu gua mampu.gua bukan melihat gelas separuh penuh,masih saja separuh kosong,tapi separuh yang kosong itu gua nikmati sebagai satu ruang yang terbuka untuk segala-galanya.gua pilih dia.

dia itu gua.

dan sebenarnya semua ni,gua sekadar merapu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan